KENAPA WANITA HAMIL MUDAH MENANGIS?

Assalammualaikum...

Wanita ni memang dilahirkan mempunyai hati yang cepat tersentuh walaupun kadang-kadang benda yang sangat simple. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang hamil.

Kenapa wanita hamil mudah menangis?

Perubahan emosi wanita hamil paling ketara dalam 12 minggu pertama kehamilan. Mereka mungkin merasa tidak dapat mengawal emosi dengan betul semasa trimester pertama seperti tiba tiba marah atau menangis.

Wanita hamil juga mungkin mendapati mengalami perubahan mood lagi dalam beberapa minggu terakhir kehamilan atau sebelum bersalin.

Perkara mudah yang membuatkan wanita haml mudah menangis

1) Cuba Untuk Dapatkan Keselesaan



Tiada siapa yang berkata bahawa kehamilan itu selesa. Setiap malam wanita hamil tidak dapat tidur dengan selesa sehingga berbulan. Mereka lebih banyak habiskan masa dengan berjaga dan kerap ke tandas. Perut yang semakin membesar juga boleh buatkan keadaan tidak selesa.

2) Salah Dihidangkan Makanan Yang Dipesan


Walaupun suami membawa pulang makanan yang dipesan, tetapi tersilap jenama boleh sebabkan isteri hamil menangis. Wanita hamil boleh teresak­esak di pasar raya kerana tidak dapat ais krim dia mahu.

3) Tidak Tahu Apa Yang Mahu Dimakan


Banyak makanan yang wanita hamil rasa tidak lalu makan tetapi perlu makan sehingga membuatkan dia buntu dan perut masuk angin

4) Tidak Dipelawa Untuk Duduk Di Dalam Pengangkutan Awam


Ia sukar untuk seimbangkan diri dalam pengangkutan awam dalam keadaan berdiri dan hamil. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, wanita hamil boleh menitiskan air mata ketika itu.

5) Iklan Yang Berkaitan Bayi, Kanak-­kanak dan Binatang




Iklan binatang terbiar yang mencari makan merata rata boleh tumpahkan air mata wanita hamil.

6) Perasaan Keibuan


Pertama kali merasa bayi menendang boleh menyebabkan perasaan keibuan dan boleh menyentuh perasaan wanita hamil. Mungkin wanita hamil merasa ikatan ibu­anak sudah terjalin.


Tapi rasanya memang kebanyakkan perasaan wanita ni mudah tersentuh perkara camni kan...

Walaupun cepat tersentuh,wanita mempunyai hati yang cekal untuk harungi cabaran kan?

sapa setuju?

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS