RESEPI KEK PELANGI SIMPLE DAN SENANG

10:43:00 PM

Assalammualaikum..

Dua tiga hari lepas Ida ada buatkan kek untuk Asyraf. Sebenarnya dah lama dia minta, tapi Ida yang tak berkesempatan nak buat. Rasa takda mood nak membakar. So malam tu masa tidokan Asyraf, die minta nak makan kek. Kesian plak..Lepas tidokan dia, Ida pun buatla kek malam itu juga. Dia memang suka kek tak kisah la apa-apa kek pun. Jadi di sini Ida akan kongsikan resepi kek pelangi simple dan senang.

RESEPI KEK PELANGI SIMPLE DAN SENANG



BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 6 biji telur
  • 1 1/2 cawan planta
  • 2 cawan gula halus (boleh kurangkan kalau xnk manis)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar susu Dutch Lady (*susu cair pun boleh)
  • Pewarna

CARA-CARANYA

1. Pukul gula dan planta sampai kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan tepung dan baking powder
4. Gaulkan dan masukkan esen vanilla dan susu. Pukul sampai sebati
5. Asingkan mengikut warna yang diinginkan
6. Sapukan dulang planta dan tepung
7. Bakar pada suhu 160'c selama 40 minit (ida suka tambahkan dalam 5-7minit bagi garing skit).
8. Dah siap untuk dimakan.




DAH SIAP UNTUK DIMAKAN

SELAMAT MENCUBA!!

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)