MUZIK DAPAT TINGKATKAN PERKEMBANGAN ANAK

Assalammualaikum..

Selain daripada alunan zikir dan lagu tradisional, ramai yang tak tahu sebenarnya muzik dapat tingkatkan perkembangan anak.


Kajian membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, keupayaan membina bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. Biasanya apabila bayi semakin membesar, dia secara automatik akan bergoyang, bergerak dan menari sebaik mendengar irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik.


Perkembangan bahasa
Muzik juga mampu menenangkan bayi yang sedang menangis. Biasanya, jika si kecil menangis, ibu bapa akan mendamaikannya melalui pujukan berbentuk nanyian. Melodi yang dilantunkan di sebalik suara ibu atau ayah membantu menenangkan emosi bayi.

Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud daripada bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa mereka.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan olehStanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia.


Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. 

Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.


Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

kreadit:Pama

Post a Comment

0 Comments