RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Harini Ida nak komgsikan resepi bihun goreng singapore yang mudah...



Bahan-bahan
  • bawang putih
  • bihun yang telah lembut
  • ayam dipotong dadu
  • sos tiram
  • kiub ayam
  • sayur sawi
  • lobak merah yang dipotong nipis dan panjang
  • lada sulah
  • black pepper
  • telur cincang yang telah digoreng
Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih yang dipotong tadi sehingga naik bau. Masukkan kiub ayam dan sedikit air.

2. Masukkan ayam dan sos tiram. Letakkan sedikit lada sulah dan black pepper. Letak air sedikit jangan terlalu kering.

3. Masukkan sayur sawi dan lobak merah bagi lembut seketika.

4. Masukkan bihun dan telur cincang. Ida suka goreng dulu telur sebab taknak nanti bihun melekat atau terlalu basah.

5. Rasa jika tawar letak sedikit garam/secubit sahaja.

6. Siap dihidang.


SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

11 Comments

  1. favorite saya ni...tambah sedap makan dengan kicap cili..nyumm

    ReplyDelete
  2. bihun ni tawarkan rasanyer?sbb sy selalu mkn rasa dia tawar2 sikit...xtaulah kalau org yg buatnyer tu xpandai ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasanye tawar2 skit..tapi sedap je. die ltk kurang garam kot

      Delete
  3. sy punsuka buat bihun putih ni drbuhcili...

    ReplyDelete
  4. dalambanyak-banyak jenis bihun goreng, yang ni MJ belum pernah cuba..mcm sedap sangat ni.. bukan tak pernah makan tapi tak pernah masak sendiri

    ReplyDelete