TIPS PUJUK ANAK YANG LIAT MANDI

Assalammualaikum..

Mesti anak-anak korang ada yang liat nak mandi kan? Asyraf bukanlah liat nak mandi tapi kadang-kadang dia taknak mandi nak main. So ni Ida nak bagi tips pujuk anak yang liat mandi. Tips ni Ida yang buat kat Asyraf ye..


Senang je tips die..

1. Suruh je die mandi sendiri. Tapi pastikan kita ada sekali la. Kalau yang dah besar, tak nyah la kan.

2. Guna sabun yang wangi. Sabun kesukaan Asyraf Carrie Junior. Pink tu syampoo sahaja. Biru untuk badan ungu tu untuk kedua-duanya. Kalau tak beli ungu je tapi biru ada twin pack plak. So rembat yang tu jelah.hehehhe


3. Guna span badan suruh gosok badan die sendiri. Mana yang bahagian die tak sampai tu nanti kita gosok la kan.

Ida guna teknik ni berkesan, takde la die nak menangis kalau time die taknak mandi tu. Die jadi seronok nak mandi.

Bila Ida ajak mandi je. Cepat2 die cakap nak gosok-gosok. Kadang-kadang tu tak suruh pun. 

" Mummy nak mandi,nak gosok-gosok".
Kadang suruh en suami yang mandikan.

" Daddy, Asyraf nak mandi, nak gosok-gosok".

Ini je tips Ida nak bagi. Nampak simple tapi mana tahu berkesan kat anak korang yang liat nak mandi.

SELAMAT MENCUBA!!

Post a Comment

0 Comments