MASALAH TULANG RAPUH ( OSTEOPOROSIS )

12:00:00 PM

SAKIT SENDI? TULANG RAPUH?...TANDA, GEJALA N RAWAT SEBELUM TERLAMBAT

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.

Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.




SIMPTOM

Penyakit osteoporosis tidak mempunyai simptom pada peringkat awal. Simptom ini hanya mampu dikesan pada peringkat akhir penyakit iaitu:
- Kesakitan pada tulang
- Retakan dengan sedikit atau tiada trauma.
- Hilang ketinggian ( sebanyak 6 inci).
- Sakit pada bahagian bawah belakang
- Sakit leher/tengkok.

Wanita berisiko tinggi apabila :

  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan Hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' dan Crohn's disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
RAWATAN
Matlamat untuk rawatan penyakit osteoporosis ini ialah untuk:

  • Mengawal kesakitan
  • Memperlahan atau memberhentikan kehilangan tulang (bone loss)
  • Mencegah retakan tulang dengan ubat menguatkan tulang.
  • Meminimumkan risiko untuk jatuh yang boleh menyebabkan retakan tulang.
SENAMAN
Elakkan senaman yang boleh mengakibatkan terjatuh atau impak yang kuat yang boleh menyebabkan keretakan tulang.

DIET
Dapatkan sekurang-kurangnya 1 200 miligram kalsium setiap hari dan 800 – 1 000 vitamin D3. Vitamin D membantu badan kita menyerap kalsium.

Makanan yang tinggi kalsium antaranya ialah:
  • Keju
  • Ais-krim
  • Sayuran hijau
  • Susu rendah lemak
  • Ikan salmon
  • Ikan sardin bersama tulangnya.
  • Tauhu
  • Yogurt
  • Tinggalkan tabiat tidak sihat seperti merokok atau minum minuman keras.

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)