Showing posts with label TIPS ATASI MASALAH BENGKAK SUSU. Show all posts
Showing posts with label TIPS ATASI MASALAH BENGKAK SUSU. Show all posts

Monday, October 13, 2014

MASALAH BENGKAK SUSU: MASTITIS

Assalammualaikum..

Tadi Ida ade bagtihu yang hari ni Ida demam sebab bengkak susu kan. So Ida nak kongsikan sedikit apa tu bengkak susu. Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.



Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.

GEJALA-GEJALA MASTITIS

Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-

★ Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
★ Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
★ Payudara menjadi bengkak
★ Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
★ Kulit payudara menjadi merah
★ Demam 38 C atau lebih

SEBAB MASTITIS

Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

SIAPA YANG BERISIKO?

Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-

* Puting sakit atau luka
* Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
* Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
* Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.

BILA ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan. Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.

RAWATAN MASTITIS DI RUMAH

Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat.

UNTUK MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN, TINDAKAN BERIKUT BOLEH DIAMBIL :-

✔ Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
✔ Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
✔ Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
✔ Minum air secukupnya. Minima lapan gelas sehari.
✔ Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
✔ Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
✔ Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
✔ Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan

PENCEGAHAN

★ Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi.
★ Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.
★ Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya.
★ Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.
★ Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting.
★ Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.



Ni jalan penyelesaian Ida sebab bengkak susu tadi

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU

Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

- Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
- Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
- Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
- Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan?

Jawapannya ialah ya selamat diambil.

Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Sunday, April 20, 2014

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU

MASALAH YANG KERAP TERJADI BAGI
 IBU MENYUSU

Banyak halangan yang mungkin perlu anda tempuh sepanjang usaha menyusukan bayi. Sebagai persediaan awal, ketahui panduan berkaitan jika anda ditimpa masalah penyusuan.

Bengkak Susu
Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusukan bayi. Antara simptom bengkak susu iaitu payudara nampak berkilat, sakit, tegang, keras dan rasa agak panas bila dipegang. Keadaan puting agak leper, bengkak dan merekah. Selain itu bayi anda akan sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar. Punca berlaku pembengkakan susu ialah ibu jarang menyusukan bayi, menghadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat, tidak menyusukan pada waktu malam. hisapan kurang efektif atau ibu mula memberi anak minuman lain pada awal kelahirannya. Cara mengatasi masalah ini:

  • Betulkan posisi semasa mendakap bayi untuk disusukan.
  • Susukan bayi dengan kerap tanpa had siang dan malam.
  • Perah susu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan sekali pada waktu malam.
  • Kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
  • Tuam dan urut perlahan-lahan payudara sebelum menyusukan.
  • Mula menyusukan bayi sebaik sahaja payudara keras dan penuh.
  • Minta bantuan sesiapa untuk mengurut bahagian tengkuk sebelum menyusukan bayi.
Saluran Susu Tersumbat
Masalah ini terjadi apabila satu atau lebih saluran susu tersumbat. Mungkin payudara anda kelihatan biasa tetapi bila disentuh ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit. Selain itu, payudara kelihatan agak kemerahan. Bila menghadapi situasi tersebut anda perlu:

  • Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif.
  • Urut perlahan-lahan di sekeliling payudara hingga puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.
  • Sokong payudara dengan telapak tangan.
  • Elak tidur meniarap dan memakai baju dalam yang ketat.
Mastitis

Masalah ini perlu diberi perhatian! Antara simptom yang dialami termasuk demam selesema, payudara akan berasa hangat, merah dan bengkak serta sakit. Puncanya sama seperti bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Cara mengatasi masalah ini:

  • Periksa payudara untuk melihat simptom tisu rosak dan puting merekah. Perbetulkan pengaliran susu dengan memperbaiki posisi dan dakapan.
  • Kerap menyusu. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 2 1/2 jam.
  • Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa jangkitan.
  • Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.Jika simptom semakin jelas dan berlaku rekahan, kerap demam dan pengaliran susu yang kurang sempurna, rawat dengan antibiotik. Jika bimbang mengenai perkara ini, dapatkan rawatan awal dan berterusan selama 10 hari.
Tidak Cukup Susu

