AZAM BARU TAHUN 2015

Assalammualaikum...

Alhamdullilah...sudah masuk tahun 2015 pun..masing-masing mesti mempunyai azam yang baru malah azam yang lama belum tercapai akan terus diusahakan sampai dapat kan?



Jangan lupa juga azam kita untuk berubah menjadi insan dan umat Islam yang lebih baik dan bertaqwa. Buangkan perkara-perkara negatif , sifat-sifat negatif atau perbuatan buruk yng pernah kita lakukan dulu.

Bertaubat dan minta la keampunan daripada-Nya. Lakukan dengan hati yang ikhlas dan niat yang kita takkan ulanginya lagi. Insyaallah..kita akan jadi lebih tenang dan sentiasa bersyukur dengan-Nya.



Banyak sebenarnya azam atau impian Ida yang belum tercapai. Mudah-mudahan tahun ni Ida akan teruskan usaha hingga dapat mencapai impian Ida. Insyaallah..

Nak capai matlamat dan impian kita mestilah bersabar,berusaha dan jangan pernah putus asa. Walaupun ada kata-kata negatif tutup telinga tu, jangan fikir buang jauh-jauh..

Sempena tahun baru 2015 ni Ida doakan impia korang akan tercapai dan mari la kita berusaha untuk mengubah diri dan hidup kita menjadi lebih baik.

HAPPY NEW YEAR 2015!!

Post a Comment

0 Comments