RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

Assalammualaikum..

Dah lama nak kongsikan resepi ikan cencaru sumbat sambal ni. Ida dulu pun tak pernah tahu ada masakan macam ni. Tapi sejak duduk Kemaman ni, macam-macam masakan Ida dah kenal. Tambah keluarga mertua memang jenis pandai masak. Ida belajar sikit-sikit la dari mak mertua.

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL


BAHAN-BAHAN
  • ikan cencaru (belah belakang pada bahagian atas kepala ikan)
  • cili boh
  • bawang merah
  • asam jawa (sedikit air)
  • garam
  • gula
CARANYA:
  • Senang je, gaulkan semua.Sumbat sambal tu dalam ikan. Sapu sekali bahagian kulit ikan.
  • Dengan minyak yang banyak dan api yang kecil,goreng sampai masak dan kulit die garing kehitaman.

dah siap digoreng

En suami suka makan ikan ni dengan nasi panas. Kena goreng sampai betul-betul garing sebab dia suka makan sekali dengan kulit.

SELAMAT MEMASAK!

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS