PEMAKANAN YANG SIHAT UNTUK ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Ibu-ibu mesti pernah alami maalah anak-anak yang cerewet untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan kan?Penting pemakanan yang sihat untuk anak-anak kerana bagus untuk tumbesaran die mahupun untuk perkembangn otak.


Alhamdullilah anak-anak Ida takde masalah nak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau buat sup sayur,die hirup sampai ke titisan yang terakhir..hehehhe..termasuk bawang skali die makan.

Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang bersekolah. Disebabkan apa yang mereka makan di sekolah belum tentu makanan yang sihat. Tambah bagi ibu-ibu yang bekerja memang susah nak sediakan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak

CARA AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

1. Sediakan snek seperti jejari sayur,roti atau pankek apabila diorang bangun tidur. Ini membantu mengurangkan rasa lapar. Jangan terus bagi hidangan utama.


2. Buat hidangan yang menarik dan menyeronokkan. Ada pelbagai perisa dalam tu. Ini membantu tingkatkan deria rasa. Contoh bento. Kan ada loyang yang macam-macam bentuk. Comel!


3. Kalau buat pencuci mulut atau puding. Buat la yang berkhasiat seperti kastard buahpuding nasi,muffin buah dan lain-lain.

4. Makan bersama anak-anak. Tunjukkan rasa minat korang dengan makanan tu. Contoh.."mmm...sedapnya sup sayur ni atau salad ni". Diorang akan ada rasa minat nak tahu rasanya. Korang la model pada anak-anak. Ingat tu.

5. Anak-anak yang bersekolah mempunyai citarasa yang tersendiri. Kebanyakkan mereka tak kurang makan daging atau makanan yang susah dikunyah. Kebanyakkan suka makan jenis sup atau kuah penuh atau kering.

6. Makan bersama-sama hidangan yang sama. Pastikan salah satu menu kegemarannya. Malah ini untuk mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga.

JOM AJAR ANAK-ANAK AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Post a Comment

0 Comments