10 MAKANAN UNTUK AWET MUDA

Assalammualaikum...

Semua orang nak nampak awet muda. Sapa yang taknak kan? Dah banya produk sekarang ni yang mudah kita beli untuk kelihatan sentiasa muda. Mahupun dari segi makanan tambahan mahupun produk skincare. Apa kata kali ni kita cakap pasal 10 makanan untuk jadi awet muda.




10 MAKANAN UNTUK AWET MUDA

1. Lobak merah (beta karotena) - melindungi kulit dari sinar UV/matahari.

2. Lada Benggala (beta karoteba dan vitamin C) - membentuk kolagen untuk anjalkan kulit.

3. Strawberi (vitamin C dan asid elargik) - mengurangkan kerosakan DNA yang akan membentuk kedutan.

4. Anggur (anthocyanins ) - mencegah dari pembekuan darah,membentuk kolagen dan melancarkan salur darah.

5. Bawang besar (flavonoids dan diallyl sulfide) - sebagai antioksidan pelindung DNA, antiradangan dan alergi.

6. Avocado (vitamin E) - menentang radikal bebas dan merangsang pembentukan sel kulit baru, serta menguatkan
rangkaian kolagen dan membantu mengurangkan risiko terkena kanser kulit.

7. Minyak zaitun (extra virgin oil)-(asid oleik) bertindak sebagai antiradangan, menjaga keanjalan kulit (terutama bagi kulit yang kering)

8. Ikan protein organik dan Omega 3 - mengekalkan kekuatan otot yang berfungsi menjaga keanjalan kulit. Omega 3 juga berfungsi pada masalah radang kulit.

9. Epal (flavonoid) - sebagai antioksidan, melindungi tubuh dari kanser paru-paru dan usus. Zat tersebut juga
juga dapat melawan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

10. Kentang (mineral natrium dengan kadar alkali tinggi) - ia membantu memperbaiki aktiviti hati sehingga rangkaian menjadi anjal dan otot lentur.

Best kan? So apa lagi..kita jom makan...!!



Post a Comment

1 Comments

  1. Waaa bagus ni...kene jaga pemakanan la lepas ni

    ReplyDelete