SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalammualaikum...


"Berlalu la sudah Ramadhan sebulan berpuasa"

"Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira"


Amboi kemain lagi masing-masing dok pasang lagu raya je. Berpakaian baru. Semuanya cantik dan segak belaka. Tapi janganla kita lupa pada mereka yang tak dapat menyambut hari raya ni dengan kemeriahan. Hanya ala kadar dan mungkin ada yang tak dapat makan.


Jangan lupa nak singgah ke perkuburan arwah dan sedekahkan la Al-Fatihah kepada mereka.


Seperti biasa di pagi raya setiap tahun memang Ida akan menyambut hari raya di rumah mak mertua di Kemaman.Insyaallah Ida akan pulang ke Kedah pada esok hari. Tapi tak lama sebab suami berkemungkinan akan naik offshore pada raya ke-5 nanti.

Tak masak yang special pun hanya masak lontong dan soto skit untuk anak dan suami. Jap lagi akan makan juga kat rumah mak mertua.

Di pagi yang mulia ni.. Ida nak mintak maaf pada rakan-rakan seandainya spanjang Ida berblogging ni ada terkasar bahasa atau buar semua orang terasa. Takde niat skit pun dan Ida menaip dengan hati yang ikhlas.

Apa-apa pun Ida dan sekeluarga ucapkan

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS