RESEPI KARIPAP KENTANG MUDAH ALA-ALA SAMOSA

2:23:00 PM

Assalammualaikum...

Semalam Ida ada buat karipap kentang ala-ala samosa. Kebetulan memang suami suruh buat. So semalam masak awal si Aqil pula tidur lagi. So Ida buatkan inti karipap kentang. 



Ida buat ala-ala samosa sebab malas nak mengguli tepung. Kalau tak lagi lambat mana dengan anak-anak datang mengacau.hheheh. Resepi karipap kentang ini Ida tengok google tapi last-last tak ikut pun masak main campak je.

RESEPI KARIPAP KENTANG ALA-ALA SAMOSA

  • 5-6 biji kentang potong dadu -direbus sehingga lembut dan tos
  • ayam skit yang dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar (1/2 dipotong dadu 1/2 dikisar)
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • cili boh
  • 2 sudu besa serbuk kari (Ida gune kari ikan sebab dah tumis baru perasan kari ayam takde.hehhe)
  • gula
  • garam
  • kulit popia saiz besar
CARA-CARA

1. Panaskan kuali letak minyak. Tumis bawang yang dikisar sehingga nak bau. 
2. Masukkan cili boh ikut citarasa. Masukkan garam gula.
3. Tumis naik minyak masukkan ayam.
4. Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh.
5.Rasa. bila dah ok. Masukkan kentang yang dah rebus tadi.
6. Sejukkan dan buat la karipap nya.hehehehhe


ini la intinya yang masak campak2 je.

gunting kulit popia yang besar kepada 3 bahagian. Guna 2 keping untuk buat karipap. Gulung la membentuk segitiga.

Nak dapatkan bentuk segitiga. Lipat segitiga pada mula.jadikan bentuk kon untuk letak inti pastu pusing kan dengan kemas bentuk segitiga. Gamkan gune air sampai lekat.


dah siap utk difrozen

SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)