Showing posts with label PANDUAN PENJAGAAN BAYI. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN PENJAGAAN BAYI. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

5 TIPS BERJIMAT SEMASA BELI BARANGAN BAYI,EXCITEDNYA!

Assalammualaikum...

Nak menyambut kelahiran cahaya mata memang mengujakan. Memang rasa membuak-buak hati tu nak tengok si ahli syurga ni.Paling seronok masa nak beli barangan keperluan bayi la. Dah siap satu list panjang nak pergi ajak encik suami shopping hujung minggu nanti.



Walaubagaimana pun si ibu jangan la sampai terlalu memboros nak beli. Memang la kita akan rasa geram tengok baju baby yang comel dan cantik. Tapi nak beli pun biarla secara sederhana. Sebabnya bayi ni cepat membesar, nanti tak sampai sebulan pakai, takpun dah habis pantang baju comel yang kecik-kecik tu dah tak boleh pakai. Dah kena beli baju baru pula. Ini ada 5 tips berjimat semasa beli barangan bayi.

5 TIPS BERJIMAT SEMASA MEMBELI BARANGAN BAYI

1. Beli barangan asas


Barangan asas ni barang yang sangat diperlukan semasa dalam hospital nanti. Taknyah baju comel-comel ala prince dan princess pun tak pe. Selalunya orang bawa baju warna putih je, kalau dah tahu jantina warna biru dan pink. Cukup la sekadar beli 2 pasang baju lengan panjang, 2 pasang baju lengan pendek, 1 set stokin tangan dan kaki (extra pun takpe stokin kaki), kain lampin dan pampes newborn. 

2. Beli semasa sale


Perempuan kan memang suka bab sale ni kan. Rasa nak beli baju comel-comel skit beli masa ada sale, kan memang selalu Anakku,Poney akan buat sale. Kalau suka beli online, mesti la selalu diorang pun akan buat sale. Masa ni lagi jimat.

3. Pinjam sahaja


Kadang-kala kalau adik beradik atau sedara yang memang dah ada anak. Diorang akan bagi pinjam atau bagi terus je baju bayi dah tak pakai. Yang bagi terus tu mungkin sebab dia dah taknak anak lagi. Dah cukup katanya atau pun memang dia tu jenis yang suka beli baju baru setiap kali mengandungkan anak. Orang banyak duit.hehehe...gurau je..

4. Kawal diri


Ini memang tak boleh nak elakkan bagi yang memang kaki shopping. Kalau boleh setiap minggu atau setiap bulan. Mesti ada je 2-3 helai baju baby yang nak dibelinya. Kalau boleh kawal la diri tu sendiri. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Selalunya orang yang datang melawat,kawan-kawan mesti akan belikan hadiah pakaian bayi nanti. Kalau terbeli sama macam mana, rugi pula kan.

5. Minta mak ayah sponsor


Kalau korang la satu-satunya anak mak ayah atau memang anak kesayangan cuba mintak mak ayah sponsor beli barangan bayi.Lagi jimat kan. Tapi ada je memang ada mak ayah yang sponsor beli barang bayi kalau memang berkemampuan. Kalau mak ayah pun kais pagi makan pagi, masih ada tanggunggan adik-adik yang lain jangan nak minta sponsor plak k...

Ok tu je Ida nak kongsikan.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Wednesday, July 8, 2015

URI DI BAWAH TANDA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

Assalammualaikum...

Plasenta previa atau lebih dikenali dengan uri di bawah merupakan salah satu komplikasi yang berlaku bagi wanita hamil. Di mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi keseluruhan serviks atau pembukaan rahim.




Jarang nak berlaku pada kaum ibu hamil ni. Dalam anggaran 1000 wanita hamil hanya 3-6 orang sahaja yang akan mengalaminya. Of couse pendarahan semasa hamil salah satu simptomnya. 



4 JENIS KEADAAN URI DI BAWAH

I- plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.

II -bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.

III -plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

IV- plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Keadaan ini bayi tidak boleh dilahirkan secara normal. Ini menyebabkan anak dilahirkan pramatang.

7 TANDA-TANDA KELAHIRAN PRAMATANG


1. Berlaku kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap dalam masa satu jam (lima atau lebih kontraksi dalam masa sejam).
2. Lelehan air dari vagina (ini mungkin menunjukkan air ketuban anda telah pecah).
3. Rasa kejang di bahagian bawah perut yang datang sekejap-sekejap.
4. Rasa sakit di bahagian bawah garis pinggang yang datang sekejap-sekejap.
5. Tekanan pada tulang pelvik di mana terasa seperti kepala bayi menekan ke bawah.
6. Kekejangan di bahagian abdomen yang terjadi dengan atau tanpa cirit birit.
7. Peningkatan atau perubahan keputihan vagina.


Bila ada tanda-tanda macamni korang boleh :

1. Kosongkan pundi kencing.
2. Berbaring mengiring pada sebelah kiri, ia mungkin boleh memperlahankan atau menghentikan tanda dan simptom.
3. Elakkan baring telentang kerana ia mungkin menyebabkan kontraksi meningkat.
4. Minum banyak air kerana penyahhidratan menyebabkan kontraksi.
5. Awasi kontraksi dalam masa satu jam dengan mengira setiap minit yang berlalu daripada permulaan kontraksi hingga permulaan kontraksi seterusnya.


rujukan:PAma


Thursday, January 15, 2015

4 CARA SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU

Assalammualaikum...

Mungkin ramai ibu-ibu yang titikberatkan supaya sendawakan bayi selepas menyusu.

Bila bayi sedang menyusu sejumlah kecil udara akan masuk ke dalam badan. Udara ini akan terperangkap dalam perut sebab itu la bayi mudah jadi kembung perut. 



Perut bayi menjadi tidak selesa kerana udara yang terperangkap di dalam perut. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi tersedak susu. Jadi bila bayi disendawakan ini membantu supaya udara itu dikeluarkan.

Tanda-tanda bayi mengalami kolik ialah bayi berumur kurang daripada 3 bulan, menangis dan menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.


Terdapat 4 cara untuk sendawakan bayi iaitu :

4 cara sendawakan bayi

1. Bahu

Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang sehingga dia sendawa.

2. Meniarap di pangkuan

Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

3. Duduk menghadap ke depan

Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa. Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

4. Dukung

Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Wednesday, January 7, 2015

TIPS TIDURKAN BAYI

Assalammualaikum..

Pengalaman pertama bagi ibu muda mestilah bagaimana nak tidurkan bayi. Bayi yang baru dilahirkan memang selalu berjaga malam dan apabila meningkat usianya dia mula susah nak tidur.senang berjaga. Ini sedikit tips tidurkan bayi untuk dikongsikan



Ni pengalaman Ida sendiri. Bila anak dah start pandai main memang dia akan cepat terjaga hanya dengan sedikit bunyi je.

TIPS TIDURKAN BAYI

1. Riba bayi

Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.


2. Dodoikan anak

Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda. Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.


3. Dukung Pada Bahu



Dukung bayi anda di bahu sambil menggerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa.

4. Dukung Muka Ke Bawah

Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut. Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.

5. Tepuk Bayi


Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat. Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda. Peluk anak anda dan tepuk secara beirama.

6. Makanan Awal


Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata. Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang. Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur. (hanya untuk bayi 6bulan ke atas)

7. Urutan Pada Bayi




Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan, kaki. Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.

8. Bentuk Pola Tidur Pada Bayi


Bentuklah pola tidur bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan. Ajar dia tidur ditempatnya, padamkan lampu dan biarkan lampu samar-samar (lampu tidur) sahaja yang menyala...dengan cara ini anda mudah menidurkan bayi anda...masuk je dalam bilik, letak kat katil dia, padamkan lampu dan secara automatik matanya akan lelap.

SELAMAT MENCUBA IBU-IBU!

Saturday, December 20, 2014

TIPS HIAS BILIK BAYI

Assalammualaikum..

Menyambut kelahiran bayi memang satu perkara yang mengujakan. Mesti dalam fikiran macam-macam barang dan hiasan bilik nak buat untuk anak. Ini ada sedikit tips hias blik bayi.


TIPS HIAS BILIK BAYI

1. Katil

Kelengkapan utama yang diperlukan untuk bilik si manja ialah katil dan meja bayi. Hari ini terdapat pelbagai rekaan model perabot bayi di pasaran tempatan dan antarabangsa. Jadi anda perlu bijak memilih dengan memastikan ia boleh digunakan untuk satu jangka masa yang lama.


2. Meja Bayi

Manakala meja bayi diperlukan sebagai tempat untuk membersihkan si manja, mengganti pakaian dan tempat untuk meletak peralatan mandiannya. Bahagian bawah meja ini biasanya berupa laci atau almari untuk menyimpan pakaian bayi. Meja bayi ini memang praktikal untuk anda menguruskan si manja tanpa perlu terbongkok-bongkok.

3. Tilam

Anda boleh memilih tilam yang diperbuat daripada kekabu atau ‘foam’ untuk katil dan meja bayi tersebut. Cuma, sewaktu cuaca panas tilam yang diperbuat daripada kekabu lebih selesa kerana ia lebih sejuk berbanding ‘foam’. Kelebihan ‘foam’ ialah, ia mengikut bentuk tubuh si bayi dan sangat baik untuk pertumbuhan badannya.


4. Kerusi

Selain katil dan meja bayi, sebaiknya anda sediakan sebuah kerusi untuk anda duduk santai sewaktu menyusukan si manja.

5. Warna



Untuk perabot, anda boleh memilih warna putih, krim dan coklat. Sementara kelengkapan lain pula seperti alas tempat tidur, langsir dan permaidani boleh menggunakan warna-warna terang yang lain.

Warna-warna yang cerah sangat sesuai buat bayi. Contohnya, biru, kuning dan merah muda. Pastikan tema bilik mestilah ceria dan lembut dipandang.

Tuesday, November 25, 2014

5 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK BAYI 6BULAN, IBU PENING KEPALA

Assalammualaikum..

Bila anak-anak dah masuk 6bulan mesti ibu dah mula pening memikirkan menu untuk anak-anak kan? Tambah nak memasak untuk diri keluarga sendiri pun dah pening memikirkan setiap hari. Di sini Ida nak kongsikan 5 makanan berkhasiat untuk bayi 6bulan yang dipetik dari PaMa.



Makanan untuk bayi 6bulan adalah dalam bentuk puri. Ini antara makanan berkhasiat boleh dijadikan menu bayi 6bulan.

5 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK BAYI 6BULAN

1. Kentang

Bagi bayi berusia enam bulan yang baharu mengenal makanan pertama, ibu boleh beri puri kentang. Tekstur kentang yang lembut membantu anak mudah memakannya. Kentang juga kaya dengan karbohidrat, vitamin C dan B kompleks yang membantu penyerapan karbohidrat. Kentang mudah dihadam dan ini dapat mengelakkan bayi menghadapi masalah penghadaman.

2. Ubi keledek


Ubi juga boleh menjadi makanan pertama bayi kerana mengandungi khasiat yang diperlukan badan seperti vitamin A, beta karoten dan potasium yang tinggi. Bahkan ia juga kaya dengan vitamin E, kalsium, serat yang baik untuk proses penghadaman. Rasanya yang lemak manis juga pasti digemari oleh si comel anda.

3. Jagung

Jagung juga terkenal sebagai bahan makanan kaya dengan karbohidrat. Ibu boleh membuat bubur jagung manis atau dikisar sebagai puri. Jagung juga mengandungi kalsium dan fosfor yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi, kaya vitamin A dan B1 yang diperlukan oleh badan. Maka sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata bayi bukan hanya diperoleh daripada lobak merah sahaja.

4. Pisang

Keenakan lemak manis pisang pasti digemari oleh bayi. Pisang kaya dengan kalium dan vitamin B. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pisang lebih baik dibandingkan dengan buah dan sayur lain. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat dan lima kali lebih banyak vitamin A dan zat besi.

5. Labu


Labu disarankan diberi sebagai makanan pejal pertama bayi kerana ia kaya dengan serat baik untuk penghadaman dan memiliki tekstur yang lembut. Ia mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, B, C, beta karoten, kalsium, zat besi, folat dan protein

Monday, November 3, 2014

7 SEBAB ANAK SUKA MENANGIS

Assalammualaikum..

Mungkin ramai ibu2 baru mempunyai anak masih belum tahu bab penjagaan bayi ni. Sama la macam Ida dulu, memang tak pandai. Semuanya belajar sendiri. Kadang2 tanya kat mak mertua sebab masa itu Ida dok ngan mak mertua. Bayi yang baru lahir memang biasa kalau kerap menangis. Ibu2 kita banyak bersabar tambahan waktu berpantang sebab kita memang akan berjaga malam. Jadi Ida nak kongsikan sebab anak suka menangis.


7 SEBAB ANAK SUKA MENANGIS

 1. SAYA LAPAR

Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar dan dahaga. Biasanya bayi akan menangis berulang-ulang. Bayi akan menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil nafas dan demikian seterusnya.

Cara mengatasi : Sebagai ibu atau ayah kepada si kecil, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan bayi anda mendapat makanan dan susu yang secukupnya. Susui bayi hingga kenyang.

2. SAYA BASAH

Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Mudah kan mereka menangis? Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Tangisan bayi biasanya perlahan pada mulanya, dan semakin kuat agar mendapat perhatian ibu dan ayah. Bayi akan mengeliat tanda tidak selesa.

Cara Mengatasi : Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa

3. FAKTOR PERSEKITARAN




Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising boleh menyebabkan bayi menangis kerana mereka perlukan ketenangan. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk juga boleh mengganggu keselesaan bayi.

Cara Mengatasi : Sediakan satu bilik yang sunyi, selesa bagi bayi. Kadang-kadang bayi juga perlukan persekitaran yang sunyi dan membuatkan mereka selesa.

4. JATUH

Ada sesetengah ibubapa yang gemar menidurkan bayi di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika bayi ibu dan ayah sedang tidur. Bayi boleh terjatuh dari buaian dan menangis. Bayi yang tidur lasak memang mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika bayi dibiarkan tidur sendirian.

Cara Mengatasi : Jangan membiasakan bayi tidur di dalam buaian ketika anda juga hendak tidur. Takut-takut anda tidak mendengar tangisan mereka. Bawalah mereka tidur di sebelah anda.

5. PERUT TAK SELESA

Masalah kembung perut ni juga dikenali sebagai kolik iaitu menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. Semua bayi akan menangis jika ia merasa sakit. Tangisan bayi yang sakit perut ialah bernada tinggi , hampir seperti jeritan, mereka akan termengah-mengah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi.

Cara Mengatasi : Urut bahagian perut dengan lembut dengan menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuh bayi.

6. SAYA NAK BERMAIN




Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti sahaja. Tangisan mereka untuk menarik perhatian ibu dan ayah si kecil. Bayi senang bergaul dan sentiasa ingin ibu dan ayah di sisi mereka. Tangisan mereka terdengar seperti menyedihkan dan seakan-akan marah.

Cara Mengatasi : Luangkan masa bersama bayi anda sehingga mereka tenang. Mempelbagaikan aktiviti seperti menyanyi atau dibawa bersiar-siar.

7. SAYA PENAT

Bayi akan menangis jika penat walaupun sebernarnya mahu tidur. Bayi akan merengek sambil kepala terangguk-angguk dan melihat anda.

Cara Mengatasi : Dukung bayi anda sehingga dia terlelap di lengan dan barulah di letak di katil tidurnya.

Hope ni dapat membantu menambah pengetahuan ibu2 muda.

Saturday, June 7, 2014

TIPS ATASI MUNTAH SUSU

Assalammualaikum..

Apa itu muntah susu?

Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.


Cakap tentang muntah susu ni, memang selalu terjadi pada anak2. Masa Asyraf dulu, die memang suka muntah..lepas minum susu je muntah. Kalau lepas minum susu, ade orang angkat goyang2 skit je..mesti die akan muntah. Teringat lagi masa bapa mertua main dengan die selepas menyusu, habis 1 badan ngn muntah. Bile die gelak mengekeh lagi la...Ida ada video nya, xkn la nj tunjuk kn..hehhehe

Alhamdullilah time Aqil ni, jarang muntah. ( tapi td baru je muntah atas mummy..huhuhuh ). Ni Ida share skit tips2 die yang Ida amik dalam KIM

Gejala dan simptom

* Keluar secara 'effortless'

* Muntah terjadi sebaik minum susu

* Muntah selepas sendawa

* Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Tip untuk kurangkan muntah susu

* Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu

* Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.

* Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu

* Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa

* Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur

* Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur

* Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.

* Periksa samada terdapat

*dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi

* Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:o Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasio Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasio Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Tip untuk menyusukan bayi

* Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.

* Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.

* Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.

* Pakaikan lampin dengan lebih longgar

* Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

Ini je yang dapat Ida share..so jika ada pe2 masalah boleh tnya k..

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Wednesday, June 4, 2014

CARA SEMBUHKAN DEMAM BAYI

Apabila tiba musim perayaan, anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca panas dan jangkitan kuman. Selain membawa bekalan ubat demam pulang ke kampung, ketahui teknik untuk meredakan suhu badan anak yang demam. Teknik ini dapat membantu anda dengan menyediakan langkah demi langkah menyejukkan badan bayi.

Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37Oc. Suhu badannya yang melebihi 37Oc menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37Oc adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40Oc, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.

Tindakan Anda :


• Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol
• Galakkan anak minuk air banyak
• Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.

Ubat Demam
Beri ubat demam mengikut dos pada label ubat yang disarankan oleh doktor. Beri ubat demam secara konsisten supaya suhu badannya berkurang. Pada masa yang sama sentiasa kawal suhu badannya untuk mengelak daripada meningkat kepada 40Oc yang mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan. Dalam pada itu, ubat demam yang diberi melalui dubur (pastikan ubat demam jenis ini sentiasa ada dalam simpanan anda untuk keperluan kecemasan) boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 40Oc. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Juga pastikan termometer (digalakkan memiliki termometer digital) sentiasa di dalam beg anda.

Mesti Tahu
Pengalaman seorang teman penulis memberitahu jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.

Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40Oc. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).

Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun. Situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak anda. Waspadalah jika anak demam!

artikel: PAMA

Tapi bagi Ida, Ida tak suka bagi ubat demam kt ank sbb ade drugs..memang kdg2 ade juga Ida bagi. tapi klu ank demam, Ida lebih suka tuam kepala die..bg ubat kdg2 sehari je sekali..
nak lagi bagus bagi Nutriferon dan Omega Shaklee kt ank or dengan cara SOCKS REMEDIES...

SILA KLIK DI SINI

Sunday, May 18, 2014

KENALI WARNA NAJIS BAYI

Apakah najis bayi yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan berapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan kepejalan najis itu normal ataupun tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah mula makan makanan pejal.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah mengikut pembesarannya, bermula daripada dia baru dilahirkan hinggalah ke penghujung tahun pertama usianya. Sepanjang tempoh itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula.

Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.
Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kepejalan dan warna, daripada lembut dan berwarna kuning cair kepada warna kuning dengan tompok-tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Kadang-kadang kita risau tengok najis bayi yang pelbagai warna kan? So, sini saya bagi info sedikit mengenai jenis dan warna najis bayi

1. Najis bayi baru lahir (Meconium)

Najis ni berwarna hitam, melekit2 yang mengandungi bilirubin, amniotic fluid, mucus, skin cell dan lain2 yang terdapat dalam rahim. Kebiasaannya najis ini tidak berbau.Kolostrum dalam susu ibu bertindak sebagai laxative yang akan membantu bayi anda mengeluarkan meconium dalam masa lebih kurang 3 hari. Anda tidak perlu risau dengan warna dan kelekitan najis ini kerana ini adalah perkara normal. Tapi, kalau lebih 3 hari tak habis juga najis jenis ni, sila bara berjumpa doctor yer..

2. Najis bayi yang menyusu susu ibu
Bagi bayi yang menyusu susu ibu, najis nya kelihatan kekuningan seperti golden yellow & curdled milk. Najis ini akan berwarna seperti ini sehingga anda memberi formula milk atau makanan tambahan. Najis ini has a mild smell, mungkin come with loud-even explosive- sound effect (hehhee, anak saya sulung slalu kata, adik cirit lah, umie). Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi kita sbb ada kesemua nutrient yang diperlukan untuk anak2 membesar.

3. Najis bayi yang menyusu formula milk
Najis bayi yang menyusu formula milk pulak kekuningan pekat, tetapi lebih besar daripada bayi menyusu bf. Ini kerana susu formula mempunyai molekul yang lebih besar berbanding breast milk. Najis ni agak berbau berbanding bf baby.

4. Najis bayi iron-fortified
Najis berwarma hijau.Rupanya ni la najis baby yang ada mengandungi iron. (saya ada ambik supplement iron untuk tambah darah, baik untuk yang ada anemia).Ini adalah perkara normal. Jangan takut yer. Tapi kalau bayi anada poo dia mcm ni tapi tak ada ambik apa pun iron supplement, sila rujuk doctor anda.

5. Najis bayi ambik solid food
Kalau bayi kita dah mula ambik solid food, najis dia kelihatan to be brown atau dark brown dan lebih pekat dari mentega kacang tu. dan, agak berbau..

Saturday, May 17, 2014

PUNCA BAYI CIRIT-BIRIT: RAWATAN CIRIT-BIRIT

Ramai ibu-bapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghadapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau susu formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap 5 kali sehari.
Kadang kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik sahaja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku apabila perutnya diisi penuh. Susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi dan menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakkan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari. Pergerakan usus bayi yang mengambi susu formula ialah sekali sehari dan selalunya najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas sebulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir pada kadar yang kerap sebanyak satu kali setiap kali dia menyusu, atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badan mula menurun ia mungkin cirit birit. Jadi berjumpalah dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga.

Punca Cirit-Birit.


Punca utama cirit-birit adalah virus yang bergelar rotavirus. hampir ke semua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastreonteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus keluar tanpa menyebabkan sebarang nutrien.

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh:

  • susu formula yang tidak disediakan dengan sempurna, 
  • selsema
  • antibiotik
  • keracunan makanan
  • alergi
  • kekurangan enzim tertentu.(jarang berlaku)
Cara Pencegahan
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit yang disebabkan oleh mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria selepas memegang benda yang kotor atau selepas ke tandas.

Rawatan
Jika bayi anda mengambil susu badan atau susu formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buah-buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak cair (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan boleh menjadikan cirit-birit semakin teruk.)

*jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatagkan kesan sampingan yang serius.
Bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit
ini kerana elemen dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Bilakah harus memanggil doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, selalunya ia boleh berhenti sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan.

Jadi jangan bertangguh memanggil doktor pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • kulit atau bibir kering
  • lemah dan lesu
  • menangis tanpa air mata
  • ubun-ubun menurun
  • tangan dan kaki pucat
  • air kencing kuning pekat.
Seharusnya anda berbincang dengan doktor jika anak anda:

  • tidak mahu minum
  • demam lebih dari 24jam
  • terdapat darah dalam najisnya
  • cirit-birit bersama dengan muntah lebih dari 24jam
  • perut kembung atau buncit
Jika bayi anda kurang selesa semasa cirit-birit,peluklah dia dan tenangkan hatnya seberapa boleh. Pastikan badanya kerinh. Berikan perhatian dan lembutkanah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Yakin , tenang dan banyakkan berdoa...bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa..

Tuesday, May 13, 2014

CARA MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

Kelahiran bayi amat dinanti-nantikan oleh pasangan yang ingin menimang cahaya mata.Namun sudahkah anda bersedia untuk menguruskan pelbagai keperluan untuk bayi yang baru lahir ini?

Bayi yang baru lahir amat memerlukan perhatian dan pengurusan yang sangat teliti dari ibu bapa.Bagi pasangan yang baru pertama kali mendapat cahaya mata,pasti banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami.

Salah satu perkara paling penting dalam menguruskan bayi ialah cara untuk memandikannya.Keadaan bayi yang baru lahir sangat lembut dan sensitif memerlukan kita melakukan apa sahaja dengan berhati-hati dan penuh ketelitian.Saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk memandikan bayi yang baru lahir...jom kita baca...

  • masukkan air suam dan periksa air dengan siku.Jangan gunakan air sejuk kerana suhu badan bayi akan menurun atau hiportemia.Badan bayi mudah terkejut terkena air sejuk ,menjadi biru dan mudah berisiko untuk terkena sawan.Disarankan juga tidak memasang kipas dan membuka tingkap.Alasannya untuk mengelakkan bayi mudah berasa sejuk.
  • waktu sesuai untuk memandikan bayi ialah antara 10 pagi hingga 5 petang
  • jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel.Sebaiknya bedung bayi anda dengan kain napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk
Langkah 1 ~ cuci muka bayi dengan kapas atau sapu tangan yang dicelup dengan air suam.Lapkan di bahagian mata dahulu.

Langkah 2 ~ (bersihkan kepala bayi) ampu kepala bayi dan kepitkan telinga bayi dengan jari supaya air tidak masuk ke dalam telinga.Letakkan sedikit syampu dan gosokkan kepala bayi dengan lembut.Ketika ini sikat rambut bayi untuk mengeluarkan lendir yang melekat.Keringkan rambut bayi sebelum ke proses seterusnya.

Langkah 3 ~ Siram badan bayi sedikit demi sedikit,gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.Bersihkan di bahagian lipatan seperti paha,ketiak, kaki dan punggung.Akhir sekali bilas dengan air dan lap hingg kering.

Langkah 4 ~ jika tali pusat bayi belum tertanggal,bersihkan tali pusat bayi dahulu sebelum dipakaikan baju.Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat khas untuk cucian pusat bayi.Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah.Kemudian lap di sekeliling pusat dan bersihkan klip tali pusat.Satu kapas untuk satu kali lap untuk mengelakkan 'infection'.Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering,jangan sapukan sebarang minyak,bedak,ubat atau pelembab yang tidak disarankan oleh doktor.

Langkah 5 ~ bolehlah disapukan losyen atau sedikit bedak pada bayi serta dipakaikan baju bayi.

PENTING : IBU WAJIB MENYUSUKAN BAYI SELEPAS MANDI KERANA BAYI BERASA LAPAR SELEPAS MANDI...SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK...


Itu sahaja perkongsian untuk kali ini.Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana....berilah perhatian dan belaian yang lebih untuk bayi anda...

Thursday, May 8, 2014

HERNIA PADA BAYI : PENTING TUAM ALAT KELAMIN

Assalammualaikum..

Alhamdullilah, kedua2 anak Ida takde masalah hernia ni. Selepas dilahirkan Ida memang akan tuam alat kelamin selepas mandi. Asyraf rajin tuam, tapi time Aqil jarang sebab kelam kabut skit..heheh..tp alhamdullillah Aqil xde masalah angin pasang.



Okeh, ini Ida kongsikan dari Majalah Mingguan Wanita



Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.

Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.

Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.

Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, pusat, ari-ari dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.
Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun-daun herba. 


Bahan-bahan yang dimasukkan kedalam punjut adalah jintan hitam, lada hitam, biji sawi, pasir, halba. Bahan-bahan ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis. Manakala daun-daun herba yang sering digunakan untuk menuam adalah daun sirih, daun kecubung dan daun mengkudu. Daun-daun ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan.

Sunday, April 27, 2014

MAKANAN PELENGKAP BAYI

PANDUAN MAKANAN PELENGKAP BAYI 
6 BULAN KE ATAS

KUMPULAN BIJIRIN

■Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
■Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR2AN

■Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
■Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
■Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.

BUAH-BUAHAN

■Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
■Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
■ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
■ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG

■Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA)dan kacang pis sejuk beku.
■Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

LEMAK DAN MINYAK

■Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.
Alahan Makanan

Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
1.Putih telur
2.Kacang
3.Makanan laut
4.Gandum
5.Buah limau

ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.
Garam, Gula dan Bahan Perasa

TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
■Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.
Cara Memberi Bayi Makan:
 ■Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
■Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
■Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
■Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.

Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.


6 BULAN Minggu 1 Tekstur
■Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)

Kekerapan
■1x pada 2-3 hari pertama
■2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
■Kanji/beras + SI
Minggu 2-4 Tekstur
■Lecek (sedikit kasar dan pekat)

Kekerapan
2-3x sehari

Contoh makanan
■Bijirin beras + SI
■Kentang lecek halus
■Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
■Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein 
■Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
■Tauhu lembut (tidak berperisa)
■Kacang pis (lecek)
■Hati ayam (hancur)
■Ayam (lembut dan dihancurkan)
■Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
■Daging lembut (hancur)

7 BULAN Minggu 1 Tekstur
■Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut

Kekerapan 
■3-4x sehari
Contoh makanan 
■Kanji/beras + SI
■Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
■Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
■Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein 
■Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
■Tauhu lembut (tidak berperisa)
■Kacang pis (lecek)
■Hati ayam (hancur)
■Ayam (lembut dan dihancurkan)
■Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
■Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut) 
■Roti lembut
■Biskut bayi (tanpa gula)
■Buah-buahan (pisang, betik)
■Lobak merah
■Keju

9-11 BULAN Minggu 1 Tekstur 
■Lembut, cincang ataupun potong kecil

Kekerapan 
■3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)

Contoh makanan 
■Nasi lembik

■Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
■Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)

■Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
■Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
■Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
■Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu

Sumber protein 
■Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
■Tauhu lembut
■Kacang pis
■Hati ayam (hancur)
■Ayam (lembut dan dihancurkan)
■Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
■Daging lembut (cincang)
■Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

Sunday, April 20, 2014

PERTUMBUHAN GIGI ANAK

GIGI PERTAMA SI KECIL :
 MENGATASI RAGAM ANAK 

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.




Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :


Kegatalan Gusi

Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi Sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang Makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi


1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah Gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

Thursday, April 10, 2014

SENARAI KEPERLUAN BAYI BARU LAHIR

KEPERLUAN MENYAMBUT BAYI BARU LAHIR

Di sini ida ada senaraikan keperluan yang diperlukan oleh ibu bapa untuk menyambut kedatangan cahaya mata tak lama lagi.

  • Baju baby... Ada 4 pilihan. Baju lengan pendek, baju xdak lengan, baju lengan panjang. Siang time boleh pakaikan dia baju lengan pendek or baju yang tak ada lengan. N pakaikan ler dengan sluar pendek. Sian kan panas. Malam pulak pakaikan baju lengan panjang or lengan pendek pon boleh . N pakaikan dengan seluar panjang. Ini boleh didapati di supermarket/pasaraya mcm kat penang tempat kak ni, antara tempat yang best utk soping newborn baby di tesco, sunshine square n jaya jusco, queensbay. kak banyak beli baju kale putih sbb tok kak kata kalo baby pakai baju color putih, senang kita nak tengok kalo ada semut ka, or binatang halus yang sibok nak merayap kat baby kita yer.
  • Lampin baby... biasa kat supermarket jual dalam bundle 10-12. Brand Anakku.. n macam2 lagi brand kak rasa. Lampin ni kita boleh buat kain utk bedung baby. Kain ni nipis jer, kalo siang-siang tak mau baby kita terkejut so kita boleh bedung baby dgn lampin jer. Kalo baby terkejut nanti dia menangis le kan.. hehe.. so kena pujuk dia bagi dia cool semula..
  • Tuala baby. buat apa lagi le kan tuala baby ni, pasti le untuk mandikan dia kan, hehe
  • Barut baby. Kalo barut kak suka soping online, sebab barut online lagi puashati le kak ingat. Or boleh jer upah soh orang jahit jugak. Kat supermarket pon ada barut ni, tapi ianya kecik sangat n pendek kebanyakannya tu. Barut ni penting untuk baby sebab perot baby senang masuk angin. So, bila pakaikan baby dengan barut, kurang le sikit anginnyer tu. baby pon selesa n tak banyak meragam.
  • Minyak telon ataupon minyak yuyi. Eh macam salah jer yer spelling tu.. Minyak telon baby. Untuk baby yang baru beberapa hari lahir kita biasa sapu minyak telon. Sapu bawah tapak kaki dia, kat ari-ari dia n kat perut dia. kat betis dia pon boleh sapu jugak. Minyak telon ni pon ada banyak brand jugak. Boleh pilih jer yer. Kak biasa guna yang ni.. (spt gambar) n kak jugak sediakan minyak yuyi sebab minya yuyi ni memang membantu menghindarkan baby drpd dijangkiti selsema. Kalo nak sapu minyak yuyi ni kat baby hati-hati yer minyak yuyi ni panas sikit, kulit baby halus mulus lagi, so sapu sikit2 n layang2 sudah yer. 
  • Wet tissue. Tisu basah ni perlu okay, sebab kalo baby kencing or berak, kita just salin pampers baby jer guna wet tissue, tak payah bawak baby pi toilet. Bukan baby berak banyak n kencing banyak pon. Tapi kalo tahi dia banyak bwk le p toilet yer. lebih afdal kan, hihi. Brand yang kak rekemen, brand Anakku
  • Lapik getah or changing mat .. buat lapik le. masa nak tukar pampers baby tu.. tgk kat gambar ok rupaya dia. kak dah google dah image2 berkenaan. 
  • Baby cot... atau katil baby. Kalo anak pertama kak ingat tak payah kot. Kalo anak kedua maybe patut ada, baby cot ni choice lah. Ada pon takpa, takdak pon takpa. Sama macam buai, car seat, stroller, semuanya bergantung kepada keperluan. 
  • Sarung tangan n sarung kaki baby... baby dalam pantang better pakaikan sarung tangan n sarung kaki ni sebab dipakaikan ialah selain jari jemari dia yang maybe boleh mencakar wajah2 dia, dipakaikan atas sebab angin leh masuk nanti n kembungkan perot baby. ye ker? kak pakaikan jer masa time pantang, siang malam...
  • Car seat ... untuk ibu yang berkerja bagi memudahlan letak anak untuk dihantar ke taska
  • Buaian... pilihan.
  • Cotton buds yang saiz kecil... utk bersihkan telinga baby n maybe pusat dia jugak ok after pusat baby dah luruh. N hidung dia jugak... kena bersihkan kot2 ada tahi hidung n hingus kan ...
  • Minyak gamat... standby if baby or mak baby ke yang masuk or naek hangin.. hihi\
  • Espirit... kak tak sure spelling dia, tapi ni macam cecair liquid le kan, kita sapu kat pusat baby ok, bila alat yang kepit pusat dia tu dah tertanggal or kita biasa ckp pusat dia dah luruh, sebab kita nak make sure pusat dia bersih n bebas drpd dijangkiti kuman or nanah ke.. Biasa after kita bersalin, kita mintakle kat doctor or nurse. Biasa memang nurse bagi. Or kita boleh beli kat farmasi or klinik. Bagitau le kat pharmacist or nurse kat klinik tu dia tau punya.
  • Minyak zaitun or olive oil... ni kena ada jugak, utk sapukan pada kulit baby n belakang telinga baby. Kadang2 belakang telinga baby ada macam kerak2 sikit. So kita sapu minyak zaitun bagi kerak tu lembut n lama2 dia tanggal le sendiri. Jangan kita cabut, leh berdarah nanti telinga baby sebab ada kerak tu maybe melekat kat telinga baby.
  • Pampers new born... paling penting sekali ni yer... buat apa lagi.. beli saiz newborn utk baby yang baru lahir ni. lepas size newborn, pampers size S, then size M, size L, size XL. ikot le yer baby besar mana. Baby dalam pantang biasa pakai size newborn then dia pakai size S.
  • Cloth diaper... ni utk baby yang mana mak dia nak pakaikan anak dia dgn cloth diaper. Banyak jual online, cantik2 belaka coraknyer.. boleh google sajer yer... Kak tak pakaikan anak kak dgn cloth diaper ni pasal kak xrajin nak membasuhnyer. Pilihan kak lampin pakai buang. Tapi cloth diaper ni pon bagus jugak yer. Kalo berkeinginan nak pakaikan baby cloth diaper, sila google saja yer. Cloth diaper ni boleh jimatkan duit kita beli pampers. hihi. Tapi kena rajin ler membasuhnyer.

Friday, April 4, 2014

CARA HILANGKAN RUAM PADA KULIT BAYI/ANAK

KENALI JENIS RUAM DAN CARA MENGHILANGKANNYA

 "Ada ruam di muka baby saya"
"Ini ruam susu ke apa?"
"Anak saya kena ruam lampin/pampers..."
Ini antara yang selalu kita dengar... masalah ruam pada muka mahupun kulit bayi. Takpe, jangan panik ya. Ruam ni bukanlah sesuatu yang kekal. Ia akan hilang dengan cara rawatan yang betul.

Apa nak buat bila bayi kena ruam?
(1) Langkah pertama : kena kenalpasti ruam apa... ruam panas? ruam susu? ruam lampin? eczema? atau allergy? Macamana nak tau..........???

  • Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah2 kulit berketak2 tu.
  • Ruam Susu ....kesan drpd lelehan susu yg dibiarkan/tak di lap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi.
  • Ruam Lampin ....terlalu lama dibiarkan pakai lampin/pampers yang kotor, kulit jadi merah dan radang samada di sekitar punggung bayi atau di celah peha.
  • Eczema ....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan,kuping,bengkak.
  • Allergy ....kulit merah dan gatal dgn tiba2,biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.
(2) Langkah kedua : Kalau gatal jangan sesekali garu, hati-hati pada penggunaan sabun/bedak/lotion atau krim yang ber chemical. Kulit bayi lebih sensitif. Pilihlah krim berasaskan tumbuhan semulajadi, saya sarankan Shaklee Herbal Blend Cream.
SHAKLEE HERBAL BLEND CREAM ni adalah krim serbaguna yang mudah meresap. Ibu boleh sapukan pada ruam, eczema mahupun allergy.


Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat mengatasi masalah gatal-gatal kulit... no more garu-garu!! Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit. daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
Yang best its ORGANIC and PARABEN Free!!!
Untuk kegunaan lain juga........

  • Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal
  • melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. 
  • Demam panas (disapu ke seluruh badan). Insya Allah setengah jam kemudian badan akan berpeluh
  • Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.

Nak order? sila klik



SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Google+ Followers