Tidak cukup susu menjadi alasan untuk ibu berhenti menyusukan bayi. Anggapan pengaliran susu tidak mencukupi untuk bayi adalah salah. Antara punca susu tidak cukup ialah dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang. Antara lain, masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir, jarang menyusu kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam, tidak menyusu di waktu malam dan banyak lagi. Jika terasa susu kurang, ibu boleh menambahnya dengan:

  • Perbetulkan posisi semasa menyusu.
  • Lebih kerap menyusu sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Tidur berdekatan bayi dan susukan dia di awal pagi ketika tahap prolaktin tinggi.
  • Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan.
  • Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi.
Puting Bengkak Dan Sakit

Jika payudara atau puting mengalami rasa sakit atau tidak selesa, pengurusan penyusuan mesti dinilai semula. Penyusuan tdak sepatutnya menyakitkan. Simptom seperti tidak selesa (gatal, rasa panas), sakit, merekah, ruam (dermatitis, herpes), kemerahan, kulit berkeping, kulit berkilat dan sakit selepas menyusu adalah tanda puting payudara bengkak dan sakit.

Punca masalah tersebut disebabkan oleh faktor dakapan dan posisi kedudukan yang tidak betul, bengkak susu, salah hisapan, bayi keliru antara hisapan puting botol susu dengan penyusuan ibu atau jika makanan tambahan telah diberi. Cara mengatasi masalah ini:

  • Mengurangkan bengkak susu di sekeliling puting dan aerola. Jika perlu perah dengan jari secara lembut.
  • Jika sakit semakin terasa, ambil ubat seperti paracetamol (panadol).
  • Jika rekahan puting semakin teruk, perah susu dengan tangan dan beri kepada bayi selama 1 hingga 2 hari.
  • Sebelum menyusukan bayi, tuam payudara untuk merangsangkan pengaliran susu. Mulakan penyusuan di sebelah payudara yang kurang sakit.
  • Susui bayi secara lebih kerap, mengikut keperluan bayi, elak daripada menghadkan penyusuan.
  • Selepas menyusu, perah sedikit susu akhir yang berlemak dan sapu pada puting. Biarkan sehingga kering.
  • Elak guna sabun dan alkohol untuk mencuci puting.
Masalah Susu Meleleh

Hal ini berlaku kerana payudara penuh dengan susu. Jadi, cuba tekap tapak tangan pada puting selama 1 atau 2 minit. Tukar pad coli bila lembap dan perah lebih kerap.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya :

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

Sunday, April 13, 2014

CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU

CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU

Bengkak susu ialah tanda positif anda sedang menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi. Bengkak ini terjadi kerana penghasilan susu yang banyak dan tidak diperah mengakibatkan aerola menjadi keras. Perkara ini berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

Jadi,selalunya ketika bengkak susu, bayi akan sukar untuk melekap pada payudara anda kerana areola( kawasan kulit gelap disekeliling puting) sangat keras. Sebab tu bayi susah nak menyusu atau tak nak meyusu ketika kita mengalami bengkak susu..

Jadi bagaimana memulihkan bengkak susu ni?
1) Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap 2 atau 3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.

2) Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Selang selikan payudara.Pada sesi berikutnya,mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap.

3) Letakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah untuk memudahkan pengeluaran susu. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.

4)Perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul.

5) Jika masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.

Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan usaha!

Boleh juga amalkan B Complex, Vitamin C dan Lecithin utk mengelak dari terkena bengkak susu.

Alhamdulilah..setelah diperkenalkan dengan vitamin Shaklee ni saya dah tak bengkak susu.......

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

Google+ Followers