10 KELEBIHAN BERSEDEKAH

Assalammualaikum..

Cakap psal bersedekah, Ida selalu mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersedekah walaupun bukan dari kewangan tapi dari segi pertolongan. Semenjak Ida ada baca keajaiban bersedekah ni, membuatkan Ida sentiasa merenung diri. Sentiasa cuba menjadi rendah diri dengan kebesaran-Nya. So just nak santai2 nak kongsikan kelebihan bersedekah ni.

Rasulullah saw bersabda:

“Sedekah dapat menolak kematian yang buruk.” (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 2)
Beliau juga bersabda:

“Bersedekahlah kalian, karena sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi kalian.” (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 11)


10 KELEBIHAN BERSEDEKAH

Kebaikan di dunia:

* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:

* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.


Mudah-mudahan kita sentiasa beringat..amin

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS