AIR KENCING BERBAU: PUNCA-PUNCA

Assalammualaikum..

Pernah tak kalau kita berhenti di kedai2 or RNR masuk je tandas je..bau tengik..hancing..Bau air kencing yang kurang menyenangkan juga mungkin berpunca daripada jangkitan di salur kencing.

Petikan ni Ida amik dalam web kosmo ye..



"Mengapa air kencing saya berbau tengik atau meloyakan?" Mungkin soalan tersebut malu untuk ditanyakan kepada doktor, apatah lagi untuk dikongsi bersama ahli keluarga mahupun teman-teman.

Jika hendak disiasat sendiri, mungkin individu yang menghadapi 'tekanan' perasaan ini akan memikir semula tentang apa yang telah dimakan. Mungkinkah asparagus, kopi ginseng, petai, jering atau ubat tertentu?

Bau air kencing berkait rapat dengan faktor isipadu dan kepekatan pelbagai jenis bahan kimia yang disingkirkan oleh buah pinggang.

Secara normal, air kencing yang cair tidak akan membebaskan banyak bau yang kurang menyenangkan. Sebaliknya, jika seseorang dalam keadaan dehidrasi dan air kencing menjadi pekat, ia akan berbau kuat.

"Banyak jenis makanan dan ubat seperti asparagus atau vitamin tertentu mempengaruhi bau air kencing.

Perubahan yang terjadi pada bau air kencing adalah bersifat sementara dan tidak memberi petanda tentang penyakit yang serius," kata pakar urologi dari Yayasan Penyelidikan Mayo, Amerika Syarikat, Dr. Erik Castle.

Namun, menurut Castle, dalam kes tertentu seseorang perlu berwaspada. Sekiranya bau yang kurang menyenangkan berlaku setiap kali membuang air kecil, ia mungkin berpunca daripada jangkitan di salur kencing.

Biasanya, air kencing yang baru dihasilkan buah pinggang dan belum disingkirkan dari tubuh adalah dalam keadaan steril dan tidak berbau, atau hanya berbau yang tidak ketara.

Namun, sejurus ia terdedah pada udara, ia diurai oleh bakteria yang mencemarinya dari bahagian luar kulit dan salur kencing.

Penyakit yang dialami seseorang juga meninggalkan kesan. Jika seseorang menghidap penyakit kuning dengan pigmen hempedu yang berlebihan dalam darah, air kencingnya akan turut mengandungi pigmen tersebut. Ia akan berwarna kuning gelap, jingga atau perang.

Kehadiran darah dalam air kencing serta penyakit porphyria pula menjadi sebab ia menjadi warna merah. Selain itu, bahan lain yang boleh mengubah warna air kencing adalah ubi bit (merah) dan juga asparagus (hijau dan busuk).

Namun, perlu diingatkan bahawa jangkitan tidak semestinya terzahir pada warna air kencing. Lebih utama adalah sama ada air kencing kelihatan keruh. Keadaan sedemikian adalah petanda jelas tentang jangkitan bakteria, atau masalah batu karang.

KENALI WARNA URIN

Jernih
Menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat

Kuning terang / kuning gelap
Mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.

Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Kilauan merah jambu
Memakan ubi mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, keadaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Gelap atau perang
Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Hitam atau bewarna gelap
Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

Kemerahan atau kelabu
Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning gelap
Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration).

Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning disarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari. Ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti kita sehari-hari. Jika memang aktiviti kita cergas, maka keperluan cairan kita juga lebih sehingga kita perlu meminum air lebih dari biasanya. Perubahan warna air kencing itu boleh dijadikan petunjuk bahawa tubuh kita perlukan air.

Di sini juga Ida share Tips Minum Air 3 liter sehari, sila klik di sini

Post a Comment

0 Comments