8 CARA CANTIK DENGAN BAKING SODA

Assalammualaikum...

Bila cakap psal baking soda ni selalunya orang akan fikir nak kek atau kuih je kan Tapi sebenarnya banyak kebaikan baking soda ni dan salah satu nya untuk kecantikan kulit. Ida sendiri juga teruja jugak nak cuba nanti so Ida nak kongsikan dulu dengan korang semua 8 cara cantik dengan baking soda.



8 CARA CANTIK DENGAN BAKING SODA

1. Deodorant semulajadi


Tak ramai yang sesuai untuk pakai deodorant sebab takut bila berpeluh habis kotor baju terutamanya masa zaman sekolah dulu la kan. Apa kata buat deodorant semulajadi dengan 1 sudu teh soda+air. Campurkan sehinggan menjadi paste yang cair dan gosokkan pada ketiak.

2. Krim muka


Bagi yang sensitif dengan apa-apa produk kat luar tu. Try cara ni plak dengan 1 sudu teh soda+1/2 cawan air,sapu pada muka dan cuci sehingga bersih.

3. Losyen tangan


Nak lembutkan tangan kena la pakai losyen kan. Apa kata kita buat cara semulajadi plak dengan campurkan soda dan air suam. Gosokkan pada tangan dan hasilnya kulit akan jadi lebih licin dan lembut.

4. Terapi kaki


Selalunya orang suka rendam kaki dalam air garam kan. Ni guna baking soda pula dengan 1 sudu besar soda+ air suam. Soda ni membantu membunuh bakteria dan kulat atau kulat kuku pada kaki.

5. Masalah sunburn


Sunburn pada kulit wajah memang susah nak hilang kan. Jom try camni plak.Campurkan 1/2 cawan soda dan air. Sapu pada kulit. Takpun korang boleh campurkan ke dalam losyen badan korang kat rumah.

6. Syampoo rambut


Hah ni korang letak dalam syampoo korang kat rumah tu dengan 1 sudu teh soda. Soda ni membantu untuk hilangkan kotoran dan minyak pada rambut.

7. Homemade ubat gigi.


Baking soda sebenarnya meningkatkan penyingkiran plak - itulah sebabnya ia biasa digunakan dalam ubat gigi. Dan untuk nafas yang lebih segar tambahkan soda ni dalam ubat gigi atau celup je dalam soda beberapa kali seminggu.Mana yang selalu sakit-sakit gigi tu boleh la cuba.

8. Pemutih gigi


Tadi kita cakap buat homemade ubat gigi ni kita try putihkan plak gigi kita. Buat paste 1 sudu teh soda dan air dan gosokkan pada gigi. Biar seketika dan kumur seperti biasa.

Rujukan: Draxe.com

Menarik kan? Selamat mencuba!

2 comments:

  1. tak sangka kan macam macam benda yang kita boleh buat dengan baking soda ni.

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/naura-dress.html

    ReplyDelete
  2. idea y berguna... Mcm2 pulak boleh kita lakukan gne baking soda nie

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS