AIR KENCING KUNING SELEPAS MAKAN B-COMPLEX

Assalamualaikum.

Ida sering juga menerima soalan tentang kenapa air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B-Complex. Kuning yang dimaksudkan di sini ialah kuning yang terang, macam warna vitamin B-Complex tu.

Berikut merupakan warna air kencing dan faktor penyebabnya:

  • Kuning Pucat - normal
  • Kuning Cerah / Terang – akibat pengambilan vitamin B-Complex
  • Kuning Gelap – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
  • Coklat - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati
  • Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax, vitamin C
  • Keruh / Putih susu - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)/penyakit batu karang
  • Merah atau Pink – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
  • Biru atau Hijau – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrom
Berdasarkan panduan di atas, jika warna urin adalah terang, ia adalah sesuatu yang normal. Ini terjadi kerana B-Complex merupakan vitamin larut air dan kehadiran B2 (Riboflavin) di mana molekulnya berwarna kuning.

Pada peringkat awal pengambilan B-Complex, perubahan warna air kencing adalah perkara biasa dan lama-kelamaan akan kembali seperti sediakala dengan syarat pengambilan air adalah mencukupi.

Jika kuning gelap/keruh pula, anda harus meningkatkan pengambilan air. Jika selainnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.

SIAPA PERLUKAN B COMPLEX?

  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Post a Comment

0 Comments