HOMEMADE RESEPI AISKRIM COKLAT

Assalammualaikum...

Dah lama rasanya nak buat aiskrim ni. Dulu pernah buat tapi tak berapa nak menjadi. So di sini Ida nak kongsikan my homemade resepi aiskrim coklat.



Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair*
  • ¼ tin susu pekat* 
  • 2 sudu besar milo *
  • 2 sudu besar ovalette*
  • sedikit nescafe dan serbuk koko sebab Ida rasa manis sangat so nak hilangkan manis tu
  • extra perisa vanilla Mealshakes
  • nak tambah extra choc rice atau oreo pun boleh
Cara-cara:

1. Blender semua bahan bertanda *
2.Selepas blender, tuangkan ke dalam bekas.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Biarkan seharian
4. Siap. Sangat simple

Post a Comment

0 Comments