Showing posts with label TIPS BANYAKKAN SUSU. Show all posts
Showing posts with label TIPS BANYAKKAN SUSU. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

ANAK KERAP MENYUSU,SUSU AKU TAK CUKUP KE?

Assalammualaikum...

Sebenarnya Ida memang suka kongsikan bab penyusuan ni walaupun Ida bukanla orang yang pakar tapi belajar skit-skit je. Selalunya Ida akan share tips penyusuan dalam facebook. Ada juga Ida pernah kongsikan psal penyusuan dalam entry yang sebelum-sebelum ni. Korang boleh klik pada tips penyusuan. Kali ni Ida nak kongsikan bab kekerapan anak menyusu. Situasi ni selalu berlaku pada ibu-ibu muda.



Anak kerap menyusu sehinggakan ada ibu-ibu akan mula berasa sedih dan tertanya-tanya.

"Adakah susu aku tak cukup?"
"Anak kenyang tak?"
" Perlu ke aku bagi susu formula?"

Situasi ini yang menyebabkan ibu-ibu akan putus atas teruskan penyusuan susu badan dan akan berikan susu formula sebagai langkah penyelesaiannya.



Sebenarnya, anak yang dilahirkan ni memang mempunyai kapasiti perut yang sangat kecil iaitu sebesar kacang pis pada hari pertama. Kalau Ida suka anggarkan perut anak sebesar penumbuknya. Kapasiti perut bayi yang baru lahir untuk susu adalah dalam 20ml sahaja iaitu 4 sudu teh. Kecil kan?

Image result for anak kerap menyusu

Jadi memang normal kalau bayi yang baru lahir dalam bulan pertamanya minum dengan kerap dan sangat banyak. Itu bukan bermakna anak tak cukup susu tapi disebabkan perutnya yang cepat kecil tambahan susu ibu memang mudah dihadam sebab itu la anak cepat lapar dan menyusu dengan kerap. Anak akan kerap menyusu 8-12 kali dalam masa 24 jam pada hari ke-2 hingga ke-5 kelahirannya.

Image result for anak kerap menyusu

Bila anak dah semakin membesar kekerapan anak menyusu itu akan kurang kerana masa ni dia nak mula pandai bermain dan melihat orang disekelilingnya. 

Dan sebenarnya anak kerap menyusu ni sebab dia selesa dengan kita dan ingin berasa rapat. Yelah dah lama dalam perut kan. Kalau perasan ada sesetengah bayi, bila kita letak dia akan menangis..nak suruh angkat baru la diam sampaikan tak boleh buat kerja. Betul tak? Tapi sebenarnya dia nak dipeluk tapi korang janganla manjakan sangat. Susah nanti nak buat apa-apa kerja. Bagi susu dan letak die semula.

Jadi ibu-ibu jangan la berfikiran negatif atau sedih bila anak kerap menyusu dan menangis. Itu normal bagi anak-anak yang baru lahir. Jangan patah semangat dan teruskan penyusuan k...




Klik di sini untuk order segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Monday, May 23, 2016

IBU MENYUSU STRESS ANAK KERAP BERJAGA MALAM, KURANG SUSU KE?

Assalammualaikum...

Ibu-ibu menyusu ni memang mudah berasa letih dan kurang tenaga. Sebab itu la ibu menyusu ni memerlukan zat kalori yang lebih daripada biasa untuk menyusukan anak. Apa yang dimakan, akan juga akan merasanya. Jadi ibu-ibu menyusu ni memang kena pandai jaga pemakanan. Makan makanan yang seimbang dan penuh zat.



Ini kisah seorang ibu yang mempunyai anak berusia 4 bulan. Biasanya anak seusia ni memang kerap sangat berjaga malam. Memang ibu-ibu akan berasa mudah letih dan ada juga tertekan sebab fikir kita kekurangan susu badan sebab itu la anak kerap berjaga.


Jadi akak ni telah mencuba Set Bajet Menyusu iaitu ESP Shaklee dan Alfalfa Complex untuk membantu banyakkan susu. Alhamdulillah, ibu mana yang tak suka tak gembira. Bukan sahaja BANYAKKAN SUSU, malah SUSU BERTAMBAH PEKAT. Sekali pam dalam 1 sesi je pun dah 13.0 OZ!! Waktu cuti pun kena pam juga kalau tak lencun baju tu.


Malah anak dah jarang terjaga malam. Kalau jaga pun sekejap je menyusu badan dan terus tidur sampai pagi keesokkannya. Pengasuh sendiri pun tegur perubahan stok susu EBM yang diberikan. Susu sangat pekat.

Jadi bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah susu kurang atau kurang pekat boleh la try ambil Set Bajet Menyusu ni dulu. Insyaallah dapat membantu tambah bulan puasa akan menjelang tak lama lagi.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Wednesday, March 23, 2016

SUSU IBU MERUNDUM WALAUPUN SEDANG BERPUASA,ANAK TIDUR KEKENYANGAN

Assalammualaikum...

Perkara yang paling ditakuti oleh ibu menyusu adalah susu merundum terutamanya di bulan puasa. Yelah seharian tak boleh makan dan minum, susu yang keluar dari apa yang kita makan. Ibu-ibu sentiasa risau takut susu tak cukup untuk anak, susu kurang dan sebagainya.



Sama macam Ida lagi la menyusukan anak di bulan puasa dalam keadaan hamil lagi. Mula-mula memang rasa macam-macam. Risau susu kurang, anak menangis sebab lapar. Tapi alhamdullilah Ida berjaya berpuasa penuh.

Bulan puasa pun dah tak lama lagi. Mesti ada ibu-ibu yang dah mula slow-slow ganti puasa kan. Ada tu tak tahan la, yelah tengok orang sekeliling makan depan kita.hehehe. Terliur la jugak kan.



Tapi hati-hati dan perhatikan anak-anak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:


- kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
- najis berwarna kehijauan;
- tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
- turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.

Ini kisah seorang ibu menyusu anak di bulan puasa. Mengikut apa yang diceritaka masa bulan puasa tu die minum ESP Shaklee untuk membantu supaya tak lapar sangat. Yelah sebab ESP Shaklee ini memang mengenyangkan.

Tapi yang peliknya bila anak kurang menyusu. Mulanya akak ni ingatkan yang mungkin anak die kenyang sebab dah makan folid food tapi rupanya susu akak ni semakin pekat.


Yelah kalau susu pekat memang anak cepat kenyang. Dan alhamdullillah akak ni dapat menyusukan anak sepanjang bulan puasa tanpa hadapi masalah susu merundum. Anak pun langsung tak menangis kelaparan.




Jadi berbaloi la untuk ibu menyusu yang nak susu pekat dan banyak terutamanya di bulan puasa untuk beli ESP Shaklee.

Klik di sini untuk order segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya



Saturday, March 5, 2016

100 PACK SIMPANAN STOK SUSU UNTUK ANAK TAK TERUSIK!

Assalammualaikum..

Anak merupakan hadiah yang terbaik bagi setiap suami isteri terutamanya bagi si ibu. Si ibu akan memberikan kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak. Si ibu yang tak pernah kenal erti penat dan lemah akan tetap menjaga anak-anak walaupun dalam keadaan kesihatan yang tak begitu kuat.



Pada awal kelahiran anak, si ibu akan memberikan susu supaya anak akan lebih sihat dan lebih rapat dengan ibu. Bau syurga dari anak yang membuatkan ibu tak pernah puas untuk menghidu dan menciumnya.


Ini realiti, ramai ibu-ibu yang sedih jika tak dapat nak susukan anak mungkin disebabkan faktor susu tak keluar atau faktor kesihatan. Tapi si ibu takkan pernah putus asa untuk mencuba.

Ini kisah seorang ibu bernama Puan Emilia yang bekerja nekad untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Berat semasa dilahirkan hanya 3.18kg sahaja tetapi selepas 2 bulan mengambil ESP SHAKLEE DAN ALFALFA COMPLEX, berat anak meningkat sehingga 5.6kg !

Ibu mana tak suka, ibu mana tak gembira. Anak cepat kenyang,tidur pun lena. Anak hanya minum stok perahan hari sebelumnya. 100 pack simpanan susu dalam freezer tak terusik pun lagi!




Senang cerita nak seribu daya tak nak seribu dalih. Yang penting kita ikhtiar dan cuba dulu, yang lain kita serahkan pada-Nya. Biar Dia yang uruskan segala-galanya. Kita jangan mudah putus asa dan berhenti berdoa.


Ternyata berkesan! Selain MENINGKATKAN KUANTITI SUSU, set yang tahan selama 1-2bulan ini juga MEMBUATKAN BREAST CEPAT PENUH KEMBALI serta SUSU MENJADI LEBIH PEKAT dan bayi pun lebih kenyang!

Kebaikan lain set Double Milkbooster ini adalah:

- ESP & Alfalfa sangat membantu sebagai MILK BOOSTER terutamanya apabila diambil awal pagi & sebelum tidur.

- Menjadi ENERGY BOOSTER dan mengurangkan kelaparan supaya si ibu lebih bertenaga.


- Mengembalikan keanjalan payudara kendur dan badan menggeleber selepas bersalin.
- Mengembalikan kepejalan otot; sekaligus membentuk bentuk badan yang pejal & cantik.

- Meransang pembentukan kulit untuk memperbaiki strechmark selepas bersalin.


- Mengelakkan masalah sembelit kerana Alfalfa membantu melawaskan perkumuhan.

- Alfalfa bertindak sebagai detoks sekaligus dapat menurunkan berat badan si ibu.

- Mencantikkan kulit bayi. Menjadikan kulit ibu lebih licin & gebu.

- Alfalfa bertindak seperti kacip fatimah - mengetatkan faraj & mengembalikan keintiman hubungan suami isteri.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Tuesday, January 5, 2016

8 TIPS BANYAKKAN SUSU YANG MEMBUATKAN ANDA IBU YANG HEBAT!

Assalammualaikum...

Menjadi seorang ibu sememangnya merupakan satu pengalaman yang sangat hebat bagi seorang wanita itu. Malah ini menjadikan seseorang itu wanita yang hebat. Yelah bukan perkara yang mudah untuk menguruskan anak-anak dan mendidiknya. Perkara paling indah adalah di saat menyusukannya. Ini pengalaman paling manis seumur hidup.


Kalau diingat semula memang rasa tak percaya dan bersyukur dengan kebesaran Allah S.W.T. Susu yang mengalir adalah dari darah kita. Pernah tak terfikir kenapa susu bukan berwarna merah walaupun ia dari darah kita. Dan betapa kuatnya semangat kita untuk terus susukan anak walaupun dalam keadaan tak sihat. Itu la kuasa hebat seorang wanita dan ibu. Tak pernah runtuh semangatnya demi anak-anak. Ini Ida nak kongsikan 8 tips banyakkan susu yang menjadikan korang ibu yang hebat.

8 TIPS BANYAKKAN SUSU

1. Kekerapan


Semakin kerap anak disusukan semakin banyak susu akan keluar. Ingat pada konsep "supply&demand". Pada waktu siang susukan anak setiap 3 jam dan 4-5jam pada waktu malam. Tips dari Ida kalau anak yang dilahirkan masih jaundis susukan setiap 1 jam termasuk waktu malam. Insyaallah..susu akan bertambah banyak,jaundis anaj pun akan cepat turun.

2. Petunjuk


Jangan fikir payudara yang kecik menunjukkan susu tak banyak. Salah sebanarnya. Bila bayi disusukan secara tak langsung payudara akan berusaha untuk menghasilkan susu. Dan faktor paling penting adalah si ibu mesti mempunyai mindset yang kuat. Jangan fikir susu takde atau kurang tapi yakin susu ada banyak untuk keperluan anak.

3. Minum


Ini antara tips paling penting Ida suka tekankan. Sila banyakkan minum air. Lebih kurang 3-4 liter sehari. Jangan skip. Ini kerana setiap masa kita akan kehilangan banyak air. Melalui air kencing air peluh air liur dan sebagainya. Tambahan pula kalau menyusukan anak. Kita juga telah kehilangan air malah tenaga. Sebab itu ibu menyusukan anak ni cepat lapar dan dahaga.

4. Belaian


Amalan Ida semasa menyusukan anak untuk merangsang susu lebih banyak adalah dengan merenung dan mengusap kepala die sambil baca sedikit ayat sepanjang menyusukan die. Dengan hanya membayangkan anak minum susu korang denga kenyang pun dah boleh rangsang untuk banyakkan susu.

5. Disiplin


Ini bagi ibu-ibu yang bekerja yang nak simpan stok yang banyak untuk anak. Jangan ponteng sesi pemerahan susu. Pam susu ikut masa yang telah ditetapkan. Pastikan ikut jadual mengepam susu setiap hari.

6. Tempoh


Biarkan anak menyusu dengan puas dengan kenyang. Menyusu dengan lebih lama akan membayakkan susu dan anak akan mendapat khasiat yang sepenuhnya. Bagi Ida paling lama menyusukan anak dengan sebelah payudara adalah selama 1 jam. Tips Ida kalau tak larat nak duduk selama 1 jam. Menyusukan dengan keadaan berbaring. Korang boleh juga rehatkan badan semasa menyusukan anak. 

7. Waktu Malam


Ramai yang suka tinggalkan penyusuan atau mengepam susu pada waktu malam. Sebenarnya pada waktu malam ini akan merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak. Ia merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu. Bagi ibu yang mengepam tips dari Ida mengepam pada jam 3 pagi hingga subuh. Insyaallah..berbotol-botol susu korang akan pam.

8. Urut


Teknik urut yang betul membantu susu mengalir dengan lebih lancar. Urut juga boleh mengelakkan bengkak susu atau sakit puting. Selain urut, tuam payu dara menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Kalau petua lama yang Ida amalkan menyikat payudara dengan sikat untuk pengaliran susu lebih lancar. Insyaallah..membantu. Selain itu boleh amalkan doa banyakkan susu semasa mengurut payudara. 



Nasihat Ida pada ibu-ibu muda jangan putus asa dalam menyusukan anak-anak. Walaupun ada yang takde rezeki untuk menyusukan anak sepenuhnya. Jangan sedih insyaallah akan datang ada lagi. Nak tips menyusukan anak sehingga 2 tahun boleh hubungi Ida. Insyaallah Ida akan membantu.

p/s: Nak nasihat dari Ida tanpa menggunakan produk pun boleh. Supplement hanya membantu tapi sebenarnya semuanya dari kita sendiri. Ida susukan anak sulung tak makan apa-apa produk k..Yang kedua baru makan sebab badan dah mula sakit-sakit.Kalsium dah banyak hilang.hehehe

Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Sunday, October 18, 2015

4 RAHSIA KENAPA IBU BOLEH KURUS DENGAN MENYUSUKAN ANAK,HILANG SEBANYAK 20KG!

Assalammualaikum...

Perkara utama yang setiap ibu-ibu nak selepas melahirkan anak adalah nak kurus! Bukan lelaki je atau pun warga muda. ibu-ibu yang telah melepasi saat mengandung selama 9 bulan, berat naik sampai 60 kg mestilah nak kuruskan balik badan macam sebelum hamil.



Mana la nak tahan bila ada lemak tepu kat dalam badan. Baju dulu pakai saiz S sekarang dah kena pakai saiz XL. Nampak ketara kan perubahan die.Salah satu cara nak kurus bagi ibu-ibu selepas bersalin adalah dengan susukan anak. Ini rahsia Ida kawal berat badan Ida. Jadi Ida nak kongsikan 4 rahsia kenapa ibu boleh kurus dengan menyusukan anak.



4 RAHSIA IBU KURUS DENGAN MENYUSUKAN ANAK

1. Bakar kalori ibu



Anak hanya memerlukan 300-500 kalori sahaja setaip hari. Tentulah kalori itu diambil dari ibunya. Sebab itu la walaupun ibu-ibu banyak makan sekalipun, memang tak sempat nak jadi lemak kat dalam badan sebabnya akan terbakar sendiri selepas menyuskan anak. Tak hairan la bagi ibu yang susukan anak ni akan lebih langsing walaupun makan banyak macam Ida.hahaaha..

2. Hanya pemakanan berkhasiat sahaja




Semestinya ibu yang menyusukan anak mesti akan makan makanan yang berkhasiat supaya menghasilkan susu yang berkualiti dan bernutrisi untuk tumbesaran anak-anak. 
Antara makanan yang sering diambil adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, oat, susu, ikan, daging, ayam, makanan sunnah dan lain-lain lagi. Semestinya semua makanan berkhasiat ni tidak akan mengemukkan korang. Kalau korang terasa atau teringin nak makan benda junk food ni, makan skit je buat lepas mengidam. Ida suka buat macam tu lepas tu Ida akan minum air masak banyak-banyak.hehe.

3. Minum banyak air




Ibu menyusu akan minum air dengan banyak. Itu adalah perkara biasa yang akan dilakukan. Kenapa? Kerana menyusukan anak akan membuatkan ibu cepat dahaga. Setiap kali susu keluar, ibu perlu menggantikan semula air dalam badan supaya boleh digunakan untuk menghasilkan susu semula. Ibu menyusu perlu minum banyak air masak. Air masak memang membantu dalam proses membuang toksin dan lemak-lemak dalam badan. Jadi, secara tidak langsung selain cukup air untuk menghasilkan semula susu, kita juga mempunyai cukup air untuk menguruskan badan.

4. Hormon gembira berkesan




Orang kata ibu menyusu perlu sentiasa gembira. Bila ibu gembira, susu yang keluar juga akan lebih lancar. Ia memang fakta yang betul! Ikutkan pada logiknya bila kita rasa gembira hormon positif akan terhasil dan ini akan membantu proses menurunkan berat badan akan lebih lancar dan mudah.



Tak caya bagi ibu yang menyusukan anak. Susukan anak masa keadaan sedih, susu mesti keluar sikit je.



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Wednesday, August 5, 2015

4 PANDUAN MUDAH BEKU DAN CAIRKAN SUSU PERAHAN,KHAS UNTUK IBU BEKERJA

Assalammualaikum...

Tahniah Ida ucapkan pada ibu-ibu yang selamat melahirkan anak kesayangan mereka. Sekarang tugas utama ibu-ibu adalah memberikan khasiat makanan awal yang terbaik iaitu susu ibu. Untuk menyusukan anak perlukan komitmen yang sangat tinggi lebih-lebih lagi ibu yang bekerja.



Jadi bagaimana ibu yang berkerja nak berikan khasiat susu ibu yang berterusan pada anak? Mestilah dengan mengepam susu dan buat stok susu dengan mencukupi untuk mereka. Ini ada sedikit 4 panduan mudah beku dan cairkan susu perahan.



4 PANDUAN MUDAH BEKU DAN CAIRKAN SUSU PERAHAN

4 TIPS BEKUKAN SUSU PERAHAN

1. Masukkan susu ibu ke dalam botol bersih selepas mengepamnya. Lebihkan sedikit kerana susu akan mengembang ketika membeku.



2. Simpan susu perahan korang di dalam peti sejuk beku mengikut kuantiti yang diperlukan oleh bayi sekali minum. Contohnya sekali minum susu ,bayi akan habiskan dalam 3oz. Ini supaya mudah untuk dicairkan nanti dan tidak membazir.





3. Labelkan susu dengan tarikh supaya memudahkan untuk kita tahu mana susu yang lama dan baru. Susu yang dibekukan bertahan sehingga 4bulan.

4. Simpan susu perahan dalam peti dingin beku. Jangan letakkan di bahagian bawah (chiller) kecuali apabila korang hendak cairkan dan berikan pada bayi. Kalau letak dalam chiller bertahan selama 8hari untuk bayi yang sihat. Kalau anak yang pramatang selama 48jam sahaja. 




4 TIPS CAIRKAN SUSU PERAHAN

1. Jika nak gunakan susu yang dibekukan boleh terus letak di bahagian bawah peti sejuk. Selalunya susu yang dibekukan akan cair dalam masa 1 hari. Bila dah cair, rendam dalam air suam sebelum diberikan kepada bayi.



2. Gunakan air suam ye kalau nak cairkan susu yang dibekukan atau yang disimpan dalam peti sejuk bawah

3. Jangan bekukan kembali susu yang tekh dibekukan. Senang susu lebihan yang anak tak habis minum. Sebab itu la asingkan susu mengikut keperluan anak supaya dapat elakkan pembaziran.



4. Jangan cairkan susu dalam microwave. Ini menyebabkan susu akan menjadi terlalu panas dan merosakkan segala khasiat dalam susu ibu.



sekarang dah ada mesin untuk panaskan susu


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!


HAPPY BREASTFEEDING!!


Rahsia kejayaan ibu yang bekerja sebagai jururawat ni dengan 3 kali shift berjaya menyusukan anak sepenuhnya.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Google+ Followers