RESEPI AYAM MASAK MERAH

2:47:00 PM

Assalammualaikum..

Kadang-kadang rasa penat jadi suriumah sepenuh masa ni. Ibaratkan kita ni kerja 24jam..mana seharian layan anak-anak..bisnes..dari pagi sampai malam tak henti-henti buat 
kerja..tapi semua tu jadi satu kepuasan sebabnya.....

  • Kita dapat jaga anak-anak depan mata sendiri
  • Kita dapat luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak
  • Kita dapat masak hasil air tangan kita sendiri
  • Kita tahu jaga kesihatan keluarga kita sendiri
Membebel plak Ida ni..sebenarnya nak kongsikan resepi ayam masak merah yang Ida masak arini...heheheh


RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :
  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • cili boh
  • air asam
  • gula
  • garam
Cara-cara

1. Masukkan ayam yang telah dibersihakan dalam kuali. Gaul dengan bahan-bahan kisar (bawang merah,bawang putih dan halia).

2. Buka api dan gaul hingga kering sedikit. Masukkan cili boh ikut citarasa kita nak pedas ke tak..

3. Masak sehingga garing. Tambah la berapa kali air pun. 

4. Masukkan gula dan garam Biarkan sampai garing.

5. Masukkan air asam.

6. Rasa dan bila dah nampak garing baru masukkan minyak.

7. Dah siap dimakan.

SELAMAT MENCUBA

You Might Also Like

2 comments

  1. Huaaa sedapnya! Lama tak masak ayam masak merah ni.. Dulu duduk rumah selalu buat bila abah buat nasi tomto.. lapar dah

    ReplyDelete
  2. ayam merah memang sedap dan nampak menyelerakan.

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)