KESAN BERAT BERLEBIHAN SEMASA MENGANDUNG

Assalammualaikum..

Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan anda mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana kehamilan, dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya. Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu mengenainya supaya boleh berhati-hati.

Apakah risikonya kepada saya dan bayi?

Para doktor dan pengkaji masih tidak tahu dengan tepat apakah kaitan berat badan dengan komplikasi-komplikasi berikut. Ia hanyalah salah satu daripada beberapa faktor lain seperti umur, sejarah genetik, tahap penolakan insulin, gaya hidup dan latar belakang etnik seseorang wanita itu.

Di antara komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk:

  • kencing manis;
  • darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan;
  • pra-eklampsia;
  • pelahiran pramatang;
  • bayi besar (makrosomia).
Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami yang berikut:
  • kelahiran dibantu (forseps atau ventuos);
  • pembedahan caesarean;
  • distosia bahu (di mana bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan).
Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Walau bagaimanapun, penting untuk diketahui bahawa risiko mengalami masalah-masalah ini adalah sangat kecil. (babycenter.com )


Tip bagi mengelakkan peningkatan berat badan berlebihan semasa hamil

1. Jangan makan untuk dua orang

Anda tidak perlu menggandakan kalori makanan. Elakkan makanan yang kaya dengan lemak tepu. Sama juga dengan makanan ringan yang kaya dengan sodium dan lemak. Garam menakung air yang akan menambah lebih banyak berat badan.

2. Makan secara sihat
Ambil makanan yang kaya dengan vitamin, kalsium, asid folik, besi mineral penting lain. Minum 8 hingga 12 gelas air sehari. Elakkan minuman berperisa dan soda kerana ia hanya menambah kalori dan bukannya nutrien yang sepatutnya.

3. Sediakan makanan sendiri

Itulah yang sebaik-baiknya. Masak makanan dengan cara membakar dan memanggang. Elakkan daripada menggoreng kerana ia menambah lemak pada makanan. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak zaitun.

4. Lakukan senaman khas untuk kehamilan

Senaman ketika hamil memang digalakkan. Ia mampu memejalkan susuk tubuh, memperbaiki postur dan menguatkan otot pelvik tanpa memudaratkan bayi. Untuk itu, senaman melibatkan aktiviti berjalan dan berenang amat digalakkan.

5. Makan suplemen

Suplemen membantu anda melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu seharian. Namun, dapatkan nasihat doctor untuk mengambil apa-apa suplemen sewaktu hamil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


creadit:pama

sila klik di sini untuk baca Set Mengandung Shaklee

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments