Showing posts with label KHASIAT BUAH. Show all posts
Showing posts with label KHASIAT BUAH. Show all posts

Wednesday, February 17, 2016

10 KEBAIKAN SERAI UNTUK KESIHATAN

Assalammualaikum...

Biasa la kadang-kadang kebuntuan juga la nak update blog ni. Tambah Ida menag suka share bab kesihatan dan kecantikan ni so kenala study dulu kan.



Cakap psal serai. Siapa la kalau tak pernah gunakan serai kan. Kalau boleh setiap rumah mesti ada tanam pokok serai ni. Nak buat nasi goreng pun sedap kalau letak hirisan serai ni. Ini santai-santai Ida nak kongsikan 10 kebaikan serai untuk kesihatan .



10 KEBAIKAN SERAI UNTUK KESIHATAN

1. Memutihkan gigi 





Bagi perokok masalah gigi kuning memang biasa kita lihat tapi ini akan menganggu penampilan sesorang. Jangan risau, tumbuk halus 2 batang serai yang dipotong kecil dan campur sedikit kapur dan gosok pada gigi. Lakukan 3 kali seminggu dan lihat perubahannya.

2. Mengatasi masalah perut 




Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

3. Serai sebagai 'Pain Killer' 




Kita ni bila sakit gigi, sakit otot dan sendi mesti akan cari ubat tahan sakit atau pain killer. Apa kata selepas ni minum teh limau campur serai. Ia akan membantu sebagai ubat tahan sakit korang.

4. Detoksifikasi




Serai dapat membantu melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

5. Melegakan senggugut




Bila datang bulan, wanita memang akan mengalami masalah sengugut yang teruk. Ada tu sampai berguling-guling atas katil. Apa kata amalkan teh serai setiap pagi masa datang bulan.Malah rasa nak muntah pun boleh hilang. 


6. Agen pencegah kanser 




Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

7. Menurunkan tekanan darah




Serai juga membantu untuk turunkan tekanan darah dan merangsang peredaran darah dengan lebih baik. Malah amalan minum segelas air serai setiap hari membantu menurunkan hipertensi.

8. Mencantikkan kulit




Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Kandungannya membantu untuk menghilangkan jerawat dan dijadikan sebagai penyegar wajah.

9. Mengubati infeksi kulit




Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

10. Sebagai diuretik




Serai juga diketahui berkhasiat sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Caranya dengan merebus akar serai dalam 5gram kemudian minum air rebusan segelas/ Amalkan 2 kali sehari.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Monday, January 4, 2016

12 KEBAIKAN BAWANG PUTIH YANG MUNGKIN AKAN MENGEJUTKAN KORANG!

Assalammualaikum..

Bawang putih memang selalu korang akan gunakan untuk memasak. Kalau takde bawang putih memang tak sedap. Ada tu memang suka letakkan bawanhg putih dengan banyak, Baru terasa kesedapannya. Kalau orang Korea diorang memang suka makan bawang putih ni. Makan mentah je pun boleh.


Bawang putih terkenal sebagai penawar kesihatan semulajadi yang telah digunakan sejak dahulu lagi untuk merawat pelbagai penyakit. Malah bawang putih juga sudah diproseskan menjadi serbuk kering atau kepingan yang terjual di mana-mana pasaraya. Ini ada 12 kebaikan bawang putih yang mungkin korang tak tahu.


12 KEBAIKAN BAWANG PUTIH

1. Meningkatkan sistem imum


Ia membantu untuk kuatkan sistem imum badan dan melawan penyakit berjangkit seperti selsema,kulat,kuman,virus dan yis candida. Petua orang lama makan seulas bawang putih dan dicelup dalam madu sebagai ubat selsema. Cuba la! Kalau anak-anak Ida suka nuat minyak bawang putih.Memang berkesan!

2. Kurangkan masalah keguguran rambut





Bawang putih mampu mengurangkan masalah keguguran rambut. Ini kerana tahap yang tinggi allicin, sebatian sulfur yang serupa dengan yang terdapat dalam bawang, yang ditemui untuk merawat kehilangan rambut dengan berkesan. Gosok bawang putih pada kulit kepala selama 2 minggu dan lihat perubahannya. Atau boleh juga buat minyak bawang putih dan dijadikan minyak rambut. 

3. Ubat jerawat semulajadi



Ubat jerawat yang dijual di farmasi memang akan menghakis kulit. Ida pernah guna dulu ubat hospital, jerawat hilang tapi kulit la kena tahan seksa pedih sekejap. Apa kata selepas try menggunakan bawang putih plak, ubat jerawat semulajadi. Ia merupakan antioksidan yang tinggi untuk hilangkan jerawat, Gosok je bawang putih pada jerawat dah lihat kesannya. 


4. Redakan penyakit kulit psoriasis


Disebabkan bawang putih telah menunjukkan ciri-ciri antiradang, ia boleh digunakan untuk mengurangkan atau meredakan penyakit kulit proriasis. Cuba sapukan minyak bawang putih pada kawasan ruam pada kulit.

5. Mengurangkan berat badan


Bawang putih boleh membantu korang dalam mengawal berat badan.Menurut pakar pemakanan Cynthia Sass, yang telah menjalankan satu kajian pada seekor tikus dan menunjukkan makanan yang mengandungi bawang putih dapat mengurangkan berat badan mereka. Jadi setiap kali kita masak dengan menggunakan bawang putih secara tak langsung dapat mengawal berat badan kita. I loike!

6. Mengeluarkan serpihan pada kulit


Kadang kalau bila serpihan kaca atau kayu yang masuk ke dalam kaki memang susah nak dikeluarkan. Bawang putih merupakan salah satu penawar tradisiomal zaman dulu untuk membantu mengerlukan serpihan pada kulit. Letakkan seulas bawang putih dan balutkannya.  

7. Mengurangkan masalah kaki berbau


Busuk tak kaki korang kalau pakai kasut terlalu lama? Atau pada para atlet yang sentiasa berpeluh. Masam bau kan? Dengan ciri-ciri anti fungal di dalam bawang putuh membantu untuk mengatasi masalah kaki berbau. Caranya rendan kaki korang dalam air suam dan bawang putih yang telah dihancurkan.

8. Ubat penahan gigitan nyamuk


Kalau korang tengok citer vampire aka pontianak mesti tak suka bau bawang putih kan. Ada kaitan ke?Satu kajian di India telah mendapati bau bawang putih pada anggota badan akan mengelakkan gigitan sebarang serangsa seperti nyamuk. Nyamuk kan hisap darah sama la juga macam vampire.hahahaha. Kalau dalam hutan korang try letak bawang putih berhampiran korang, nyamuk mesti taknak datang dekat.  

9. Gam semulajadi


Kalau perasan setiap kali potong bawang mesti akan rasa macam melekat kan? Ini kerana bawang putih mempunyai kualiti pelekat semulajadi. Nak rasa anak-anak selamat menggunakan gam. Hancurkan beberapa ulas bawang ptuih dan bagi mereka gunakan untuk gam apa-apa pun. Kalau termakan pun masih selamat kan cuma berbau la skit.hehehhe

10. Racun perosak pada tumbuhan


Stress rasa kalau tengok pokok yang kita tanam habis dimakan serangga perosak kan? Ha...buatkan racun perosak dengan menggunakan bawang putih. Campurkan bawang putih, air, dan sabun cecair dan semburkan pada tumbuhan.

11. Menurunkan kolestrol


Kajian telah menunjukkan manfaat mengambil bawang putih sangat bagus untuk penyakit jantung. Ia akan menurunkan kolestrol LDL,trigliserid dan kelikatan darah,bekuan darah dan akan meningkatkan HDL, melindungi jantung serta menghalang strok dan penyakit koronari.

12. Mencegah kanser


Ia membantu untuk mengelakkan dan merawat kanser dengan mengurangkan tanda awal kanser (nitrosamine)



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Wednesday, November 18, 2015

6 KHASIAT KOPI,PAHIT TAPI SEDAP

Assalammualaikum...

Siapa sini peminat tegur air kopi? Tak kisah kopi jenis macam mana pun.Walaupun pahit sebenarnya sedap. Tapi jangan pula sampai keterlaluan. Cukup la sekadar sehari secawan kopi. jangan pula bercawan-cawan nanti datang pula masalah lain.


Kopi sebenarnya sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Ianya kaya dengan kandungan antioksidan dan nutrien yang mampu meningkatkan kesihatan menyeluruh. Malah ada kajian yang dijalankan turut menunjukkan bahawa mereka yang menggemari kopi mempunyai risiko rendah untuk segala jenis penyakit. Ini ada 6 khasiat kopi yang nak dikongsikan.

6 KHASIAT KOPI

1. Tingkatkan tenaga


Setiap kali bila letih dan penat mesti kita akan minum kopi kan,sebab apa? Ini kerana ianya kaya dengan kandungan kafein, yang mana ianya merupakan bahan psikoaktif yang kerap diambil di seluruh dunia. Fungsi otak akan lebih aktif termasuklah aspek dari segi memori, mood, waspada, tahap tenaga, masa tindakbalas dan fungsi kognitif am.

2. Pembakaran lemak.


Bila bercakap dengan produk pembakar lemak, kita mesti berhati-hati dalam memilihnya kerana kebanyakkannya mengandungi kafein yang terbukti membantu dalam pembakaran lemak. Sesetengah kajian juga mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme dari 3% ke 11%. Kajian lain pula mendapati kafein mampu meningkatkan penghapusan lemak sebanyak 10% pada individu yang mengalami masalah obesiti dan 29% pada individu biasa.

3. Tingkatkan prestasi fizikal


Kafein merangsang sistem saraf yang menyebabkan ia untuk menghantar signal kepada sel lemak untuk membakar lemak dalam badan. Kafein menjadikan sel lemak memusnahkan lemak tubuh yang berlebihan, melepaskan ia ke dalam darah sebagai asid lemak dan menjadikan ia sebagai penjana tenaga. Disebabkan kesan ini, ianya tidak mustahil yang kafein sebenarnya boleh membantu meningkatkan prestasi tubuh badan kita. 

4. Kurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.


Penyakit Diabetes II adalah masalah penyakit yang paling besar di dunia. Di mana apabila gula dalam darah yang tinggi dalam konteks rintangan insulin atau ketidakupayaan untuk merembeskan insulin. Bagi sesetengah sebab, peminum kopi sebenarnya mengurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.

5. Bantu lawan stress



Bila seseorang stress dan akan hilang pertimbangan ia juga berkemungkinan akan menjadi lebih serius
Tekanan adalah satu masalah mental yang sangat dipandang serius. Kajian Harvard mendapati wanita yang mengambil empat atau lebih cawan kopi sehari mempunyai 20% risiko rendah untuk mengalami tekanan. Kajian lain pula mendapati empat atau lebih cawan kopi sehari kurang 53% untuk melakukan bunuh diri.

6. Risiko penyakit kanser kurang.


Kanser merupakan penyakit pembunuh no 1 di dunia. Sebenarnya kopi ni mampu menghalang tubuh dari 2 jenis kanser iaitu kanser hati dan kanser kolorektal. Mereka yang mengambil kopi sebagai rutin didapati mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit ini.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Saturday, October 24, 2015

5 KHASIAT BUAT TOMATO YANG PASTI KORANG TAK JANGKA

Assalammualaikum..

Siapa suka makan buah tomato? Ada sesetengah orang suka makan buah tomato kecil, kalau ke Cameron Highlands memang akan beli sebab rasanya yang ada manis dan masam.


Buah tomato selain untuk masakan seperti asam pedas, tomyam dan sebagainya ia juga bagus untu kesihatan kita. Ini Ida nak kongsikan 5 khasiat buah tomato.

5 KHASIAT BUAH TOMATO

1. Pengawalan Berat Badan


Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut.

Bagi yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan boleh jadikan snek jika terasa lapar.

2. Membantu Masalah Susah Tidur


Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. 

Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia.

3. Mengurang Kerosakan Kulit

Tomato terkenal sebagai agen kecantikan kulit keran sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. 


Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.

4. Membantu Penglihatan Mata

Selalunya orang akan makan lobak untuk kesihtan mata tapi ramai tak tahu sebenarnya buah tomato juga bagus untuk kesihatan mata.


Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenerationyang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

5. Merawat Batu Karang


Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

rujukan: majalah EH

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Sunday, September 27, 2015

7 KHASIAT YOGURT YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU!

Assalammualaikum...

Tak ramai yang suka makan yogurt kerana rasanya yang masam. Kebanyakkan suka beli yang jenis berperisa apa kata sekali sekala beli yogurt kosong dan makan dengan buah memang sedap.



Yogurt ni sebenarnya dari susu sahaja. Jadi di sini Ida nak kongsikan 7 khasiat yogurt yang mungkin korang tak tahu.

7 KHASIAT YOGURT

1. Kulit lebih halus


Dalam masa 2 atau 3 kali seminggu korang cuba buat spa muka dengan yogurt. Gunakan yogurt kosong dan sapukan pada muka.Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.

2. Atasi kulit terbakar


Bagi masalah kulit yang rosak, campurkan yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan pulih seperti sedia kala.

3. Bantu mengecutkan jerawat


Masalah jerawat selalu menjadi punca kita jadi malu nak berjumpa dengan orang ramai.Bersihkan muka dan sapukan yogurt secara nipis di bahagian jerawat.Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Jerawat akan kecut dan muka takkan berparut lagi.

4. Lebih cerah sekata



Campurkan yogurt dengan air lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh muka dan leher. Lakukan 3kali seminggu dan hasilnya kulit korang akan lebih cerah dan berseri.

5. Rahsia awet muda


Tak payah nak pergi cucuk sana sini, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini masker. Lakukan 3kali seminggu, kulit muka akan jadi lebih halus dan lembut. Malah garis halus dan kedutan juga akan berkurangan.

6. Buang sel kulit mati



Caranya, parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapu pada seluruh tubuh serta muka, biarkan selama 15-20 minit, gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan. Ini akan membuang sel kulit mati dan kulit jadi semakin lembap.

7. Rambut lebih sihat, bersinar



Yogurt muka je untuk muka tau! Rambut pun boleh terutamanya rambut yang kering,kasar dan bercabang. Sapukan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit, bilas bersih.

SELAMAT MENCUBA!

Google+ Followers