KARNIVAL KARANGKRAF HIMPUNAN FROZEN

Assalammualaikum...

Tadi saja santai-santai Ida buka web Pama karangkraf. So kebetulan ada event baru yang akan diorang anjurkan. Ni bagi peminat Frozen. Mestilah ramai anak-anak sekarang memang minat giler citer Frozen ni. Ida pun suka. Asyraf pun suka tapi anak Ida boy takkan la nak bagi galakkan plak kan..hehehhe..

karnival

HIMPUNAN TERBESAR FROZEN SEMPENA KARNIVAL KARANGKRAF 2015!

So bagi yang kelapangan apa kata bawa anak-anak jalan-jalan sambil asah kreatif anak-anak tu di karnival ni nanti. Ini maklumat lebih lanjut tentang karnival tu.

TARIKH : 1 FEBRUARI 2015

MASA PENDAFTARAN : 10.00 PAGI

MASA AKTIVITI : 11.00 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT : Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

*** Pendaftaran bermula jam 10.00 pagi
*** Terbuka kepada kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas (kanak-kanak di bawah umur 4 tahun boleh hadir tetapi tidak boleh ambil bahagian atas faktor-faktor keselamatan).

*** Goodies bags istimewa untuk 300 penyertaan pertama
*** Berpakaian gaya Elsa dan Anna
*** Masuk adalah PERCUMA

Jangan lupa singgah ke booth PA&MA kerana ada beberapa aktiviti menarik untuk anda:

1. Peraduan PA&MA SMILEY SEARCH @ Karnival Karangkraf yang menawarkan hadiah sehingga RM8,000 termasuklah kerusi keselamatan dan pakej fotografi tajaan Camora Arts.

2. GENIUS PA&MA CUBE PUZZLE CHALLENGE mencari ibu atau bapa bersama anak yang terpantas melengkapkan cube puzzle.

3. BELI & MENANG HADIAH juga bakal menghangatkan booth Pa&Ma.


Selain itu, mereka juga akan menampilkan maskot Upin & Ipin, Chichi Chacha, BoBoiBoy dan Super Squad. Pelbagai program lain juga bakal berlangsung antaranya pelancaran Kempen Save Your Dara anjuran majalah Dara.com, program bersama Ustaz Kazim, pelancaran 100 Buku Kanak-kanak dan lain-lain lagi.

sumber google

So bawa la anak-anak ke sana nanti..boleh share dengan kawan-kawan anda!!

Post a Comment

0 Comments