Showing posts with label TIPS KULIT CANTIK DAN SIHAT. Show all posts
Showing posts with label TIPS KULIT CANTIK DAN SIHAT. Show all posts

Sunday, April 2, 2017

7 TIPS RAHSIA CANTIKKAN MUKA TANPA MEKAP

Assalammualaikum...

Semua orang memang cantik dan pasti ramai yang suka kalau muka nampak cantik walaupun tanpa pakai makeup atau secalit bedak pun. Kira kalau bangun tidur ke..keluar kedai ke sama je muka. Nampak berseri, cantik dan bersih.



Bukan sahaja wanita yang bekerjaya yang memang selalu berada di luar malah kami sebagai surirumah ni pun nak nampak cantik juga.hehehe.

Image result for tips serikan muka tanpa makeup

7 TIPS RAHSIA CANTIKKAN MUKA TANPA MEKAP


1. Menjaga kebersihan muka. Jadi bagi yang memang selalu keluar rumah bermakeup tu pastikan sentiasa bersihkan makeup dengan betul. Jangan sampai ada tertinggal sisa makeup pun. Kalau ada yang tertinggal tu akan menyebabkan pori muka kita tersumbat dan nanti mula la akan naik seketul jerawat. 

Macam Ida kalau travel, pergi berjalan ke nak berhenti solat memang sentiasa bawa tisu basah kalau nak bersihkan muka. Ida tak pakai makeup macam blusher semua tapi pakai krim,foundation dan bedak. So kalau tak bersih memang akan naik jerawat.

2. Banyakkan minum air. Sebaiknya jangan la tunggu haus baru nak minum air. Setiap sejam tu boleh la minum segelas air. Elak badan kita hidrasi. Bila badan kurang air, kulit muka kita pun akan kurang air dan menjadi kering.

3. Buat masker. Dah banyak tips tradisional nak buat masker ni. Nak guna buah-buahan ke..yogult, madu, putih telur, semua boleh. Selalu pun takpe kalau masker ni. Kalau scrub, buat 2hari sekali jangan selalu pula kang nipis kulit.

4. Tidur yang mencukupi sebenarnya sangat penting. Bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kulit. Jangan terlalu kerap sangat tak cukup tidur. Bila tak cukup tidur, badan akan jadi letih. Kulit muka pun akan nampak kusam.

5. Melakukan senaman sekali sekala. Mungkin boleh dilakukan pada hujung minggu. Ini untuk aktifkan segala fungsi dalam badan kita agar dapat berfungsi dengan baik. Badan pun akan rasa lebih segar.

6. Senyum. Rajinkan la diri tu untuk senyum, jangan selalu sangat bermasam muka. Kalau ada masalah, stress sekali pun cuba la senyum.hehehe

7. Pengambilan supplement. Makanan tambahan juga sebenarnya membantu untuk cantikkan muka kita. Ia sebenarnya membantu agar dapat memperbaiki apa yang kurang dalam badan kita.


Contohnya pengambilan Vitamin C. Ia menghasilkan kolagen pada kulit agar dapat membantu melindungi kulit kita dari radikal bebas. Malah memberikan peredaran darah yang baik serta berikan tona yang sekata dan elakkan sunburn.



Vitamin C Shaklee dinamakan sustained release kerana mempunyai kuasa untuk bertahan selama 5 jam dalam badan dengan melepaskan 100 mg setiap sejam

Maka 1 biji=500 mg= tahan 5 jam
.
Berbeza dengan jenama lain yang serta-merta singkirkan vitamin C melalui buah pinggang. Kerana badan kita hanya mampu menyerap 100 mg vitamin sahaja dalam satu masa.
Selebihnya akan dibuang melalui air kencing

Sebab itu, ramai mendapati vitamin C supplements tak mampu cantikkan kulit pun KECUALI JENAMA SHAKLEE!!

Tapi berapa harga vitamin C ni??? Mahal ke??
Jangan risau!! Tak mahal langsung!!

1 botol vitamin c ada 180 biji, tahan 6 bulan


Klik di sini untuk order segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Sunday, September 4, 2016

MASALAH KULIT SUNBURN HILANG DALAM MASA 1 MINGGU!

Assalammualaikum...

Ada tak sesiapa yang kulit die jenis senang nak terbakar..orang kata sunburn la. Kena panas sikit je dah terbakar kulit. Kalau zaman sekolah waktu berkawad atau ada aktiviti sukan yang memang kena duduk bawah cahaya matahari sentiasa. Waa...habis terbakar kulit...



Kalau diikutkan petua orang lama memang banyak cara nak hilangkan masalah kulit sunburn ni. Contohnya dengan menggunakan mayonis, timun  dengan susu tepung, kulit lidah buaya/aloe vera, tomato dan sebagainya.

Image result for punca muka sunburn

Dan cara yang terbaik ialah dengan elakkan boleh berlakunya masalah sunburn ni ialah pemakanan yang seimbang. Sayuran hijau dan buah-buahan tu rajinkan diri ya makan.heheh

Ini kisah si adik ni yang mengalami masalah kulit sunbrun yang teruk. Kalau badan mungkin boleh la cover kan tapi kalau muka..ayoyo..amma..appa..memang tak boleh cover dah. Takkan nak letak foundation dan bedak 24 inci kan..

So adik ni ikthiar untuk mengambil ESP shaklee dan Vitamin C shaklee. Alhamdulillah dalam masa 1 minggu sahaja. Kulit beliau kembali sekata malah semakin cerah.


Klik di sini untuk order gabungan set ini dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Tuesday, April 5, 2016

MALU DENGAN KULIT KUSAM SEHINGGA MENAMPAKKAN GARIS HALUS

Assalammualaikum..

Lumrah wanita mahupun lelaki sentiasa ingin penampilan kulit wajah nampak sentiasa cantik dan bersih. Boleh dikatakan wajah ni aset kita juga la untuk kita lebih berkeyakinan untuk berjumpa dengan orang terutamanya mereka yang mempunyai kerjaya.



Walaupun ada juga sesetengah orang yang malas nak layan sangat penjagaan muka ni. Asal ok je, jalan je. Tapi dalam diam-diam merungut juga la. Asal la naik jerawat ni, asal kulit kering ni. Itu normal..tipu la tak pernah cakap bila dok belek muka kat cermin.hehehe


Orang kata biar lambat asalkan selamat. Itu la kisah akak ni yang mempunyai masalah kulit yang agak kusam, kering sehingga nampak garis-garis halus pada wajah.

Kalau keadaan macam ni memang kalau pakai makeup atau bedak mesti nampak tak cantik kan. Tambah plak dengan jerawat-jerawat kecil yang timbul. Lagi la stress jadinya.

Alhamdullilah akak ni telah menggunakan ESP Shaklee, Vitamin C, Vitamin E dan B-complex untuk atasi semua masalah-masalah kulit kusam ni.


Walaupun kesan die lambat alhamdullilah beliau berpuas hati. Kulit beliau semakin cerah dan bersih malah garis-garis halus pun sudah tidak kelihatan.

Kenapa mesti 4 jenis vitamin ni?

Vitamin C - merangsang pembentukan kolagen untuk merawat kedutan di samping mencantikkan kulit dan elakkan penuaan.

Vitamin E - Mengurangkan garis halus, parut,jerawat dan bintik pada muka. Juga merupakan antipenuaan yang baik.

B-complex - Membantu membina sel-sel baru. Mengurangkan rasa stress dan membuang toksin dalam badan.

ESP Shaklee - Merupakan asid amino yang penting untuk kulit yang cantik di mana ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot.



Klik di sini untuk order segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Wednesday, October 28, 2015

5 PUNCA MASALAH KULIT MUKA YANG KITA TAK SEDAR

Assalammualaikum...

Bila bercakap tentang masalah kulit ada sesetengahnya akan menyalahkan produk yang digunakan mahupun dari segi produk kecantikan dalaman atau luaran.


Sebenarnya ramai juga tak sedar ada faktor atau punca lain yang boleh menyebabkan masalah kulit. Ini ada 5 punca masalah kulit muka yang kita tak sedar.

5 PUNCA MASALAH KULIT MUKA

1. Tidak menjaga bahagian leher dan dada


Sebenarnya penjagaan kulit muka sahaja pada bahagian muka sahaja ia juga termasuk bahagian leher dan dada. Walaupun bahagian ini terlindung bagi mereka yang bertudung tetapi ia juga boleh berpotensi untuk mengalami masalah penghidratan dan penuaan. Penyelesaiannya senang sahaja, setiap kali memakai serum atau krim muka dan sebagainya jangan lupa sapukan sekali bahagian leher dan dada sebagai pelembap.  

2. Penggunaan berus solek yang kotor


Bagi yang selalu menggunakan solekan ke tempat kerja atau berjalan-jalan, jangan abaikan untuk membersihkan berus solekan. Ambil masa sekurangnya 1 hari seminggu mesti bersihkan berus solekan korang.Penggunaan berus solekan yang kotor mungkin menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat.

3. Tangan kerap menyentuh kulit


Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan korang tapi mesti ingat pasti ada kuman di mana je berada. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.

4. Pengelupasan kulit berlebihan


Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.

5. Pengambilan makanan ringan

Bukan je kanak-kanak orang dewasa pun suka makan ringan ni. Selalunya suka dijadika snek sampingan masa lapang untuk hilangkan rasa bosan. 


Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.

rujukan:majalah EH



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Tuesday, October 6, 2015

8 CARA ATASI MASALAH JERAWAT DI ZON BERBAHAYA,OH JERAWAT!

Assalammualaikum...

Korang selalu ada masalah jerawat di bahagian mana? Ramai kebanyakkan ada banyak jerawat di bahagian hidung kan. Dan ada juga di bahagian belakag badan.



Masalah jerawat ni memang semua orang tak suka. Lelaki atau perempuan. Ia menjadikan kita rasa kurang berkeyakinan dan malu nak berdepan dengan orang ramai. Ini nak kongsikan 8 cara atasi masalah jerawat di zon berbahaya.


8 CARA ATASI MASALAH JERAWAT


1. DAHI


 

Kalau ada masalah jerawat bahagian dahi tu silalah banyakkan minum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum 8 gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Kalau amalkan minum air teh hijau tanpa gula pun bagus juga.


2. ZON-T




Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini selalunya kawasan yang paling berminyak. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

3. SEKELILING MATA

Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan nyahhidrat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

4. PIPI BAHAGIAN ATAS




Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan korang menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, bilan menggunakan telefon terlalu lama juga salah satu punca sebabnya kotoran pada telefon akamn melekat pada pipi korang dan menyumbatkan pori muka. Pastikan sarung bantal juga ditukar setiap minggu untuk elakkan kotoran melekat di kulit. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu.

5. PIPI BAHAGIAN BAWAH




Bahagian ni akan berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Kalau korang ada masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.

6.HIDUNG




Majoriti ramai orang ada jerawat di bahagian hidung. Ini berkaitan dengan jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.

7. TELINGA

Jarang jerawat ada di bahgian ni. Ia berkait dengan buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan garam dan kafein.

8. DAGU




Ini menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.





Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Sunday, June 14, 2015

8 CARA CANTIK DENGAN BAKING SODA

Assalammualaikum...

Bila cakap psal baking soda ni selalunya orang akan fikir nak kek atau kuih je kan Tapi sebenarnya banyak kebaikan baking soda ni dan salah satu nya untuk kecantikan kulit. Ida sendiri juga teruja jugak nak cuba nanti so Ida nak kongsikan dulu dengan korang semua 8 cara cantik dengan baking soda.



8 CARA CANTIK DENGAN BAKING SODA

1. Deodorant semulajadi


Tak ramai yang sesuai untuk pakai deodorant sebab takut bila berpeluh habis kotor baju terutamanya masa zaman sekolah dulu la kan. Apa kata buat deodorant semulajadi dengan 1 sudu teh soda+air. Campurkan sehinggan menjadi paste yang cair dan gosokkan pada ketiak.

2. Krim muka


Bagi yang sensitif dengan apa-apa produk kat luar tu. Try cara ni plak dengan 1 sudu teh soda+1/2 cawan air,sapu pada muka dan cuci sehingga bersih.

3. Losyen tangan


Nak lembutkan tangan kena la pakai losyen kan. Apa kata kita buat cara semulajadi plak dengan campurkan soda dan air suam. Gosokkan pada tangan dan hasilnya kulit akan jadi lebih licin dan lembut.

4. Terapi kaki


Selalunya orang suka rendam kaki dalam air garam kan. Ni guna baking soda pula dengan 1 sudu besar soda+ air suam. Soda ni membantu membunuh bakteria dan kulat atau kulat kuku pada kaki.

5. Masalah sunburn


Sunburn pada kulit wajah memang susah nak hilang kan. Jom try camni plak.Campurkan 1/2 cawan soda dan air. Sapu pada kulit. Takpun korang boleh campurkan ke dalam losyen badan korang kat rumah.

6. Syampoo rambut


Hah ni korang letak dalam syampoo korang kat rumah tu dengan 1 sudu teh soda. Soda ni membantu untuk hilangkan kotoran dan minyak pada rambut.

7. Homemade ubat gigi.


Baking soda sebenarnya meningkatkan penyingkiran plak - itulah sebabnya ia biasa digunakan dalam ubat gigi. Dan untuk nafas yang lebih segar tambahkan soda ni dalam ubat gigi atau celup je dalam soda beberapa kali seminggu.Mana yang selalu sakit-sakit gigi tu boleh la cuba.

8. Pemutih gigi


Tadi kita cakap buat homemade ubat gigi ni kita try putihkan plak gigi kita. Buat paste 1 sudu teh soda dan air dan gosokkan pada gigi. Biar seketika dan kumur seperti biasa.

Rujukan: Draxe.com

Menarik kan? Selamat mencuba!

Tuesday, April 21, 2015

10 MAKANAN UNTUK AWET MUDA

Assalammualaikum...

Semua orang nak nampak awet muda. Sapa yang taknak kan? Dah banya produk sekarang ni yang mudah kita beli untuk kelihatan sentiasa muda. Mahupun dari segi makanan tambahan mahupun produk skincare. Apa kata kali ni kita cakap pasal 10 makanan untuk jadi awet muda.




10 MAKANAN UNTUK AWET MUDA

1. Lobak merah (beta karotena) - melindungi kulit dari sinar UV/matahari.

2. Lada Benggala (beta karoteba dan vitamin C) - membentuk kolagen untuk anjalkan kulit.

3. Strawberi (vitamin C dan asid elargik) - mengurangkan kerosakan DNA yang akan membentuk kedutan.

4. Anggur (anthocyanins ) - mencegah dari pembekuan darah,membentuk kolagen dan melancarkan salur darah.

5. Bawang besar (flavonoids dan diallyl sulfide) - sebagai antioksidan pelindung DNA, antiradangan dan alergi.

6. Avocado (vitamin E) - menentang radikal bebas dan merangsang pembentukan sel kulit baru, serta menguatkan
rangkaian kolagen dan membantu mengurangkan risiko terkena kanser kulit.

7. Minyak zaitun (extra virgin oil)-(asid oleik) bertindak sebagai antiradangan, menjaga keanjalan kulit (terutama bagi kulit yang kering)

8. Ikan protein organik dan Omega 3 - mengekalkan kekuatan otot yang berfungsi menjaga keanjalan kulit. Omega 3 juga berfungsi pada masalah radang kulit.

9. Epal (flavonoid) - sebagai antioksidan, melindungi tubuh dari kanser paru-paru dan usus. Zat tersebut juga
juga dapat melawan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

10. Kentang (mineral natrium dengan kadar alkali tinggi) - ia membantu memperbaiki aktiviti hati sehingga rangkaian menjadi anjal dan otot lentur.

Best kan? So apa lagi..kita jom makan...!!



Thursday, December 18, 2014

CARA NAK PUTIHKAN KULIT,MAK ANDAM TAKNYAH MAKEUP TEBAL,NAMPAK NATURAL,BACA SINI

Assalammualaikum..

Di Malaysia ni kebanyakkan warna kulit setiap orang berlainan. Ada yang kulit putih,cerah,sawo matang dan gelap. Sebagai pengantin semestinya kita teringin nak putihkan kulit. DI sini Ida kongsikan cara nak putihkan kulit.


Semestinya kita sebagai bakal pengantin atau wanita la kan suka kalau nampak kulit ni natural beauty. Teringin nak dapatkan kulit yang cantik dan putih. Lagi best kalau bila mak andam datang nak makeup katanya kita ni taknyah makeup tebal sebab kalau tak makeup pun dah nampak cantik.Best kan?

CARA NAK PUTIHKAN KULIT

1. Jus Mentimum


Ambil 1 sudu makan jus mentimun dan campuran 1 sudu makan susu. Bahan-bahan ini boleh dipakai untuk semua jenis kulit. Sapukan pada wajah dan biarkan ianya kering sebelum dicuci dengan air suam. Ianya akan memperbaiki tekstur dan kualiti kulit secara konsisten.

2. Lemon




Cara lain yang efektif untuk memutih dan mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan 1 sudu makan jus lemon yang dicampur dengan 1 sudu makan jus tomato. Amalkan dua kali seminggu. Jus lemon juga dipercayai boleh mengatasi hiperpigmentasi kulit. Bahan-bahan ini baik untuk jenis kulit normal dan berminyak.

3. Tomato

Ambil jus jeruk atau tomato, dan tambahkan dua sudu yogurt segar. Oleskan ini pada wajah anda dan biarkan hingga kering dan cuci hingga bersih. petua ini akan membantu untuk mengimbangi kulit kering dan kulit anda akan menjadi lebih segar. Ianya juga dapat dipakai untuk jenis berkulit berminyak. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

4. Mentimun 




Bukan sahaja bagus untuk lingkaran gelap pada bawah mata. Namun ianya sangat popular sebagai medium untuk mencerahkan wajah. Gosokkan parutan mentimun pada wajah, leher, mata selama 15 -20 minit untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Ianya juga akan mencegah blakhead & whitehead serta jerawat. 

Petua ini sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kulit normal.

5. Parutan lobak putih

Malah boleh membuatnya menjadi jus dan gosokkan dengan lembut di wajah selama 10-15 minit dapat membuatkan kulit menjadi halus & lembut. Sesuai untuk semua jenis kulit.

6. Yogurt




Ambil 1 sudu makan yogurt segar, dan mencampurnya dengan 1/2 sudu makan madu. Kemudian oleskan pada wajah selama 10-15 minit. Kesannya, ianya akan dapat mencerahkan kulit dan kulit akan sekata jika diamalkan secara konsisten. Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit.

7. Cendana merah




Ambil 1 seudu makan bubuk cendana merah dan 1 sudu makan susu mentah. Sapukan pada wajah seperti masker, dan biarkan pada wajah selama 30 minit akan meningkatkan warna kulit anda, serta menyingkirkan bintik gelap di wajah. Masker ini elok diamalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit.

SHAKLEE MEMBANTU PUTIHKAN KULIT DENGAN CEPAT




1. ESP SHAKLEE 


Asid amino yang baik sebagai kunci kepada wajah awet muda. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot. Membantu cepatkan penghasilan kulit yang lebih cantik dan putih

2. Vitamin C
antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

3. Vitamin E
melambatkan penuaan dan mengurangkan garis halus,parut,jerawat dan bintik muka







Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Google+ Followers