KAKI KEJANG SEMASA HAMIL

12:24:00 AM

KAKI KEJANG SEMASA HAMIL: 
CARA MENGATASINYA

Seringkali kita terdengar beberapa rungutan ibu-ibu hamil yang mengalami kekejangan kaki pada waktu malam. Kekejangan kaki / betis sering berlaku semasa trimester kedua dan ketiga. Ianya dikatakan berlaku kerana terdapat asid yang terkumpul di dalam serat otot kaki kita. Kekejangan ini seringkali menyerang sewaktu kita dalam keadaan tidur. Ianya bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila waktu tidur lena kita dikejutkan dengan kesakitan yang berlangsung beberapa minit.

Secara teorinya apakah punca berlaku kekejangan (cramp) kaki / betis ini ?

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium di dalam darah. Sepertimana yang kita tahu, sewaktu mengandung / hamil, kita seringkali mengalami kekurangan nutrien sekiranya kita tidak menjaga permakanan berikutan kita berkongsi nutrient bersama si manja yang berada di dalam kandungan. Nutrien yang dikongsi akan diambil dan menyebabkan ibu memerlukan lebih nutrien sewaktu hamil.

  • Uterus (rahim) yang semakin membesar sejajar dengan perkembangan si manja di dalam kandungan, situasi ini memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki kita.
  • Perubahan hormon ketika hamil iaitu progesterone, kadang kala memberi kesan kepada otot kaki kita semasa hamil.
  • Perut yang semakin membesar dan bebanan berat yang semakin meningkat ketika hamil juga membuatkan otot kaki kita lebih cepat letih sekiranya berdiri dan berjalan lebih lama.


Bagaimana cara untuk melegakan kesakitan apabila mengalami kekejangan seperti ini?
  • Buat regangan kaki (stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur kurang.
  • Bantuan suami boleh diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Sekiranya ibu-ibu diluar sana mencari apakah produk yang boleh membantu memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan kepada anda ketika hamil, SHAKLEE ada menawarkan produk yang diberi nama OSTEMATRIX. Ostematrix boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda, Dengan sebiji tablet ostematrix ianya bersamaan dengan segelas susu tinggi kasium atau bersamaan 80 biji buah badam.

Menurut kajian,dos kalsium yang diperlukan dibahagikan pada beberapa peringkat umur
  • Kanak-kanak ( 1-3tahun ) - 500mg/sehari
  • Kanak-kanak ( 4-8tahun ) - 800mg/sehari
  • Remaja ( 9-18tahun ) - 1300mg/sehari
  • Dewasa ( 19-50tahun ) - 1000mg/sehari
  • Orang tua ( 51tahun ke atas ) - 1200mg/sehari
Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)