TANDA-TANDA AWAL KANSER PROSTAT

Assalammualaikum..

Kanser prostat adalah penyakit yang menjadi pembunuh Nombor 2 lelaki! Mungkin ramai yang tak tahu tanda-tanda kanser prostat ni atau langsung tak tahu apa benda ni. Mengikut kajian 50% lelaki yang berumur 40 tahun ke atas akan mendapat kanser prostat dan akan meningkat 75% bagi mereka yang berumur 80 tahun ke atas.Jom kita lihat tanda-tanda awal kanser prostat ni.


PROSTAT adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundipundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis. Hormon-hormon yang lain pula dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh kelenjar-kelenjar adrenal. Seperti juga organ-organ badan yang lain, prostat terbentuk daripada berbagai-bagai jenis sel. Biasanya sel-sel berpecah untuk menghasilkan sel-sel yang lain apabila diperlukan. Proses ini membantu mengekalkan kesihatan badan.

TANDA-TANDA AWAL KANSER PROSTAT

Kanser prostat di peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:

* Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam
* Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan
* Tidak boleh mengeluarkan air kencing
* Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat
* Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing
* Terasa sakit ketika air kencing keluar
* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani
* Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha.

4 tahap dalam kanser prostat

Tahap ini diambil kira dari segi saiz tumor tersebut, sama ada nod limfa telah dijangkiti atau sama ada tumor tersebut telah merebak ke bahagian badan yang lain.



Tahap 1: Kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

Tahap 2: Kanser masih berada dalam kelenjar prostat, tetapi kebengkakan boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

Tahap 3: Kanser telah pecah melalui selaput prostat dan kemungkinan besar telah merebak ke bahagian seminal.

Tahap 4: Kanser telah merebak ke bahagian pelvis (tulang pinggul), atau telah merebak ke nod limfa atau bahagian-bahagian badan yang lain, seperti tulang, hati atau paru-paru.

Bagaimana kanser prostat merebak
Kanser prostat merebak melalui saluran limfa dan darah. Kanser prostat kerap merebak ke tulang berbanding bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Untuk mengenal pasti tahap kanser ujian ultrasound, skan tulang dan skan berkomputer untuk paru-paru, abdomen dan pelvis dijalankan.

CARA MENCEGAH KANSER PROSTAT



Berdasarkan artikel dari iSIHAT:

Kajian mendapati, kesan jangka panjang terhadap pengambilan Vitamin E mampu mengurangkan risiko kanser prostat dikalangan penghisap rokok.

Vitamin E berperanan meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Jadi dalam erti kata lain meningkatkan kesuburan lelaki.

Zinc Complex



- Membantu meningkatkan kualiti sperma
- Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
- Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
- Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
- Mencecah masalah mati pucuk
- Mengelakkan masalah keguguran rambut ( botak )

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

0 Comments