3 TANDA KEHAMILAN LUAR RAHIM BOLEH DIKESAN DENGAN LEBIH AWAL

2:05:00 PM

Assalammualaikum...


Kehamilan luar rahim juga dikenali dengan kehamilan ektopik di mana ia terjadi apabila telur disenyawakan di luar rahim. Secara kajiannya 95% menunjukkan ia berlaku di dalam tiub fallopio.


Kebanyakkan yang hamil luar rahim ni tidak dapat bertahan dan akan pecah kerana hanya rahim boleh menyokong perkembangan bayi dan uri. Jika ia pecah di dalam tiub fallopio ini akan mengancam ibu kerana akan mengalami pendarahan abdomen. Ini ada 3 tanda kehamilan luar rahim boleh dikesan dengan lebih awal.


3 TANDA KEHAMILAN LUAR RAHIM

1. Kesakitan pada bahagian abdomen (perut),haid yg berhenti serta pendarahan pada vagina.


Selalunya tanada-tanda macam ni menunjukkan mereka mengalami keguguran. Ini belum lagi mengesahkan mereka mengalami kehamilan luar rahim.Tanda-tanda ini kebiasaannya akan muncul kira-kira 6 hingga 8 minggu selepas kitaran haid terakhir. Jika sakit perut dan pendarahan berterusan ataupun menjadi semakin banyak, cepat-cepat la pergi jumpa doktor.

2. Pendarahan yang berterusan


Jika pendarahan yg banyak atau berterusan selama berhari-hari tidak sepatutnya berlaku sepanjang tempoh kehamilan dan mengalami sakit yang teramat dan tekanan darah menjadi rendah ini adalah petunjuk ada sesuatu yg tidak normal pada kandungan anda. Selalunya darah akan berwarna coklat.

Jika kandungan luar rahim berlaku, kesakitan perut yg teruk berserta pendarahan yg banyak mungkin menjadi petanda bahawa tiub fallopio telah pecah. Apabila pendarahan teruk berlaku, tekanan darah juga akan turun jadi cepat-cepat la jumpa doktor. Itu yang menyebabkan berasa pening dan muka pucat.

3. Keputusan ujian ultrasound.


Ujian ultrasound yg dilakukan melalui vagina adalah kaedah terbaik untuk mengesahkan sekiranya kandungan luar rahim terjadi. Ujian darah juga biasanya akan dibuat oleh doktor pakar sakit puan bagi mengenal pasti kandungan hormon beta HCG. Ujian ultrasound akan dapat melihat dengan hampir sangat tepat di mana kedudukan janin melekat; sama ada di dalam rahim ataupun di kawasan lain selain rahim.

Siapakan yang berisiko untuk mengalami kehamilan luar rahim?




- pengalaman kehamilan ektopik sebelumnya
- sejarah penyakit keradangan servik
- endometriosis
- rawatan kesuburan
- melakukan pembedahan tiub fallopio atau rahim sebelum ni
- kehadiran alat kontrasepsi (IUD)
- selepas prosedur pensterilan (ligation tiub)
- bentuk rahim atau tiub fallopio yan luar biasa
- merokok
- wanita 35tahun atau lebih tua

rujukan: bayi-ibu.com

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

2 comments

  1. Kakak ipar dan kwn baik sy pernah alami... Alhamdulillah.. Kakak ipar dh pun selamat bersalin anak seterusnya selepas operate buang yg luar rahim tu.

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)