TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM

KETAHUI TANDA-TANDA,GOLONGAN YANG BERISIKO MENDAPAT KANSER SERVIKS

Kanser pangkal rahim atau serviks adalah sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita.

Serviks dirujuk kepada apa sahaja struktur yang berbentuk seperti leher. Serviks uteri membawa maksud leher uterus. Ia merupakan sebahagian dari rahim yang membuka ke arah faraj. Pangkal rahim dialas oleh dua jenis sel.

Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim dan jenis yang kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-dua jenis sel ini terdapat satu persimpangan yang dikenali sebagai zon transformasi atau zon pertukaran. Di kawasan inilah sampel untuk ujian PAP smear diambil kerana di sinilah biasanya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra kanser dan terjadinya kanser.

Kanser serviks boleh dikategorikan kepada empat peringkat, yang pada asasnya digunakan untuk menentukan jenis rawatan dan prognosis, adalah seperti berikut :

PERINGKAT 0
“Karsinoma in-situ” atau kanser peringkat awal yang ditemui di lapisan pertama pengalas sel serviks. Ia tidak lagi menembusi tisu-tisu serviks yang lain

PERINGKAT I
Sel-sel malignan yang tertumpu hanya kepada pangkal rahim dan belum lagi merebak

PERINGKAT II
Sel-sel kanser telah merebak dan melampaui pangkal rahim, melibatkan 1/3 dari bahagian atas faraj.

PERINGKAT III
Sel-sel kanser telah merebak ke bahagain pelvis dan 1/3 dari bahagian bawah faraj.

PERINGKAT IV
Telah merebak ke dubur, pundi kencing dan juga bahagian-bahagian lain dalam badan
Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua yang paling biasa menyerang wanita di dunia, di mana 80% daripada kes-kes ini berlaku di negara-negara sedang membangun

FAKTOR RISIKO YANG BERKAITAN DENGAN PERTUMBUHAN SEL KANSER ADALAH SEPERTI BERIKUT:
  • Memiliki banyak pasangan seks
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Tidak menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks
  • Anda atau pasangan anda mendapat jangkitan ketuat alat kelamin (Genital Wart)
  • angkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Pernah dijangkiti virus papiloma manusia, terutamanya daripada jenis 16818
  • Merokok
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Latar belakang sosioekonomi yang rendah
  • Alkohol
  • Mempunyai anak yang ramai, melebihi dari 5.
  • Menggunakan pil perancang kehamilan pada jangka masa yang lama.
  • HIV positif
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
TANDA-TANDA ATAU SIMPTOM-SIMPTOM KANSER SERVIK:
Pada awal pembentukan sel-sel kanser tersebut, ia jarang menunjukkan tanda-tanda. Tetapi apabila ia semakin berkembang, simptom-simptomnya termasuklah:
  • Lendir yang terkeluar daripada vagina. Lain daripada biasa.
  • Pendarahan rahim antara ‘period’
  • Pendarahan selepas menopaus.
  • Pendarahan ketika melakukan hubungan kelamin.
  • Perut yang mengalami peningkatan saiz atau seperti mengembung
  • sakit yang tidak dapat dijelaskan pada bahagian perut dan pelvik
  • Perut terasa penuh atau kesukaran makan
  • Peningkatan rasa hendak kencing
  • Sakit ketika pembuangan air kecil, selalunya ia terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.
  • Peningkatan berat badan atau kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Pendarahan pada vagina yang tidak dapat dijelaskan
  • Sakit pada tulang pelvik, sakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.
  • Rasa sakit atau mengalami loya-loya atau rasa tidak hadam
  • Rasa letih yang melampau atau kelesuan
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Terdapat darah beku yang dikesan.
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Keluar cairan yang banyak dan tidak normal. Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.
GOLONGAN BERISIKO

-Wanita yang pernah dijangkiti oleh sesetengah jenis HPV dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut.
-Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh wanita yang didiagnosis menghidapi penyakit ini.
-Kebanyakan mereka terdedah kepada penyebab kanser HPV semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
-Lebih ramai wanita yang dijangkiti tidak pernah membuat ujian Pap.

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH KANSER PANGKAL RAHIM?

- Mencegah lebih baik dari merawat.– Berhenti merokok.– Amalkan pemakanan yang sihat.
– Amalkan cara hidup yang sihat.
– Setia pada pasangan anda.
– Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
– Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
– Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang tidak normal.

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS