Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

ANAK KERAP MENYUSU,SUSU AKU TAK CUKUP KE?

Assalammualaikum...

Sebenarnya Ida memang suka kongsikan bab penyusuan ni walaupun Ida bukanla orang yang pakar tapi belajar skit-skit je. Selalunya Ida akan share tips penyusuan dalam facebook. Ada juga Ida pernah kongsikan psal penyusuan dalam entry yang sebelum-sebelum ni. Korang boleh klik pada tips penyusuan. Kali ni Ida nak kongsikan bab kekerapan anak menyusu. Situasi ni selalu berlaku pada ibu-ibu muda.



Anak kerap menyusu sehinggakan ada ibu-ibu akan mula berasa sedih dan tertanya-tanya.

"Adakah susu aku tak cukup?"
"Anak kenyang tak?"
" Perlu ke aku bagi susu formula?"

Situasi ini yang menyebabkan ibu-ibu akan putus atas teruskan penyusuan susu badan dan akan berikan susu formula sebagai langkah penyelesaiannya.



Sebenarnya, anak yang dilahirkan ni memang mempunyai kapasiti perut yang sangat kecil iaitu sebesar kacang pis pada hari pertama. Kalau Ida suka anggarkan perut anak sebesar penumbuknya. Kapasiti perut bayi yang baru lahir untuk susu adalah dalam 20ml sahaja iaitu 4 sudu teh. Kecil kan?

Image result for anak kerap menyusu

Jadi memang normal kalau bayi yang baru lahir dalam bulan pertamanya minum dengan kerap dan sangat banyak. Itu bukan bermakna anak tak cukup susu tapi disebabkan perutnya yang cepat kecil tambahan susu ibu memang mudah dihadam sebab itu la anak cepat lapar dan menyusu dengan kerap. Anak akan kerap menyusu 8-12 kali dalam masa 24 jam pada hari ke-2 hingga ke-5 kelahirannya.

Image result for anak kerap menyusu

Bila anak dah semakin membesar kekerapan anak menyusu itu akan kurang kerana masa ni dia nak mula pandai bermain dan melihat orang disekelilingnya. 

Dan sebenarnya anak kerap menyusu ni sebab dia selesa dengan kita dan ingin berasa rapat. Yelah dah lama dalam perut kan. Kalau perasan ada sesetengah bayi, bila kita letak dia akan menangis..nak suruh angkat baru la diam sampaikan tak boleh buat kerja. Betul tak? Tapi sebenarnya dia nak dipeluk tapi korang janganla manjakan sangat. Susah nanti nak buat apa-apa kerja. Bagi susu dan letak die semula.

Jadi ibu-ibu jangan la berfikiran negatif atau sedih bila anak kerap menyusu dan menangis. Itu normal bagi anak-anak yang baru lahir. Jangan patah semangat dan teruskan penyusuan k...




Klik di sini untuk order segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Sunday, October 18, 2015

4 RAHSIA KENAPA IBU BOLEH KURUS DENGAN MENYUSUKAN ANAK,HILANG SEBANYAK 20KG!

Assalammualaikum...

Perkara utama yang setiap ibu-ibu nak selepas melahirkan anak adalah nak kurus! Bukan lelaki je atau pun warga muda. ibu-ibu yang telah melepasi saat mengandung selama 9 bulan, berat naik sampai 60 kg mestilah nak kuruskan balik badan macam sebelum hamil.



Mana la nak tahan bila ada lemak tepu kat dalam badan. Baju dulu pakai saiz S sekarang dah kena pakai saiz XL. Nampak ketara kan perubahan die.Salah satu cara nak kurus bagi ibu-ibu selepas bersalin adalah dengan susukan anak. Ini rahsia Ida kawal berat badan Ida. Jadi Ida nak kongsikan 4 rahsia kenapa ibu boleh kurus dengan menyusukan anak.



4 RAHSIA IBU KURUS DENGAN MENYUSUKAN ANAK

1. Bakar kalori ibu



Anak hanya memerlukan 300-500 kalori sahaja setaip hari. Tentulah kalori itu diambil dari ibunya. Sebab itu la walaupun ibu-ibu banyak makan sekalipun, memang tak sempat nak jadi lemak kat dalam badan sebabnya akan terbakar sendiri selepas menyuskan anak. Tak hairan la bagi ibu yang susukan anak ni akan lebih langsing walaupun makan banyak macam Ida.hahaaha..

2. Hanya pemakanan berkhasiat sahaja




Semestinya ibu yang menyusukan anak mesti akan makan makanan yang berkhasiat supaya menghasilkan susu yang berkualiti dan bernutrisi untuk tumbesaran anak-anak. 
Antara makanan yang sering diambil adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, oat, susu, ikan, daging, ayam, makanan sunnah dan lain-lain lagi. Semestinya semua makanan berkhasiat ni tidak akan mengemukkan korang. Kalau korang terasa atau teringin nak makan benda junk food ni, makan skit je buat lepas mengidam. Ida suka buat macam tu lepas tu Ida akan minum air masak banyak-banyak.hehe.

3. Minum banyak air




Ibu menyusu akan minum air dengan banyak. Itu adalah perkara biasa yang akan dilakukan. Kenapa? Kerana menyusukan anak akan membuatkan ibu cepat dahaga. Setiap kali susu keluar, ibu perlu menggantikan semula air dalam badan supaya boleh digunakan untuk menghasilkan susu semula. Ibu menyusu perlu minum banyak air masak. Air masak memang membantu dalam proses membuang toksin dan lemak-lemak dalam badan. Jadi, secara tidak langsung selain cukup air untuk menghasilkan semula susu, kita juga mempunyai cukup air untuk menguruskan badan.

4. Hormon gembira berkesan




Orang kata ibu menyusu perlu sentiasa gembira. Bila ibu gembira, susu yang keluar juga akan lebih lancar. Ia memang fakta yang betul! Ikutkan pada logiknya bila kita rasa gembira hormon positif akan terhasil dan ini akan membantu proses menurunkan berat badan akan lebih lancar dan mudah.



Tak caya bagi ibu yang menyusukan anak. Susukan anak masa keadaan sedih, susu mesti keluar sikit je.



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Thursday, September 17, 2015

SET BERSALIN BANYAKKAN SUSU SAMPAI TAK PAYAH TOP UP SUSU FORMULA

Assalammualaikum...

Semua ibu-ibu mesti mencari set bersalin yang murah dan terbaik. Dan yang paling penting mestilah nak set bersalin yang boleh banyakkan susu, tak ganggu pengeluaran susu sepanjang masa berpantang nanti.




Begitu juga seperti Ida. Dulu masa mengandungkan Asyraf Ida tak makan mana-mana jamu atau set bersalin sebabnya selepas bersalin Ida ada masalah penyusuan. Susu kurang dan masalah "nipple". Tambahan ni pengalaman yang pertama, memang agak kurang pengetahuan skit. Terpaksa Ida tambahkan susu formula sebanyak 2 oz sekali sehari dalam masa sebulan (dlm tempoh berpantang). Tapi dalam masa yang sama Ida masihkan teruskan penyusuan dan alhamdullilah susu Ida bertambah banyak. Dalam hati ini memang nekad nak susukan die sebaik mungkin. Dan alhamdullilah Ida berjaya susukan Asyraf sehingga 2 tahun tanpa susu formula selepas habis berpantang 1 bulan tu.


Sepanjang masa tu juga Ida tak makan jamu sebab Asyraf tak tahan dengan "benda panas", walaupun masa tu juga sebarang biskut atau makanan yang ade kandungan susu lembu die akan alergik, habis naik bintik-bintik merah kat muka. Kesian sangat.

Sekarang selepas bersalin kan Aqil dah takde masalah lagi, Ida cuba set bersalin yang terbaik bagi Ida yang memang akan guna untuk anak-anak seterusnya.

SET BERSALIN BANYAKKAN SUSU SHAKLEE

Kenapa?

Waktu ini Ida juga masih takut nak guna mana-mana produk untuk berpantang nanti. Sebabnya takut anak tak tahan panas, jadi macam Asyraf dulu. Kesian sangat. Tapi Set Bersalin Shaklee ni betul-betul berkesan bagi Ida.



Asyraf masa di klinik sebab masalah alahan die. 

Selepas keluar dari hospital Ida dah mula makan Set Bersalin Shaklee yang mengandungi B-complex, Vitalea, Vitamin C dan Zinc. Hanya 4 jenis ni sahaja Ida dapat rasakan perubahan yang amat ketara.

Badan bertenaga sehinggakan boleh mandikan Asyraf dan Aqil, siap masak dan basuh baju sekali walaupun pakai mesin basuh. Paling best Ida packing order customer sebabnya tak jangka Aqil akan keluar awal, bayaran dah buat. So kena jugala packing dan en suami yang pos kan.

Susu? Alhamdullilah jangan kata la memang susu banyak. Paras jaundis Aqil dalam 3-4 kali ke klinik je dah turun. Memang cepat sangat berbanding dengan Asyraf dulu. Dan saat ni umur die dah 1 tahun 8 bulan Ida masih susukan die tanpa SUSU FORMULA.




Bab luka bersalin jangan cakaplah, memang cepat sembuh. Nurse yang datang periksa jahitan pun terkejut tengok, die kata dah baik sepenuhnya. Padan la dengan Ida pun kemain lagi buat kerja walaupun dalam keadaan pantang.

Kulit muka pun tak pucat sampaikan nurse tanya awak sihat tak arini. Ida jawab sihat.. Die kata ok la tu, tengok muka macam tak orang pantang, tak pucat langsung.



Aqil masih dalam tempoh berpantang, Jaundis dah takde.

Oh orang bersalin selalunya ada masalah sembelit kan? Yup Ida ada tapi tak teruk macam dulu so Ida ada tambah Ostematrix selepas tu. Dan ok sangat, badan pun tak sakit, sembelit pun takde...Senang je membuang.

Ini antara pengalaman Ida menggunakan Set Bersalin Banyakkan Susu, agaknya kalau Ida bekerja sampai boleh buat stok susu la.hehehe


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Sunday, September 6, 2015

8 TIPS MENJAGA BAYI PRAMATANG,SI IBU RASA LEBIH SELESA

Assalammualaikum..

Ramai juga ibu-ibu yang ada masalah dengan kehamilan pada kali ini. Yelah ada juga ibu yang alami masalah cyst semasa mengandung, kencing manis malah ada yang alahan sangat la teruk sehinggakan di saat nak bersalin.Semestinya ibu-ibu akan jadi lebih risau bila anak yang dilahirkan pramatang.



Bayi lahir tidak cukup bulan atau bayi pramatang ini perlukan penjagaan yang istimewa berbanding bayi yang normal.Bayi pramatang lahir awal iaitu antara 28 hingga 36 minggu usia kehamilan ibu. Ini ada 8 tips menjaga bayi pramatang agar ibu lebih selesa.




8 TIPS MENJAGA BAYI PRAMATANG

1. Posisi tidur



Buat posisi tidur anak seperti dalam kandungan. Diorang tidur dalam keadaan berbentuk "u" seperti sarang. Dalam kedudukan macam ni, mereka rasanya dipeluk tak tak cepat terkejut semasa tidur.

2. Pegang bayi dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. 



Bayi pramatang yang dilahirkan memang kecil jadi masa nak angkat bayi tu pastikan pegang kedua lengan tangannya, bagi serapat yang mungkin pada kita dan menahan leher atau punggungnya. Seolah mendukung bayi dalam keadaan berbedung.

3. Pasangkan lampu yang malap ketika menyusukan bayi dan tidur. 





Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.

5. Tidak boleh penat




Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokus mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

6. Elak bunyi bising




Jangan membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormone pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.

7. Rawatan kaedah kanggaro



Ini membantu untuk mempertahankan suhu badan bayi, menstabilkan denyut jantung dan pernafasan, membuat tidur lebih banyak, jarang menangis, meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini disarankan untuk bayi pramatang dengan berat badan di bawah 2500 gram.

8. Lakukan stimulasi berupa sentuhan, suara dan penglihatan. 




Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya.

Monday, August 3, 2015

6 RAHSIA PENYUSUAN SUSU IBU SUPAYA LEBIH BERJAYA!

Assalammualaikum..

Tak semua ibu-ibu berjaya menyusukan anak sepenuhnya secara eksklusif. Bagi yang berjaya tahniah Ida ucapkan. Syukur kerana masih dimurahkan rezeki untuk anak-anak mendapat khasiat terbaik dari susu ibu.




Bagi ibu-ibu yang tidak berjaya jangan bersedih mungkin korang masih belum cukup ilmu atau keyakinan masa menyusukan anak dulu. Jadi sebelum rancang untuk anak akan datang apa kata kita baca 6 rahsia penyusuan susu ibu supaya lebih berjaya.


6 RAHSIA PENYUSUAN SUSU IBU SUPAYA LEBIH BERJAYA

1. Timba ilmu pengetahuan

Bagi ibu -ibu yang masih baru tentang dunia penyusuan susu ibu ni digalakkan untuk ikuti mana-mana kelas penyusuan sebagai persediaan. Di sana nanti para perunding akan ajar dan berikan teknik yang betul tentang penyusuan.

Kalau ada yang tidak berkesempatan pergi mana-mana kelas penyusuan boleh je tambah ilmu melalui buku-buku,artikel atau website.

Contoh:

website 

Buku-buku:
- The Companion:Revised of Breastfeeding:Seventh Revised Edition
- The Nursing Mother' Answers: The Most Comprehensive Problem-Solving Guide to Breastfeeding from the Formest Expert in North America,Revised&updated edition
- Hebatnya Susu Ibu

buku penyusuan yang paling best Ida baca

2. Sokongan menyeluruh



Sapa yang paling penting untuk berikan sokongan pada ibu-ibu? Tentu lah dari orang yang paling dekat dengan kita iaitu suami sendiri. Kemudian baru la keluarga dan kawan-kawan. Jika bukan mereka siapa lagi kan. Si suami pun berikan sokongan pada isteri, jangan la bagi rasa isteri tu kurang keyakinan nak menyusukan anak.

Jangan la bila anak merengek nangis,terus cakap " Bagi jelah minum susu botol". Plez...No..No...No...

3. Perancangan dan persediaan awal



Jika korang adalah seorang ibu yang bekerja semestinya memerlukan persediaan untuk menyimpan stok susu ibu untuk anak-anak. Korang mungkin perlukan pam susu,bekas simpanan susu,beg pendingin untuk menyimpan stok susu perahan di tempat kerja dan sebagainya. Dan mungkin korang memerlukan supplement tambahan untuk itu.

4. Simpan nombor telefon

Dapatkan nombot telefon kauselor penyusuan supaya lebih mudah nak rujuk. Malah simpan nombor kawan-kawan yang telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya. Nak lebih elok simpan nombor Ida,insyaallah Ida boleh bantu.

5. Berbincang dan bertindak



Ni masa selepas korang bersalin. Dapatkan perbincangan dengan doktor dan jururawat yang korang nak menyusukan anak dengan susu ibu. Ini sebabnya kebanyakkan ibu-ibu muda pada awalnya susu mereka taknak keluar. 

Nasihat Ida,masa mengandung kerapkan cuci puting susu dan urut supaya tak tersumbat. Kalau yang pernah cuci mesti akan perasan ada kotoran pada puting korang.

6. Percaya dan yakin pada diri sendiri



Keyakinan pada diri sendiri merupakan faktor yang paling penting untuk penyusuan yang berjaya. Janagn mudah rasa goyah dan kecewa. Yakin bahawa sentiasa ada rezeki untuk anak-anak dengan susu kita. Insyaallah..bila otak dan setting maka sistem hormon badan juga akan bertindak. Ini menyebabkan pengeluaran susu akan lebih lancar.

Dia ibu bekerja tapi berjanji & berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yg dia sanggup buat...


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Nak baca tips penyusuan dari pengalaman Ida sendiri boleh klik di sini



Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Thursday, July 9, 2015

5 TIPS MUDAH IBU MENYUSU NAK KURUS TANPA EFEK SUSU BADAN

Assalammualaikum...

Ramai ibu menyusu mengalami peningkatan berat badan. Mana tak nya selera makan bertambah dan kerap makan sebabnya ibu menyusu ni cepat lapar selepas menyusukan anak. Tapi ibu-ibu jangan risau,penyusuan merupakan salah satu pembakar lemak yang paling berkesan lebih-lebih lagi selepas bersalin. Jangan risau ibu menyusu nak kurus itu perkara paling mudah dan senang.




Ada sebilangan ibu-ibu taknak menyusukan anak sebab nak jaga bentuk badan yang langsing. Sedangkan anak mendapat khasiat yang baik dari susu ibu sudah cukup mengembirakan hati. Ibu menyusu memang memerlukan kalori yang lebih iaitu 200-500 kalori berbanding ibu normal.



5 TIPS MUDAH IBU MENYUSU NAK KURUS

1. Tangguh diet sehingga 2bulan

Sebaiknya selepas melahirkan anak jangan fikirkan lagi bab nak kurus ni. Beri peluang pada untuk penghasilan susu yang stabil dan tidak mudah terjejas. Kebanyakkan selepas bersalin,bayi mengalamai jaundis/demam kuning. Saat ini susu ibu sangat penting. Tapi ingat penyusuan menyebabkan korang kehilangan 200-500 kalori TANPA DIET tau!

2. Susukan secara kerap dan tanpa had


Kajian telah membuktikan bahawa penyusuan dengan lebih kerap dan tanpa had sehingga lebih 6bulan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat dan berkesan.

3. Pengambilan kalori 1500-1800 sehari


Image result for diet

Pengambilan kalori yang lebih penting untuk ibu menyusu. Jangan abaikan kerana kajian telah membuktikan pengambilan kalori yang kurang akan menjejaskan penghasilan susu. Jadi amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

4. Berat badan hilang tak lebih 0.7kg seminggu

Kehilangan berat badan yang kurang dari 0.7kg seminggu tidak akan menganggu penghasilan susu. Sebaiknya ibu menyusu biarlah kurus secara perlahan jangan terlalu mendadak melainkan korang memang taknak menyusukan anak. Lakukan senaman ringan untuk pastikan otot-otot kekal kuat.

5. Kurangkan kalori beransur-ansur

Bila kalori berkurang ini akan memberi kesan pada penghasilan susu terutamanya ketika ibu sakit atau pengambilan ubat tertentu. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi dengan kerap.

rujukan:penyusun ibu



Set kurus ibu menyusu ni menbantu ibu-ibu untuk mengurangkan berat badan tanpa memberi kesan pada penghasilan susu ibu. Malah susu ibu akan bertambah banyak dan pekat. Paling best tengok berat badan anak juga bertambah mengikut aras panduan yang ditetapkan.


Akak ni lagi hebat. Walaupun masih menyusukan anak tapi berat badan telah turun sebanyak 20kg tau! Skit pun tak efek pada anak dan penghasilan susu.


Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

Friday, June 26, 2015

8 TIPS ELAK ANAK GIGIT KETIKA MENYUSU

Assalammualaikum..

Pengalaman ni bagi ibu-ibu menyusu je yang tahu bagaimana rasa anak suka gigit semasa menyusu ni. Sakit ooo..

Kalau ibu-ibu menyusu yang bawah 1 tahun ni maybe hanya sakit anak mengigit guna gusi je. Ni kalau 1 tahun ke atas yang dah ada banyak gigi. Terasa sakit,pedih ada tu sampai melecet. Ni Ida kongsikan 8 tips elak anak gigit ketika menyusu.


TIPS ELAK ANAK GIGIT KETIKA MENYUSU



1) Ketahui punca
Mengenal pasti punca sebenar bayi menggigit. Antara kemungkinan sebab bayi menggigit ialah pengeluaran susu yang tidak lancar atau bayi anda sedang tumbuh gigi.

2) Beralih payudara
Mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigitnya kepada payudara yang lainnya. Sambil melalukan proses pengalihan ini, anda digalakkan untuk menegurnya secara berhemah.

"Antara yang boleh anda luahkan ialah "Mama sakit bila sayang gigit mama" ataupun "Adik tak sayang mama ke? Kesian mama kena gigit"."

Dalam keadaan tertentu , anda boleh membiarkan bayi seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.

3) Menekap muka bayi
Setiap kali melihat bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payudara anda. Cara ini secara tidak langsung akan membuatkan anak anda sesak nafas. Jadi, akan mendorongnya untuk melepaskan gigitannya agar dapat bernafas semula.

4) Selesakan posisi
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar2 memberikan keselesaan kepada bayi dan diri anda juga.

5) Leraikan dengan jari


Apabila bayi seakan2 mahu menggigit, segera masukkan jari kelinking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payudara. Jangan meleraikan sesi penyusuan secara tiba2 tanpa memasukkan jari kelinking terlebih dahulu. Dengan cara ini anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting dan mengurangkan sakit puting yang melecet.

6) Gigit sesuatu


Berikan bayi alat2 menggigit yg lain spt teether atau tuala kecil yg telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat2 ini sedikit sebanyak membantu bayi anda yang suka menggigit tambahan pula yg sedang mengalami masalah gatal gusi.

7) Jangan jerit
anda dinasihatkan agar tidak meninggikan suara dan menjerit kepada bayi. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar bayi anda. Ini akan mengakibatkan bayi terkejut dan mengalami rasa takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi takut2 bayi anda enggan meneruskan sesi penyusuan yang seterusnya. Parah tu, jenuh pula anda menanggung sakit bengkak susu.

8) Teliti gaya penyusuan
Mengetahui samada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda2 mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir. Tempoh penyusuan selama 2 tahun itu adalah tidak lama. Bersabar dan layanlah anak anda sebaiknya. Ganjaran pahala Allah janjikan pada ibu2 yang menyusukan anaknya.

rujukan:group ibu hamil

Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak sehingga 2tahun tahniah...dan good luck pada ibu-ibu yang lain.

HAPPY BREASTFEEDING !!

Google+ Followers