Showing posts with label REVIEW PRODUCT. Show all posts
Showing posts with label REVIEW PRODUCT. Show all posts

Sunday, February 5, 2017

SHAPEE SEAMLESS NURSING BRA SELESA BUAT IBU-IBU MENYUSU

Assalammualaikum...

Bagi seorang ibu menyusu sangat penting untuk dapatkan bra menyusu yang sangat selesa, mudah dan sedap memakai. Tak kira la dari segi material, keselesaan tali bra dan sebagainya serta yang paling penting mudah untuk menyusukan anak nanti.


Bra menyusu atau nursing dari Shapee adalah salah satu keperluan yang mesti dimiliki oleh setiap ibu-ibu. Kalau bagi Ida bra menyusu yang sentiasa Ida cari ialah yang sangat selesa bagi Ida termasuk dari segi material.


Sebelum-sebelum ni ida pernah beli bra nursing dari jenama lain tapi tak selesa dipakai tapi serius bra nursing Shapee ni sangat-sangat selesa. Seakan-akan macam bra sport. Jadi bagi ibu-ibu yang menyusu nak berzumba ke..jogging ke takde masalah nak pakai bra ni. Serius memang best.


Bra nursing Shapee ni didatangkan dengan dua warna iaitu pink dan hitam kelabu. Malah cangkuknya juga banyak siap bagi extra cangkuk free lagi kat korang.



Pin pada bahagian bukaan juga sangat mudah dibuka dan diklip kan semula. Jadi ibu-ibu memang sangat mudah untuk buka semasa menyusukan anak nanti. Lagi satu sebab yang bestnya dia ada removable bra pad. Ikut citarasa masing-masing tapi Ida tak selesa pakai bra jenis yang takde pad. Orang lain tak tahu la kan, mungkin ok je...hehehe.


Jadi bagi ibu-ibu menyusu yang na cari bra menyusu yang selesa sangat Ida rekemen Seamless nursing bra dari Shapee ni. Berbaloi sangat.


Mana nak dapatkan Seamless nursing bra dari Shapee ni?

Boleh la layari:

Website

Facebook

Instagram

Friday, December 16, 2016

NAN CHEESE SEDAP DI AL-FARIZ MAJU BANGI

Assalammualaikum....

Beberapa hari lepas Ida ke Kuala Lumpur, bawa anak-anak bercuti di sana. Duduk la di rumah adik ipar di Bangi. Dari Kemaman sampai ke sana dalam pukul 8 lebih so mencari la tempat nak makan kan..biasa la perut dah lapar.


Tak tahu nak makan di mana en suami suruh google cari tempat makan nan cheese yang sedap kat area Bangi. So jumpa la review pasal Restoren Al-Fariz Maju. Singgah la kami di sana.

Restoren ni biasala macam kedai mamak. Memang akan ada la nan cheese ke roti canai ke..nasi kandar ke. En suami order la nan cheese untuk dia dan si Asyraf. Aqil orderkan roti canai kosong. Ida? Makan nasi kandar.hahah..tak boleh kena juga makan nasi perut ku ni.

Masa nak pergi amik nasi kandar, dah banyak lauk habis..huhu..Kempunan tapi amik juga la nasi dengan ayam goreng.

Sampai je order, apa lagi terus makan la kan. Boleh tahan uga la nan cheese die. Ida walaupun cuma makan ayam goreng tapi sedap jugak sebab campur kari dan kuah manis die. Ke sebab memang perut ku lapar masa tu, sebab tu semua sedap.hahaha


Tapi ok la puas hati, roti lembut..makanan dan air pun cepat sampai. Restoren ni dekat dengan kawasan student seperti UKEM, UniKL..rasanya la sebab tengok ramai student.


Dah selesai makan tapaw kan sekali untuk adik ipar sekeping nan cheese. Alhamdulillah harga pun ok tak sampai RM30 pun semuanya.

Siapa nak try nan cheese sedap boleh la ke sana..mana tah selera tekak korang kata sedap.



Restoran Al-Fariz Maju, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi., Bangi,

Friday, November 25, 2016

STOKIN COMEL SESUAI UNTUK KAUM MUSLIMAH

Assalammualaikum...

Kita ni bukan sekadar menjaga aurat pada pakaian atau kepala. Kaki juga perlu dijaga. Kali ni Ida nak share mengenai stokin kaki ni.

Mungkin biasanya kita akan lihat kaum perempuan akan pakai stokin plain kosong je kan. Apa kata tukar kelainan pakai stokin yang jenis bercorak. Kalau Ida memang tak suka beli stokin yang nipis dan licin. Sebabnya Ida pakai heels so klau licin memang susah la Ida nak pakai..rasa tak selesa sebab akan ke depan jari kaki.



Stokin Comel yang memang selesa dipakai bagi Ida. Kain pun tebal dah tak licin. So masa pakai heels memang senang sebab tak tergelincir terus ke depan.


Bukan sahaja ada jenis plain malah ada corak yang bercorak dan sangat sesuai nak bergaya. Ida beli 2 jenis,plain dan corak vintage. Ida memang peminat warna hitam sebab senang nak match dengan mana-mana.hehehe


Ibu berpantang yang nak pakai pun boleh, nampak lagi cool gitu.



Harga die pun ok je. Plain (kosong) hanya RM7 dan bercorak hanya RM10. Serius tak rugi pun beli sebab selesa. Nanti boleh la Ida beli corak lain plak.heheh

Nak dapatkan stokin comel ni?


Sunday, November 6, 2016

MAMYPOKO PANTS LAMPIN PAKAI BUANG YANG MUDAH DIGUNAKAN

Assalammualaikum....

Semua ibu bapa selalu mencari lampin pakai buang yang sesuai untuk anak-anak. Lampin pakai buang yang selesa untuk anak-anak malah dapat elakkan dari kebocoran dan ruam lampin.



Anak-anak sentiasa aktif. Kadang-kala sampai terpaksa berkejaran dengan anak-anak masa nak pakaikan diorang lampin. Jadi Mamypoko pants sangat sesuai untuk anak-anak yang aktif mahupun bagi ibu bapa yang bekerja.

Mamypoko pants yang direka khas untuk anak-anak supaya mudah digunakan bagi anak yang aktif dan terutamanya bagi ibu bapa yang nak cepat pergi bekerja. Nak siapkan anak-anak sebelum dihantar ke pengasuh. 



Mamypoko pants juga mempunyai lapisan seperti sutera yang sangat lembut pada kulit bayi. Malah mampu bertahan dari kebocoran sehingga 12 jam. Ia sangat ringan dan mempunyai pelekat lembut yang boleh dipasang berulang kali.


ada 3 design yang menarik





Boleh dapatkan lampin pakai buang Mamypoko pants saiz S di Lazada < klik di sini >

Saturday, October 15, 2016

PERMATA SUNTI FEMININE WASH,RAHSIA WANITA MENGANCAM

Assalammualaikum...

Setiap wanita mestilah nak yang terbaik untuk dirinya tak kisah la dari segi kesihatan mahupun kecantikan. Dan kecantikan bukan sahaja pada luaran tapi juga pada dalaman.



Di sini Ida nak kongsikan produk kesihatan dan kecantikan Miss V wanita iaitu Permata Sunti Feminine Wash. Bagi Ida Feminine Wash ni sangat best dan sejuk je bila basuh tu. 

Permata Sunti Feminine Wash ini dihasilkan dari gabungan herba-herba terpilih seperti:


Pati pinang muda
Ekstrak sireh

Serbuk manjakani

Temu kunci
Akar serapat



Khasiat Permata Sunti 

~merapatkan laluan rahim (paling sesuai utk ibu lps bersalin)
~mempercepatkan sembuh luka bersalin (normal)
~menghilangkan masalah keputihan
~menghilangkan masalah lendir
~mengeringkan
~menghilangkan bau yg tidak enak
~rasa segar dan nyaman
~menjaga kebersihan Mahkota anda
~mengalami pengalaman sebagai dara sunti
~membantu membahagiakan rumahtangga yg suram

Cara penggunaan:


1. Tekan dua titik gel ketelapak tangan dan letakkan air sedikit sehingga berbuih.

2. Oleskan dan ratakan buih tadi dikawasan vagina dan biarkan dua minit sehingga buih meresap ke dalam ( tak payah korek sampai dalam k...).

3. Selepas dua minit tadi cuci dan bilas semula dengan air bersih.



Siapa yang memerlukan Permata Sunti Feminin Wash?

~ Sangat sesuai utk wanita berumur 16 tahun keatas (telah berkahwin atau belum berkahwin boleh menggunakannya)


~ Wanita mengandung tidak digalakkan untuk menggunakannya. Namun wanita didalam pantang SANGAT-SANGAT digalakkan untuk menggunakannya.

