SUKANYA KERJA DARI RUMAH,TAKNYAH SUSAH CARI PENGASUH SANA SINI,KENAPA?

Assalammualaikum...

Syukur alhamdullillah masih berkesempatan nak kongsikan pegalaman Ida dalam bisnes Shaklee ni. Mesti terdetik dalam setiap hati wanita yang bekerja ni nak kerja dari rumah. Nak jaga anak sendiri,besarkan dan uruskan anak sendiri kan? Taknyah susah-susah hati nak fikir cari pengasuh atau nak tukar pengasuh la. Tukar taska anak sana sini. Kesian kat anak.



Ida ada seorang kawan,kerja hospital. Die pernah cakap nak kerja dari rumah sendiri sebab nape? Sebabnya anak die sendiri yang baru berumur beberapa tahun belum bersekolah mintak die jangan pergi kerja dok rumah jaga dia. Sedih kan? Rasa sentap je hati tu...

Ada juga seorang kawan Ida ni tak bekerja,nak buka kedai runcit dekat rumah. So Ida kata apa tunggu lagi,teruskan la niat tu. Die kata tak boleh anak kecil lagi,tunggu anak besar dulu. Kang anak kacau.


Nampak tak apa beza antara 2 contoh ni?

Bagi Ida takde alasan pun nak kerja dari rumah asalkan kita ni ade keyakinan ada semangat yang kuat. Ida dulu pun teringin nak kerja tapi selepas dapat anak sayang sangat nak tinggalkan anak untuk bagi orang lain jaga. Tambah Ida dah niat nak susukan Asyraf sehingga 2 tahun. Dalam masa yang sama ada hantar resume nak cari kerja tapi kat sini memang susah nak cari kerja bagi yang dah berkahwin semua nak single available..

So masa tu Ida decide taknak kerja nak jaga anak sendiri dekat rumah. Nak cari kerja dari rumah sendiri melalui online. So masa dulu Ida mulakan dengan dropship baju kurung dan t-shirt muslimah yang masih buat sampai sekarang. Alhamdullillah kalau time musim raya memang dekat RM1k dalam tangan sebulan. Kalau bulan biasa kurang RM1k la...



Masa Ida mengandungkan Aqil akhirnya Ida decide nak buka empayar sendiri dengan bisnes Shaklee. Ida betul-betul nekad nak kerja dari rumah. Cari duit untuk anak-anak. Dalam masa yang sama nak bantu suami.

Sebelum Ida daftar jadi ahli Shaklee lagi.. Ida dah kumpulkan semua maklumat tentang setiap produk. Dari gambar hinggakan rangka nama nak buka pages sendiri. Alhamdullillah selepas Ida daftar jadi ahli Shaklee tu Ida aturkan semua. Kerja jadi senang sebab Ida dah kumpulkan maklumat setiap produk dan alhamdullilah akhirnya Ida ada blog sendiri.


Alhamdullilah berkat niat di hati ni. Awal-awal join dah ada je orang order. Hinggakan Ida bersalin masih ada je order yang masuk. Lepas keluar hospital tu dah packing barang-barang customer untuk diposkan.

Sehingga sekarang dah hampir 2tahun Ida dengan bisnes Shaklee ni. Alhamdullilah banyak perubahan yang berlaku. Ida lebih banyak bersyukur dengan segala nikmat yang dapat. Sentiasa hati ni nak selalu dekat dengan-Nya. Dulu malas nak zikir sekarang ni all the time mulut ni tak henti-henti berzikir.

Paling ketara perubahan pada anak. Berkat Ida kerja dari rumah dan menyusukan badan direct. Anak teramat rapat dengan Ida, perkembangan dalam pembelajaran die pun bagus walaupun bukan selalu pun Ida ajar die. Dari segi kesihatan alhamdullillah susah nak jatuh sakit. Kalau demam pun 2-3hari dah sembuh.





Yang lain dari segi penjimatan beli pampers. Ida ajar Asyraf tak pakai pampers dari umur 1 tahun 5bulan. So 2tahun lebih tu dah totally tak pakai pampers even tidur malam dan pergi jalan-jalan. Dah jimat kat situ. Susu pun minum susu badan je. Masuk 2tahun selepas wean-off baru minum susu formula.

Sekarang si Aqil plak. Memang tak minum susu formula. Pampers jelah,lagi 3-4bulan Ida dah boleh ajar die tak pakai pampers lagi. Masa Ida dengan anak-anak lebih banyak. Nak uruskan rumah dan masak. Semuanya Ida boleh buat sendiri.

Rasa korang berbaloi tak kerja dari rumah? Berbaloi kan sebabya dapat lihat anak membesar berkat dari tangan kita sendiri. Dari suap makan,mandikan die,tidurkan anak..semuanya kita yang buat. Rasa puas hati sangat-sangat.


So bagi sesiapa yang nak kerja dari rumah,nasihat dari Ida buat sahaja. Jangan fikirkan nak tunggu tu la..ni la..itu semua bukan alasan untuk kita berjaya. Teruskan je niat kita dn yakin pada-Nya. Bak kata Puan Lyna Noh,"JUST DO IT!"


Just Do It! Tapi, Kenapa? from iReach HD on Vimeo.

Bagi ibu-ibu atau sesiapa sahaja yang nak kerja dari rumah,ibu-ibu yang nak uruskan anak sendiri atau dah taknak kerja lagi. Nak berhenti kerja jaga anak-anak. Jangan malu-malu hubungi Ida dan Ida bantu korang berjaya juga seperti Ida.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com


Post a Comment

6 Comments

  1. alhamdulillah... usaha dan setiap org Allah tntukan cara rezekinya... yg pnting usaha, doa dan tawakal kan...

    ReplyDelete
  2. Sumber inspirasi ni..Kite pun nak keje dari umah..Tapi husband cakap ada anak baru berhenti ..then buatlah kerja dari umah..sebab fida pun buat parttime job .jual tudung dan shaklee gak...

    ReplyDelete
  3. Wahh..best info..suke dgn semangat ida..smangat siti slalu turun naik..

    ReplyDelete