Showing posts with label PANDUAN MENDIDIK ANAK. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN MENDIDIK ANAK. Show all posts

Wednesday, October 12, 2016

6 CARA TINGKATKAN IQ ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Kata orang tua-tua kalau mak ayah cerdik anak pun cerdik. Boleh percaya ke? Tapi ada je mak ayah yang biasa-biasa sahaja tetapi anak-anak cerdik dan berjaya. Semua ibu bapa nak berikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Sentiasa doakan anak-anak menjadi anak yang soleh, solehah, baik, dan cerdik.




Sebenarnya tahap IQ anak-nak ni boleh dipupuk sejak di dalam kandungan lagi. Macam mana tu? Jangan beranggapan bayi di dalam perut tak boleh dengar apa yang kita katakan. Selepas dilahirkan anak-anak juga mesti diasah IQ diorang dengan pendidikan dari rumah. 


Image result for cara tingkatkan iq anak

Sebaik-baiknya nak mengajar anak-anak adalah 13 tahun ke bawah kerana pada usia ni anak-anak masih boleh menerima apa yang kita ajar.

6 CARA TINGKATKAN IQ ANAK-ANAK


1. Membaca tu jambatan ilmu. Sebenarnya dari saat anak dalam kandungan ibu-ibu dah boleh mula membaca buku-buku yang baik untuk anak-anak walaupun hanya sebuah buku kanak-kanak. Dari situ IQ anak-anak sendiri boleh dipertingkatkan

2. Pemberian susu ibu. Dalam susu ibu itu sendiri mempunyai banyak khasiat, zat yang seimbang. Memang sesuai untuk perkembangan anak-anak. Sebab itu la kita ibu-ibu ni digalakkan menyusukan anak-anak sekurang-kurangnya 6 bulan..dan paling bagus sehingga 2 tahun.

3. Permainan yang dapat mengasah minda. Bab permainan ni memang Ida titikberatkan. Perasan tak kalau beli barang mainan kat kedai ada tulis had umur tertentu untuk bermain. Ida kalau beli barang mainan kat anak mesti tengok mana yang sesuai. Contoh mainan lego pun ada size untuk umur tertentu. Lego sebenarnya bagus untuk lihat imaginasi anak-anak untuk membina. Selain tu puzzle..Ida suka belikan puzzle untuk anak-anak.


Image result for cara tingkatkan iq anak

4. Anak-anak ni ada perasaan ingin tahu. Kita ni sebagai orang tua jangan menghalang tapi memerhati. Biar anak-anak boleh belajar berdikari dan berfikir sendiri. Selalunya bila anak dah mula pandai berjalan dan memegang. Dia ada rasa ingin tahu, apa rasa benda tu.apa yang dia pegang. Macam Asyraf sekarang ni semua yang dia belajar kat sekolah mesti nak tanya. Contoh die tanya " Mummy bala tu apa?". Aduh terkial-kial mummy nak terangkan apa tu bala. 

5. Pemakanan yang seimbang. Makanan juga memainkan peranan untuk tingatkan IQ anak-anak. Beri makanan yang penuh dengan zat. Junk food kalau boleh jangan ajar sangat pada anak-anak. Bukan sampai tak boleh makan tapi jangan terlalu biarkan diorang makan. Sebab semua junk food ni ada gula yang tinggi, perisa tambahan. Ni antara punca juga anak-anak boleh menjadi terlalu hyperaktif. Pernah dengar anak-anak yang high sugar. Galakkan diorang supaya suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

6. Pengambilan Omega 3 juga membantu meningkatkan IQ anak-anak. Contoh omega 3 seperti ikan salmon,bayam,telur dan banyak lagi. Omega 3 itu sendiri membantu untuk perkembangan dan fungsi otak anak-anak.






Klik di sini untuk order 





Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Tuesday, December 15, 2015

5 CARA DISPLINKAN ANAK-ANAK DENGAN LEBIH BAIK DAN BERKESAN

Assalammualaikum...

Membesarkan anak-anak memang sangat mencabar. Semakin lama semakin sukar tambah bila anak semakin membesar. Tapi ibu bapa janganlah cepat mengalah dan mestilah sentiasa bersabar. Hasilnya pasti akan menggembirakan hati kita nanti.


Anak-anak sekarang semakin bijak jadi ibu bapa mesti banyak berfikir dan mengajar mendisplinkan anak dengan lebih mudah diterima. Ini ada 5 cara displinkan anak-anak.

5 CARA DISPLINKAN ANAK-ANAK

1. Jangan pukul anak


Ramai ibu bapa akan memukul anak untuk mendisplinkan mereka. Mungkin mereka akan dengar sekejap sahaja selepas itu akan buat lagi dan makin teruk kan. Ye Ida mengaku tak semua ibu bapa mempunyai kesabaran tahap maksimum. Seba Ida sendiri kadang-kala memang akan terlepas akan pukul anak. Kita manusia biasa dan boleh melakukan banyak kesilapan. Dan Ida yakin selepas korang pukul anak mesti korang akan berasa sedih kan. Itu la naluri seorang ibu.

Dalam Islam sendiri, hanya membenarkan ibu ayah memukul anak dengan perlahan apabila dia sudah berusia 10 tahun dan tidak mendirikan solat.

2. Mesti bertegas



Disiplin jadi lebih mudah jika bermula dari kecil dan mereka dah fahan dengan jelas tentang perturan yang korang tetapkan. Dan bila ia konsisten anak-anak akan mula terbiasa. Contoh mesti tidur tepat pukul 10 malam. Bila dah terbiasa insyaallah mereka akan buat dengan sendirinya bila dah besar nanti.

3. Lakukan denda time-out


Kalau ibu bapa diiluar negara mereka melakukan denda time out untuk mendispinkan anak-anak. Ini supaya mereka dapat menyedari dan merenung kesalahan mereka sendiri. Ida sendiri ada buat pada anak-anak terutamanya bila mereka bergaduh. Walaupun diorang mengamuk menangis. Ida biarkan sahaja. Percayalah anak-anak takkan menangis seharian. Ini juga salah satu untuk kurangkan rasa marah kita dan elak dari memukul. 

4. Jangan malukan anak di khalayak


Kalau perhatikan ramai ibu bapa yang suka memarahi anak-anak depan prang ramai. Ada yang sampai mencubit. Jangan la buat macam tu. Cuba bayangkan kalau korang sendiri dimarahi depan orang ramai, apa yang korang rasa. Malu kan, begitu juga dengan anak-anak. Perasaan anak-anak ni lebih sensitif dari kita tau.Nasihat mereka dan bercakap dengan perlahan.Insyaallah diorang akan dengar.

5. Leraikan pergaduhan adik beradik


Nama pun adik beradik kalau tak gaduh memang tak sah. Perkara biasa akan berlaku bila berebutkan barang mainan dan sebagainya. Jangan biarkan pergaduhan anal-anak berlarutan. Leraikan dan nasihatkan sorang-sorang dengan perlahan. Minta diorang berdamai dan terangkan apa kesalahan diorang dengan baik. Insyaallah anak-anak akan lebih faham.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Thursday, November 12, 2015

11 TIPS AJAR ANAK RAJIN SOLAT

Assalammualaikum...

Dari dalam kandungan sehingga anak dilahirkan, setiap hari, setiap kali bersolat kita sentiasa akan mendoakan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.



Dengan doa anak-anak la yang akan dijadikan bekalan kepada kita di akhirat nanti. Insyaallah. Semestinya ibu bapa mestilah ajar dan latih anak tentang agama terutamanya solat. Ini ada 11 tips ajar anak rajin solat untuk dikongsikan.



11 TIPS AJAR ANAK RAJIN SOLAT

1.Biasakan anak mendengar laungan azan





Biasakan dan ajar anak mendengar laungan azan sejak kecil. Kalau rumah dekat dengan masjid atau surau lagi bagus. Kalau jauh cukupla dengar dari televisyen je Ajar anak untuk berenti bermain atau bercakap masa dengan azan. Ini secara tak langsung untuk ajar anak supaya menghormati laungan azan.

2.Ajar anak doa selepas azan


Anak kecil ni memang cepat ingat apa yang kita ajar atau apa yang die lihat. Sebab itu la ibu bapa mesti tunjukkan teladan dan tabiat yang baik kepada anak-anak. Rajinkan diri membaca doa selepas azan sebaiknya bersama-sama anak-anak. Insyaallah satu hari nanti kita akan terkejut bila mereka boleh membaca doa sendiri.

3. Didik solat sejak bayi




Jangan kata masa anak masih bayi tak boleh ajak solat bersama. Mestilah boleh dengan cara mendukungnya Pastikan masa itu anak dalam keadaan bersih, dah tukar lampin. Kalau tak larat cukup sekadar letak anak di sebelah. Anak masih bayi insyaallah takkan menganggu solat kita pun.

4. Ajar anak mengambil wuduk




Kadang kala anak suka tiru kita terutamanya semasa berwuduk.Biarkan je. Ini salah satu proses nak ajar mereka tentang cara berwuduk. Ida pun suka biarkan Asyraf ambil wuduk sama-sama dengan Ida. Alhamdullilah..kadang-kadang sebelum solat dia kata nak amik air sembahyang kejap.Comel je kan...hehehe. Lebih baik tampal poster cara berwuduk dengan betul di pintu bilik air supaya anak mudah nak ikut.

5. Dengarkan anak bacaan dalam solat




Semasa solat sebaiknya kuatkan skit suara supaya anak dengar apa yang kita bacakan. Kalau kita selalu membawa anak bersama ke surau atau ke masjid tentu takde masalah. Tapi tak ramai yang suka bawa anak sebabnya takut anak menganggu jemaah yang lain. Jadi semasa di rumah, dengarkan apa yang kita baca semasa solat. Masa diluar solat pu kita boleh ajar juga.

6. Solat berjemaah




Amalan solat berjemaah dengan keluarga sememangnya amat bagus diamalkan oleh setiap keluarga. Mungkin bagi ibu bapa yang berkerja tak sempat setiap hari. Tak salah juga setiap hujung minggu atau cuti solat jemah bersama-sama. Ini juga dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

7. Ajar anak berwirid




Biasakan anak mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama.

8.Berdoa untuk anak




Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh dan solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Anak-anak mesti akan gembira dan seronok bila kita menyebut namanya dalam doa kita.

9. Berikan anak pujian




Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ini dapat memberikan mereka semangat untuk solat dengan lebih baik. 

10. Tegur kesilapan solat anak

Kalau anak ada lakukan kesilapan semasa solat tegur la dengan cara baik. Mereka masih kecil dan masih sedang belajar. Teguran biarlah secara berhemah dengan cara meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil bagi sedikit pujian.

11. Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40




Amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang sentiasa mengerjakan solat.Maksud ayat 40 surah Ibrahim: 



Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Tuesday, October 20, 2015

10 CARA MEMBANTU ANAK BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Assalammualaikum...

Kanak-kanak memang suka bermain. Walaupun semasa makan atau pun sedang belajar mereka suka bermain terutamanya pada usia 6 tahun ke bawah. Masa ni otak pemikiran mereka suka terokai dan ingin tahu semua perkara.


Sebenarnya masa ni la paling sesuai nak ajar benda dan perkara yang baik. Sebab itu la ibu bapa kena tunjukkan teladan yang baik. Tapi bagaimana nak ajar jika mereka suka bermain? Mesti la ada caranya. Ini ada 10 cara membantu anak belajar sambil bermain.

10 CARA MEMBANTU ANAK BELAJAR SAMBIL BERMAIN

1. Mewarna


Warna dan kanak-kanak memang sangat sinonim. Anak-anak boleh duduk berjam lamanya hanya fokus pada mewarna. Mereka suka warna warni macam ni. Walaupun bersepah atau kotor, jangan la marah. Aktiviti sebenarnya membantu dan merangsang anak-anak untuk mengenal pelbagai warna. Gunakan segala peralatan mewarna seperti pensel warna, krayon, warna air dan sebagainya. Boleh juga buat warna sendiri seperti ini.

2. Berimaginasi dengan kadbod


Hampir semua kanak-kanak gemar bermain dengan kertas kotak atau kadbod. Mereka boleh berimaginasi menjadikan kotak sebagai kereta, kapal terbang, rumah anak patung dan sebagainya. Kalau korang lebih kreatif boleh tambah aksesori tambahan pada kadbod tu. Contoh seperti kereta, letakkan lampu dan nombor plat.

3. Doh mainan


Kanak-kanak kan suka benda warna warni. Permainan doh membantu untuk merangsang daya kreaktiviti mereka untuk membentuk objek ikut pada imaginasi diorang. Doh mainan ini boleh juga dibuat sendiri menggunakan tepung. Boleh klik di sini

4. Menggunting dan melekat


Jika diperhatikan setip kali kita menggunakan pisau atau gunting, anak-anak mesti nak ambil untuk mencuba. Sekali sekala berikan peluang untuk mereka untuk mencuba. Belikan gunting plastik yang dijual di kedai buku. Masa diorang menggunting ni ibu bapa kena la berada di sisi bersama, pantau benda-benda macam ni. Mereka tak tahu benda ni berbahaya. Berikan gunting dan kertas. Biarkan mereka gunting dan lekatkan. Ini merangsang kemahiran motor halus mereka.

5. Memasak bersama


Tak salah kalau sekali sekala ajak anak memasak bersama di dapur tak kira lelaki atau perempuan. Contohnya buat kek atau muffin bersama-sama. Biar dia pelajari proses memasak macam mana. 

Asyraf memang suka tolong Ida kalau Ida ada kat dapur.Ada je die minta lobak merah la,sayur la nak potong.

6. Kraf daun kering


Keluar dari rumah dan kutiplah beberapa helai daun kering yang gugur. Kumpulkan pelbagai bentuk dan jenis. Kemudian tampal pada buku. Berikan pada anak-anak pen penanda dan lakarkan mata, mulut dan telinga pada kertas bagi membentuk satu karektor seperti ular, kucing dan sebagainya.

7. Bermain blok kayu


Aktiviti ini bagus untuk merangsang kreativiti dan daya imaginasi anak. Permainan blok kayu boleh dikatakan antara mainan asas mesti ada dalam koleksi alat permainan anak. Walaupun ramai yang tak suka sebab bersepah tapi sebenarnya ia bagus untuk anak-anak untuk membantu membina keyakinan diri.

8. Origami


Ini salah satu aktiviti yang paling digemari kanak-kanak. Ibu bapa perlu menunjukkan cara dan anak akan mengikut langkah-langkah tersebut. Ia membantu anak meningkatkan kemahiran otot tangannya ketika belajar membuat lipatan itu.

9. Dress up atau fesyen


Permaianan ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Ibu boleh letakkan satu tempat khas yang penuh dengan aksesori, skaf dan sebagainya untuk anak-anak berlain. Ini akan membantu mereka berimaginasi dengan gaya yang disukainya sekaligus membantu tingkatkan keyakinan diri. 

10. Tiru lakonan watak


Kanak-kanak sangat suka bermain meniru watak atau peranan seseorang. Mudah dilihat jika mereka menonton kartun di tv. Mesti ada sesuatu gaya yang mereka suka ikut nanti. Sebab itu la ibu bapa kena pantau apa yang dilihat oleh anak-anak supaya tak menjadi tabiat atau perlakuan yang tak baik masa akan datang. Cara ni akan membantu anak-anak untuk bercakap dengan lebih lancar dan baik. 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Saturday, October 10, 2015

DIY FLASH CARDS

Assalammualaikum...

Dua hari lepas Ida saja la datang idea-idea dari group Homeschooling ni nak latih anak-anak belajar dari rumah. Rasanya sejak masuk group ni terasa macam-macam idea nak buat untuk pembelajaran anak-anak. Nak penuhkan aktiviti di rumah.



Nak kata anak-anak Ida jenis suka tengok tv tak la jugak.Ida pun takkan buka kartun yang merepek-repek ni. Selalunya buka yang membantu pembelajaran diorang. Asyraf banyak belajar sebenarnya dari cerita-cerita kartun dalam tv. Ada benda tak elok Ida akan betulkan. Cakap pun nak "speaking" je.huhuhu

DIY FLASH CARDS

Idea ni datang tiba-tiba je kebetulan anak-anak dok mengacau mummy die update blog so mummy pun berhenti kejap dan mulakan operasi.

Terjumpa la buku mewarna binatang yang Asyraf dah memang tak guna dah. Ida potong dan buat la flash cards kat die.


Kertas guna kertas kotak je dan tulis sendiri. Simple guna barang yang ada tapi xpelah anak-anak suka. Hari-hari mintak ajar walaupun die dah tahu sebenarnya nama binatang tu.

Buat ibu-ibu yang nak try Homeschooling untuk anak-anak boleh la join group ni. Korang boleh belajar dari sana


Tuesday, September 15, 2015

8 CARA PUJUK ANAK YANG SUKA BALING BARANG

Assalammualaikum..

Emosi anak bila umur semakin meningkat memang akan berlainan. Masing-masing ada cara diorang tersendiri. Macam orang dewasa juga, kita tak boleh nak jangka apa mood diorang masa tu. Sedih ke gembira ke. Anak-anak lagi la diorang tak boleh nak bercakap tapi tunjukkan dalam bentuk perbuatan.


Selalunya anak tunjukkan emosi pada usia 18 bulan hingga 3 tahun. Masa ni la memang ibu-ibu rasa sangat tercabar. Ada anak-anak yang suka menangis, ada yang suka baling, ketuk kepala ada juga yang suka baling barang. Ini ada 8 cara pujuk anak yang suka baling barang

8 CARA PUJUK ANAK YANG SUKA BALING BARANG

1. Pegang tangannya


Masa anak melontar barang pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan dengan benda lain seperi bola plastik. Alihkan perhatian die dengan ajak bermain permainan yang baru.

2. Jangan jerit


Kita bila anak suka lempar barang kita pun akan menjerti. Elakkan dari jerit sebab die sedang belajar, dengan cara baling barang ia akan menjadi satu ancaman pada korang supaya keinginan die akan diberikan.

3. Pandang matanya dan berkata


Anak pada usia ini tidak akan mendengar si ibu yang membebel. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, “Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti.”

4. Lontar bersama


Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Apa kata korang sekali sekala baling sekali dengan anak-anak. Baling barang plastik la ye..

5. Konsisten


Bila korang dah larang, jangan bagi die buat lagi. Jangan terlalu layankan anak-anak yang merengek sebab tak dapat baling barang. Jauhkan dari barang bahaya dekat dengan die.

6. Suap atau berhenti


Jika anak suka baling makanan jauhkan makanan dari die. Angkat terus pinggan suapkan pada anak perlahan-lahan sehingga anak kenyang.

7. Cuba masuk dunia si kecil


Kenal pasti sama anak sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah. Kalau die baling sebab marah peluk la die sampai tenang. Jangan cuba bercakap sebab korang pun mungkin dalam keadaan marah.

8. Pujuk dan lakukan bersama


Jangan memaksa anak mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak: “Sayang, mari kita cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya!”

Ida pun masih dalam mood nak ajar anak-anak. Si Aqil memang suka baling barang, tapi Ida suka biarkan. Mungkin selepas ni kita boleh sama-sama belajar dari kesilapan.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Wednesday, July 29, 2015

10 TIPS BANTU ANAK LEBIH SIHAT DAN CERIA

Assalammualaikum..

Bukan kita je yang nak hidup yang lebih sihat begitu juga dengan anak-anak. Semestinya kita sendiri pun nak anak kita hidup dengan gaya lebih sihat. Taknak la anak-anak selalu jatuh sakit dan ada penyakit. Semuanya penyakit datang dari-Nya tapi kita sendiri boleh elakkan dari semua ni berlaku kan.




Anak-anak terdedah dengan macam-macam pencemaran di sekeliling mahupun di rumah ataupun di sekolah. Pemakanan yang tidak sihat juga mempengaruhi kesihatan anak-anak.Ini ada 10 tips bantu anak lebih sihat dan ceria.


10 TIPS BANTU ANAK LEBIH SIHAT DAN CERIA

1. Kita sebagai model



Anak akan ikut apa yang kita buat. Jika kita lakukan perkara yang salah,anak juga akan ikut. Jadi bila kita amalkan pemakanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, anak juga akan cuba makan apa yang kita makan.

2. Berfikiran positif


Anak-anak yang baru belajar memang tak suka perkara yang diorang lakukan dimarah dan ditegah. Apa kata korang wujudkan perkara yang positif,tegur mereka denga secara baik. Kalau perkara yang baik,puji mereka dan berikan ganjaran. Anak-anak memang suka dipuji,percaya la..

3. Lakukan bersama



Lakukan aktiviti bersama-sama. Contohnya kalau korang suka berjogging apa kata ajak sekeluarga juga berjogging. Bawa anak-anak mesti diorang akan rasa seronok. Malah badan anak pun akan lebih cergas kan. Paling senang main sorok-sorok dalam rumah. Mesti seronok.

4. Lakukan dengan realistik

Jika kita nak melihat anak kita berubah kita mesti lakukan dengan beransur-ansur,bukannya secara drastik. Ini memberikan kejutan pada mereka dan mereka mungkin tak dapat nak terima perubahan tersebut.

5. Hadkan masa depan TV


Hadkan masa diorang menonton kartun dan bermain video game supaya mereka tak jadi ketagih. Bila anak-anak dan ketagih mereka akan jadi malas dan mengundang pada gaya hidup yang tidak sihat. Malah mungkin membuatkan mereka taknak makan dan makan makanan yang tidak sihat. Jangan biarkan mata anak-anak tertumpu pada 1 objek sahaja. Biar mata mereka bergerak perhatikan sekeliling.

6. Ketahui keistimewaan anak-anak



Setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Masa yang terluang apa kata korang korek apa keistimewaan mereka. Mungkin dalam tidak sedar sebenarnya anak kita seorang pelukis yang baik atau mungkin pandai berenang. Biar mereka lakukan aktiviti yang diorang suka.

7. Berikan ganjaran yang baik



Jika korang nak berikan ganjaran kepada anak. Elakkan ganjaran yang tidak sihat seperti menonton tv atau bermain video game. Cari cara lain untuk beri ganjaran pada mereka contonhya "Kalau abang simpan mainan dalam bilik,mummy akan belikan buku yang baru". Ini la teknik yang selalu Ida cakap kat Asyraf.hehehe. Kalau die nangis Ida pujuk la nak bagi gula-gula tapi 1 je. Tapi bukanlah setiap kali nangis Ida nak bagi.hehehehe

8. Makan bersama-sama



Amalkan makan bersama-sama setiap hari. Kalau ibu bapa yang bekerja mungkin tak sempat nak makan tengahari bersama. Takpe makan malam bersama-sama. Kalau tak sempat makan malam sekurang-kurangnya setiap hujung minggu habiskan masa bersama-sama keluarga dan anak-anak.

9. Perhatikan anak-anak

Pastikan dan perhatikan anak-anak sentiasa sihat. Kalau nampak anak-anak tiba-tiba diam atau tak aktif,cepat-cepat periksa suhu atau sebagainya. Kalau anak dah pandai cakap senangla nak tanya, ni kalau yang belum pandai cakap. Kita la kena tahu apa puncanya. Kalau rasa suhu anak tinggi,cepat-cepat la bawa ke hospital. Jangan lengahkan masa!

10. Buat permainan membaca label



Sekali sekala buat permainan untuk anak-anak membaca label makanan yang sihat. Tunjuk la gambar lobak merah. Terangkan warna dan katakan ia bagus untuk mata. Ida selau cakap macam tu kat Asyraf. Setiap kali die nampak lobak merah,mesti die akan cakap " Ini carrot untuk mata". Asyraf cakap campur-campur..melayu dengan english. Tu yang kadang-kadang gaduh juga dengan die. Ida kata ni singa,die kata bukan la ni lion. Pastu jenuh kena terangkan singa dan lion tu sama..huhuhu



Gabungan lengkap 4 supplement ini untuk membantu anak-anak lebih sihat dan pandai. Set anak pintar sihat ni membantu meningkatkan metabolisma dan sistem imun anak-anak. Sekaligus merangsang perkembangan otak dan daya kefahaman mereka di sekolah.

Antibodi anak-anak sememangnya tak kuat macam kita. Mereka mudah diserang sakit terutamanya anak-anak yang dihantar seharian di taska. Kalau antibodi anak tak sihat,mudah dijangkiti sakit anak-anak yang lain.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Google+ Followers