KHASIAT TELUR

10:33:00 PM

KHASIAT TELUR UNTUK IBU HAMIL

Memastikan keperluan nutrisi anda mengikut piawaian yang ditetapkan untuk ibu hamil bukanlah terlalu sukar. Pastikan anda faham dan tahu apa makanan yang elok dimakan bagi memastikan keperluan nutrisi anda dicapai sepanjang kehamilan.

Selain memastikan kesihatan dan keperluan zat makanan untuk diri sendiri dipenuhi, anda juga perlu mengambil kira tentang keperluan ‘orang di dalam’. Untuk mendapatkan nutrisi yang baik untuk janin yang dikandung, ibu hamil disarankan mengambil telur dalam diet seharian.

Tahukah anda apa kandungan zat yang terkandung dalam sebutir telur? Sebutir telur ayam dikatakan mengandungi 12 kandungan vitamin dan mineral serta protein yang berkualiti yang bagus untuk kehamilan.

Ibu hamil mesti memastikan keperluan zat proten dipenuhi kerana ia berfungsi dalam pertumbuhan sel-sel pada janin yang membesar dalam kandungan. Telur juga mempunyai kandungan kolin. Kolin adalah zat yang mampu meningkatkan kesihatan otak dan mencegah kecacatan pada sistem saraf bayi. Selain itu telur juga mempunyai kandungan karbohidrat yang sedikit, iaitu sekitar 90 kalori sahaja. Ini mengurangkan kegemukan dii kalangan wanita hamil.

Jika anda memiliki kadar kolestrol normal sepanjang mengandung, anda boleh makan sekurang-kurangnya satu atau dua butir telur sehari.


Malah,anda juga boleh mencuba dengan pengambilan SET MENGANDUNG SHAKLEE.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
( YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR )
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)