KHASIAT LOBAK PUTIH

Assalammualaikum...

Sapa pernah makan lobak putih? Mesti jarang kan orang yang makan lobak putih ni. Kebanyakkan orang hanya makan lobak merah sahaja. Lobak putih pun ada banyak khasiatnya.



Ida start makan lobak putih sejak Ida berpantangkan Aqil tahun lepas. Masa tu Ida takde masalah penyusuan just nak buat sebagai sup sebagai makanan untuk berpantang. Memang sedap sangat sampaikan Asyraf dan en.hubby pun suka. Malah ia juga boleh digoreng buat makan petang. Potong nipis-nipis goreng garing,macam buat cendawan goreng.

RESEPI SUP LOBAK PUTIH

  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • lobak putih potong nipis
  • kiub ayam
sumber google

Tumis la macam sup biasa. Letak garam skit. Masak lama skit bagi lobak putih betul2 lembut kalau tak nanti rasa pahit skit. Serius memang sedap. Kalau ada daun die sekali pun bagus. Orang-orang cina kata bagus makan sekali buat sup. Sebab utama yang best tentang lobak putih ni ialah membantu banyakkan susu badan. Thatway Ida suka.heheheh

KHASIAT LOBAK PUTIH


1- bermanfaat bagi gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku.
2- merangsang nafsu makan.
3- meringankan gugup dan darah gemuruh.
4- baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan.
5- mengatasi masalah pencernaan.
6- meredakan sembelit.
7- merawati selsema.
8- membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesitas dan melarutkan batu hempedu.
9- membantu dalam kes tuberkulosis.
10- lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran kencing oleh buah pinggang. (elok untuk pesakit batu karang).
11- baik untuk pesakit diabetes.

Post a Comment

0 Comments