6 CARA HILANGKAN KESAN DEODORANT PADA BAJU

Assalammualaikum..

Perasan tak zaman sekolah dulu,baju sekolah mesti akan ada kesan kotor berwarna kuning pada bahagian ketiak yang memang susah nak hilangkan. Setiap hari mesti korang akan basuh baju sekolah tu. Lebih-lebih lagi yang jenis memang kuat berpeluh. Habis baju.



Paling tak best bila perkara macam ni berlarutan sampai tempat kerja. Terutamanya yang pakai baju kemeja. Kan dah merosakkan penampilan tu. Ini disebabkan kotoran deodorant yang korang pakai. Ini ada 6 cara hilangkan kesan deodorant pada baju.

6 CARA HILANGKAN KESAN DEODORANT PADA BAJU

1. Alkohol

Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran masih tak hilang, korang sapu skit dan rendamkan sekejap sebelum bilas.

2. Cuka 



Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran mesti dah hilang.

3. Pantyhose (sarung kaki yang nipis)

Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat.

4. Baking soda dan air




Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas.

5. Aspirin




Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.

6. Limau Nipis




Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarka beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.

rujukan:mingguan wanita

SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

3 Comments