TIPS MAINTAINKAN BERAT BADAN

CARA MUDAH KEKALKAN BERAT BADAN ANDA!!

Saya jumpa artikel pendek ni dalam magazine lama. Maka, saya panjangkan di sini untuk kita kongsi bersama. Ye lah, asyik makan je kan.. sesekali kita jenguk info macam ni supaya timbul kesedaran, especially untuk diri sendiri lah. Kalau jumpa makanan, makan macam tak ingat dunia.. nak naik berat tu mudah, nak jaga.. sikit susah.. (sebab mudah tergoda dengan makanan..), nak turun berat.. laaagi la berkali kali ganda susah.

Artikel tu cakap.. ada 4 cara mudah nak maintain berat badan.. Jadi, dah susah payah mencapai berat ideal, makanya kita maintan pulak ye....

  • Sentiasa gunakan yogurt, susu dan salad dressing yang rendah lemak. Usually bebenda yang ada tajuk rendah lemak ni mengandungi 10 gram lemak kurang daripada produk yang tak cakap dia adalah rendah lemak. Tapi, ada satu artikel lain, saya tak ingat di mana say abaca, dia cakap kalau selalu sangat asik rendah lemak pon tak bagus juga. Makanya pepandai lah adjust.
  • Makan makanan seimbang.. ala.. ikut pyramid makanan tu lah.. Nanti saya buat entry tentang ni. Tubuh memerlukan hamper 40 jenis khasiat untuk memastikan ianya kekal hebat.. mm.. 40.. banyak tuh.. makan pon kena banyak.. jenis lah hehehhe..
  • Dah makan banyak, kena lah seimbangkan balik dengan senaman.. Kalau tinggal yang tu, menggelembung naik lah lama2 nanti. Paling mudah adalah berjalan kaki dengan high speed.. Boleh?
  • Dan yang terakhir.. makan sayur yang dikukus atau yang digoreng tanpa minyak. Untuk rasa yang lebih sedap dengan kalori yang terhad, tambahkan sedikit rempah, herba, jus lemon atau cuka.Kengkadang cenggini macam ok, tapi kurang sedap.. heheheh.. masak biasa2 tu yang lebih sedap.
Selalunya saya akan paling bagus beramal sebaik membaca sesuatu macam ni, dan bersemangat gila nak turunkan berat badan. Tapi, selalunya tak lama.. seminggu je paling kuat..Lepas tu lupa diri.. 

Selamat Beramal! 

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS