SIMPTOM DAN PUNCA KEGUGURAN

Pernah tak ada di antara kita mengalami keguguran? Selalunye keguguran boleh berlaku dalam tempoh 2 hingga 3 bulan semasa kehamilan. Di sini ida nak kongsi simptom2 dan punca2 keguguran berlaku berdasarkan pengalaman dan research yang ida buat.

Simptom – simptom keguguran


Ujian air kencing – salah satu garis samar-samar

Apabila kita membuat ujian air kencing di rumah untuk mengesahkan kehamilan, tetapi hanya 1 garis merah sahaja yang keluar. Sedangkan kita sudah lama tidak datang period,tetapi ujian air kencing menunjukkan keputusan yang –ve. Ini mungkin kepekatan air kencing kita tidak sama dengan orang yang hamil dan mungkin kandungan tidak menjadi. Orang yang hamil akan menunjukkan kesan +ve walaupun sudah 1 minggu lewat datang period

Perut tidak selesa
Kadang- kadang perut kita tak selesa seperti ingin datang period, sedangkan kita sangka kita sudah hamil. Orang yang hamil tidak akan rasa ketidakselesaan pada awal kehamilan sehingga la kandungan mencecah 3 atau 4 bulan ke atas kerana kandungan semakin membesar.

Tiada alahan
Simptom ini adalah sangat subjektif kerana ianya terpulang kepada badan individu masing2. Ada sesetengah ibu yang hamil tapi tidak mengalami alahan langsung. Tapi bagi yang mengalami alahan yang sangat teruk, ini suatu petanda baik bagi kandungan yang sihat berkembang di dalam rahim kita.

Tanda- tanda seperti datang haid
Ini terpulang kepada individu bagaimana tanda yang akan datang jika datang haid. Ada yang tumbuh jerawat di muka, payudara gatal, muka berminyak dan sebagainye. Selalunye bagi ibu yang hamil tanda-tanda seperti datang haid ini tidak akan timbul kerana perubahan horman yang sangat ketara menghalang tanda2 nie.

Keluar darah yang sangat sakit
Apabila berlaku pendarahan yang sangat banyak dan sangat sakit, 70% kemungkinan anda akan mengalami keguguran. Orang yang hamil tidak sepatutnye keluar darah semasa hamil dan jika ada pun hanya sedikit dan tidak memudaratkan.

Punca – punca keguguran
Pemakanan
Pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan. Elakkan makanan2 yang tajam seperti nenas, tebu , hati , limpa, minyak ikan dan beberapa lagi makanan semasa awal kehamilan. Banyakkan memakan makanan seperti susu, kekacang, sayuran dan berprotein tinggi.

Terlalu aktif

Di awal kehamilan, ibu-ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat serta melakukan aktiviti lasak. Kerana kemungkinan janin di dalam rahim masih belum kukuh dan dalam proses pembentukkan. Juga tidak di galakkan terlalu lasak melakukan sesuatu aktiviti.

Berdiri dan berjalan terlalu lama dan jauh
Ia akan menyebabkan keguguran jika kita terlalu banyak berjalan. Seharusnya imbangi aktiviti ini.

Pakaian yang terlalu sempit
Mungkin kebanyakkan kita masih selesa memakai jeans atau pakaian ketat walaupun sedar diri sudah hamil. Bayi di dalam rahim tidak akan selesa dan akan menyekat peredaran darah.

Kasut tumit tinggi
Memang tidak di galakkan langsung memakai kasut tumit tinggi kerana saraf2 boleh merosakkan kandungan.

Tekanan atau stress
Jika anda tahu anda hamil, elakkan daripada stress kerana boleh mengakibatkan keguguran. Perasaan sedih juga boleh mempengaruhi kandungan yang tidak sihat.

Tidak cukup rehat
Jika kita kepenatan juga boleh menyebabkan kaguguran. Rehat la secukupnye dan cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi perkembangan bayi.


Tidak mengambil asid folic
Jika kita mengabaikan ubat yang di beri oleh doktor, susah untuk bayi berkembang dengan sihat. Setiap ubat yang di beri oleh doktor sangat bagus kandungan kita. Jangan sesekali abaikan dan ambil sambil lewa. Asid folic sangat penting bagi mengelakkan bayi cacat dalam kandungan.

Terlalu terkejut
Berada dalam keadaan terperanjat atau terkejut boleh juga beri kesan pada kandungan. Jika kita terlalu terkejut, bayi juga akan terkena kejutan itu. Ini boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi.

Kandungan tidak menjadi
Kemungkinan bayi tidak menjadi maka Allah menjadikan ia gugur di dalam kandungan kita. Ada sesetengah ibu mengalami kandungan berupa buah anggur yang bermakna tidak menjadi bentuk seorang bayi. Ini semua kuasa tuhan. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS