Showing posts with label TIPS CANTIK UNTUK SUAMI. Show all posts
Showing posts with label TIPS CANTIK UNTUK SUAMI. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

7 TIPS MENUTUP CELA PADA WAJAH DENGAN BETUL

Assalammualaikum....

Zaman teknologi sekarang ni dah macam-macam produk atau alat-alat mekap yang dikeluarkan untuk kaum wanita supaya sentiasa kelihatan cantik,anggun dan berseri.



Bila jumpa produk yang sesuai ia akan menghasilkan kulit nampak mulus,gebus,licin dan sekata.

7 TIPS MENUTUP CELA PADA WAJAH DENGAN BETUL

1. Sebelum menggunakan foundation ratakan dahulu wajah dengan bedak asas dengan sekata.

2. Sapukan foundation di sekeliling mata untuk menutupi lingkaran gelap bawah mata tu...oh mata panda ku...

3. Sapukan foundation secara nipis dan kemas agar kulit nampak sekata. Pastikan sapuan tu tak bercapuk atau nampak bertompok-tompok polkadot.heheheh


4. Gunakan hujung jari dan ratakan dengan lembut. Sebaiknya ratakan foundation tu guna jari manis sebab tekanan tak terlalu kuat. Jangan guna ibu jari plak.

5. Pilih warna foundation yang bersesuian dengan kulit supaya kulit nampak lebih sekata dan cantik.

 

6. Elak guna foundation yang lebih cerah dari kulit.Kalau tak nanti muka tu nampak cam patung yang berhantu tu...nak tengok lama-lama pun menyeramkan.

7. Kembalikan seri wajah pada muka dengan menggunakan celak berwarna putih. 

rujukan:minggun wanita

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Wednesday, December 24, 2014

8 PESANAN UNTUK PARA SUAMI

Assalammualaikum..

Hanya nak kongsikan secebis nota buat para suami. Tidak ada niat sakitkan hati hanya nak mengingatkan sahaja.

8 PESANAN UNTUK PARA SUAMI 

1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.

2. Jika marah, boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya).

3. Nadi rumah adalah seorang isteri, jika hati isterimu tidak bahagia, maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada senda tawa, manja, perhatian),maka sayangi isterimu agar dia bahagia dan kau akan merasa seperti di syurga.

4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin diperhatikan. Dengan begitu, maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.

5. 2 orang yang tinggal 1 atap (menikah) tidak perlu sangsi, bertengkar, siapa menang siapa kalah kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.

6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu,namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu,saat kamu menemukan masa susah, maka wanita tersebut akan meninggalkanmu dan punya lelaki idaman lain dibelakangmu.

7. Banyak isteri yang baik,tapi diluar sana banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu,maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan, sebab ia akan sukar sekali untuk kembali.

8. Ajarkan anak lelakimu bagaimana menjaga ibunya, sehingga kelak mereka tahu bagaimana memperlakukan isterinya.


RENUGAN DI MALAM HARI...

CHILL!!:)

Monday, September 8, 2014

DOA SERIKAN WAJAH SURAH YUSUF

Assalammualaikum.

Walaupun banyak produk kecantikan di pasaran tapi dalam masa yang sama jangan kita lupa bahawa kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T juga mempunyai kelebihan die juga termasuk la surah Yusuf. DI sini Ida nak kongsikan doa bagi kecantikan anda terutama kaum wanita.

DOA SERIKAN WAJAH SURAH YUSUF

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)


Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.



Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:

1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan
  • Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
  • Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
JANGAN LUPA BERAMAL !

Wednesday, September 3, 2014

4 PETUA TEGANGKAN PAYUDARA DENGAN CEPAT

Assalammualaikum..

Payudara adalah salah satu aset penting untuk kaum wanita. Selalunya kaum wanita yang selepas bersalin yang sangat titikberatkan hal ni. Sekarang ni dah banyak produk khas untuk tegangkan payudara.Tak salah rasanya nak tegangkan payudara tapi biarlah untuk suami kita sahaja bukan la semata-mata nak banggakan pada orang lain. Di sini Ida nak kongsi petua lama

4 PETUA TEGANGKAN PAYUDARA DENGAN BERKESAN




1) Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.

2) Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

3) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

4) Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.


Collagen Powder Shaklee juga membantu untuk menegangkan payudara malah dapat tambahan bonus kulit cantik lagi.

Testimoni Collagen Powder Shaklee




Nak order? sila klik


SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Wednesday, April 9, 2014

TIPS CANTIK UNTUK SUAMI

TIPS CANTIK DI MATA SUAMI TERSAYANG

Bagi para isteri yang inginkan kelihatan sentiasa nampak cantik dan manis , nampak muda seperti masa zaman bercinta dulu , agar suami tidak pandang pada wanita lain yang berada di luar sana dan suami hanya lebih suka pandang kepada isterinya seorang saja...

Jom kita ketahui rahsianya..

1. Sentiasa berpakaian simple tapi cantik di pandang oleh suami..Kalau nak pakai seksi pun x mengapa asalkan tiada mata lain yang memandang..sekiranya ada anak lelaki sangat tidak sesuai ye..jadi pakailah pakaian itu di kamar beradu..

2. Belajar menghias muka bersolek atau bermekap , walaupun hanya memakai bedak amhupun secalit gincu...Make sure jangan pula bermekap macam hantu raya..confirm hilang selera suami..

3. Menjaga penampilan diri terutama bahagian badan..make sure tiada bau badan kalau ada gosok dengan berus sabut dan pakai dettol untuk menghilangkan bau badan itu..Bila badan dah bau wangi suami pun sentiasa memerhati dan ternodai dengan bauan tadi hehehe....

4. Selain badan , isteri juga harus menjaga bau kurang enak yang keluar dari mulut..sekiranya anda mempunyai masalah mulut berbau , selalulah berkumur² dengan Listerine atau cengkih yang telah di tumbuk dan di larutkan di dalam air..

5. Jangan banyak membebel kerana aura muka kita akan hilang sedikit demi sedikit akhirnya nampak berkedut.. tambahan lelaki paling pantang atau tidak suka bila di bebel..

6. Elakkan dari banyak mengata nanti di katakan tidak romentik dan merimaskan..

7. Jaga waktu tidur , jangan la suami dah nak tido kita pulak dok layan FB atau blog.. sangat x sesuai , waktu beginilah masa yang paling sesuai untuk kita mengeratkan lagi kasih sayang...

8. Jangan lupa cuci muka dengan susu segar , sabun , pencuci muka atau sebagainya setiap hari..Amalkan minum madu seminggu sekali satu sudu , atau setiap hari di waktu pagi sebelum sarapan.. dan jangan lupa makan buah sebiji setiap hari tak kira buah apa sekalipun..

9. Jangan malas berjalan sekurang²nya 8 kilometer semiggu untuk menjaga badan supaya sihat dan bertenaga.Kalau rajin sikit bersenam la , buat di rumah pun x mengapa agar tiada lebihan lemak yang kelihatan.

10. Akhir sekali jangan lupa puji orang lain cantik..sudah pasti suami akan memuji kita , kerana siapa lagi yang kita harapkan untuk di puji kalau tidak suami kita kan...

Sekian , itu saja buat masa nie..kalau ada yang nak tambah boleh la komen di bawah post ini ye.. Selamat mencuba...

Google+ Followers