Testimoni 1





Testimoni 2




Testimoni 3




Testimoni 4




Ida dah cuba Permata Sunti Feminine Wash ni, rasa segar..sejuk je Miss V tu.hehehe. Ida sangat galakkan supaya beli sebab berbaloi terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin ni. Malah bagus juga untuk sesiapa yang ada masalah "kentut vagina". Lagipun ni kan aset kaum wanita untuk suami. Taknak la longgar-longgar kan. Ketat-ketat la baru suami bertambah sayang :)


AMARAN KERAS!!!



JIKA INGIN BERSAMA SUAMI..DILARANG MENGGUNAKAN TERLALU BANYAK KERANA PATI YANG TERKANDUNG DIDALAM ADALAH YANG PALING ASLI DAN TERBAIK.DIKHUATIRI VAGINA MENJADI TERLALU SEMPIT DAN SAKIT.GUNA SEADANYA SEJAM SEBELUM BERSAMA.


HARGA SEMENANJUNG:RM65
SABAH/ SARAWAK:RM70

Jika sesiapa berminat untuk dapatkan Permata Sunti Feminine Wash ni boleh la hubungi:

Farah Asri 019-999 9775

Saturday, September 10, 2016

PATI JUS ASLI KELUARAN INDUSTRI AJI

Assalammualaikum...

Korang pernah rasa tak pati jus asli yang sedap? 

Jus asli yang murah?

Ini nak memperkenalkan jus asli keluaran industri Aji yang dijamin sedap dan murah yang terletak di Kluang Johor. 

Tak ramai yang tahu sebab masih belum dipromosikan secara besar-besaran. Jadi dengan kesempatan ini Ida nak kongsikan dengan korang kebetulan adik ipar Ida merupakan agen bagi produk ni.

Antara perisa jus asli yang dikeluarkan ialah:





Perisa yang paling mendapat sambutan ialah perisa durian belanda dan barli. Yes...siap dengan buah lagi kat dalam bukan semata-mata pati sahaja.

Bagi Ida sedap juga terutamanya kalau nak minum sejuk atau panas petang-petang tu memang best. Memang mudah, jimat dan cepat. Dah tak perlu letak gula lagi. 1 botol pati ni baru dihidangkan lebih dari 50 gelas.

Korang nak cuba?

Boleh hubungi:

Hafizzuddin (Johor) : 013-4195606
Masturah(Kemaman): 019-9137232

Sunday, July 24, 2016

MAMYPOKO PANTS, LAMPIN PAKAI BUANG NO 1 LARIS DI JEPUN

Assalammualaikum...

Lumrah kalau kaum wanita atau lelaki yang sibuk bekerja atau surirumah semua suka shopping. Sekarang zaman semakin maju, hanya shopping di hujung jari sahaja.

Kali nak kongsikan skit review lampin pakai buang Mamypoko pants.



Mamypoko pants antara jenama pampers yang agak terkenal juga di pasaran malah mudah digunakan.




Aqil pun macam suka je bila pakai. Siap ada gambar cute lagi kat pampers tu.Sesuai la kalau nak pakai untuk anak-anak yang lasak, sampai nak pakai pampers pun kena berkejaran.



Nampak pelekat biru tu? Sebenarnya itu pelekat yg memudahkan kita untuk bungkus lampin dan dibuang. Takde la nak terburai nampak isi dalam tu.hehehe

Ciri-cirinya yang menyerap dengan baik agar tidak mudah bocor, lapisan yang memberikan perlindungan udara,bahan selembut kapas.



Mamypoko pants juga merupakan lampin pakai buang pertama yang sangat direkemen oleh ibu-ibu di Jepun. Wah..famous juga ye.



Sesuai sangat la kalau jenguk seketika di Lazada untuk shopping barang-barang bayi. Tambahan pula tak lama lagi Lazada akan adakan








Malah jangan lupa untuk dapatkan voucher 20% off  (20LAP20)  dari Lazada ye.

Tuesday, June 7, 2016

MIA JUBAH POPULAR, KHAS UNTUK IBU-IBU MODEN ZAMAN SEKARANG

Assalammualaikum...

Ibu menyusukan anak ni sebenarnya agak cerewet untuk memilih pakaian. Yelah bukan sahaja nak memilih baju yang selesa malah senang untuk menyusukan anak nanti. Sebab Ida sendiri memang cerewet bab memilih baju selepas melahirkan anak dulu. Sebab itu juga la Ida jarang beli sendiri di luar, kebanyakkannya Ida beli secara online.



Ni Ida nak kongsikan jubah menyusu dari Feedmilk, Mia Jubah Popular denga tagline menarik #selamberselak. Hah ko...memang selamber selak je. Senang nak menyusukan anak walaupun di temat awam. Yelah anak-anak ni kalau dah menangis nak susu bukan kira tempat dah.


Mia Jubah Popular ni dengan rekaan tiada butang dan zip supaya memudahkan ibu menyusu untuk selak menyusukan anak tanpa menampakkan aurat. Dah yang paling best senang untuk dibawa berwudhuk sekali. Oh ya ibu mengandung pun boleh pakai jubah ni. 


Material kain die moss crepe, tak payah iron dah. Sarung je. Kain memang berat dan selesa di pakai. Sejuk je. Malah ada poket pada jubah ni. Size dia ada dari small ( S and M ) / Large ( L and XL ) / Extra Large (XXL and XXXL ). Warna plihan Ida warna Rosewood size small. Itu pun Ida pakai masih labuh tau.hehehe.

Malah ada pilihan warna-warna lain seperti Magnum black, Lavender Brush,Royal Blue, Bubbly Turqoise Bubble Gum, Rosewood dan Salmom Brick.




Berapa harga Mia Jubah Popular?

Hanya RM159 sahaja.

Apa lagi jom dapatkan Mia Jubah Popular ni. Pasti korang suka punya la..

FB : Feedmilk

Bagi yang nak walk-in terus ke Butik Feedmilk ni boleh la singgah di Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam.

Happy shopping!!! :)

Sunday, June 5, 2016

KINOHIMITSU COLLAGEN DIAMOND 5300 DRINKS

Assalammualaikum..

Sekarang ni kebanyakkan wanita suka produk dari luar negara terutamanya Korea dan Jepun. Yelah mana tak nya kita jadi jealous dengan kulit mereka yang halus,mulus dan licin.


Kalau bercakap pasal kolagen semua tahu kan kebanyakkan produk atau minuman sekarang mesti ada kolagen yang semestinya untuk kulit yang cantik. Jadi hari ini Ida nak kenalkan produk yang dari Jepun iaitu Kinohimitsu J'pan Collagen Diamond 5300 Drink.


Kinohimitsu J'pan Collagen Diamond 5300 Drink ni mengandungi 5300mg peptida kolagen (ikan) yang dihasilkan khusus untuk kulit bagi mengembalikan keremajaan, keanjalan dan kulit yang cerah dan berseri. Ini kerana peptida kolagen (ikan) ini bersaiz molekul kecil yang membolehkan ia lebih mudah menyerap oleh badan. 


Selain itu ia juga mengandungi Ekstrak Perilla Seed yang membantu mengurangkan radang sel-sel dan meningkatkan keupayaan pemulihan tisu. Isoflavon Soya pula untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin serta mengurangkan pigmentasi. Selain itu jus Epal, lemon,laici amat kaya dengan malic acid dan Vitamin C untuk mencerahkan kulit.

Siapa yang harus mengambil Kinohimitsu J'pan Collagen Diamond 5300 Drink?


Serlahkan 8 hasil menawan selepas mengambil Kinohitmitsu J'pan Collagen Diamind 5300 Drink


* Menegangkan kulit untuk penampilan lebih muda
* Mengetatkan liang roma untuk wajah lebih licin agar mekap tahan lebih lama
* Menganjalkan payudara dan punggung untuk bentuk badan yang lebih menarik
* Mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan serta memutihkan kulit
* Mengembalian kepadatan lapisan dermis untuk tekstur kulit lebih lembut dan anjal
* Memerangkap lembapan dalam kulit agar kekal lebih lama
* Mencerahkan kulit untuk wajah putih bak salju
* Menguatkan dan menyihatkan rambut dan kuku

Bagaimana cara pengambilannya?

*cantikkan botol dia. Menarik siap ada bling--bling gitu

Caranya:
1 botol minum setiap hari sebelum sarapan atau sebelum tidur pada 6 hari pertama secara berterusan. Kemudian boleh teruskan 1 botol setiap 2 hari. 

Oh ya jangan lupa goncang sebelum minum, nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk. Minum ni sejuk-sejuk memang sedap. Rasa-rasa masam berry..yummy

Dan yang menariknya jika pembelian pakej ni juga termasuk dengan Scholl Velvet Smooth Express Pedi Foot.


Apa tu? Hah ni untuk siapa ada masalah tumit atau kulit kaki pecah tu boleh la guna. Memang best sebab terasa licin je tumit kaki ku ini..hehehe


*nampak diamond dia tu..semua nak bling--bling k..



*perlukan 4 bateri 2A

Jadi apa tunggu lagi..cepat-cepat la beli sekarang

Mana nak dapatkan Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 Drinks (50ml x 16) + Scholl Velvet Smooth Express Pedi Foot File?




Google+ Followers