Showing posts with label IBU BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label IBU BERPANTANG. Show all posts

Wednesday, April 5, 2017

SEMBUHKAN LUKA CZER DALAM MASA 3 HARI SUPAYA BOLEH DUDUK SELESA

Assalammualaikum...

Ramai ibu-ibu yang cuba elakkan untuk melahirkan anak secara czer. Salah satunya sebab tak tahan kesan ubat bius selepas bersalin. Ada juga ibu-ibu yang lebih rela bersalin czer sebab tak tahan sakit nak bersalin Tapi itu semua kuasa-Nya. Tak boleh nak tolak, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.



Ida tak tahu bagaimana rasanya bersalin czer ni tapi dengar pada kawan-kawan memang seksa masa berpantang. Nak pegang baby pun rasa sakit. Pergerakan terbatas. Apatah lagi nak bangun duduk susukan anak lagi la seksa.

Image result for bersalin

Ada cara tradisional untuk sembuhkan luka czer ni ialah dengan mengambil pati ikan haruan. Tapi ada kawan Ida yang pernah bagitahu, doktor tak cadangkan amik pati ikan haruan terlalu awal takut akan memburukkan lagi keadaan luka czer. Wallahualam..

Bagaimana Vivix membantu untuk sembuhkan luka czer?



Vivix ni bertindak dengan membaiki sel yang rosak. Bila bersalin, bukan sahaja ibu-ibu kehilangan banyak darah malah banyak urat yang terputus. Apatah lagi bersalin czer. Bukaan tu lebih besar.

Luka lebih besar memang makan masa nak sembuh. Kalau dalam tak sembuh, lagi kan pula luka diluar. Mungkin sebulan baru la sembuh. Bukan macam bersalin normal. Kadang tu seminggu pun luka dah sembuh.

Selain tu pengalaman ibu-ibu yang pernah amik Vivix semasa berpantang ni. Badan mereka bertenaga lain macam. Di mana ia memelihara sel dalam badan dan mempertingkatkan fungsi dalam badan dengan lebih baik.


Jadi bagi ibu-ibu yang mencari alternatif untuk sembuhkan luka czer dengan cepat boleh la cuba Vivix. Kesian sebabnya ada sahabat sampai 2bulan pun luka masih belum sembuh. Siap bernanah lagi.

Klik di sini untuk pembelian segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Wednesday, February 1, 2017

PILIHAN SUPPLEMENT BERPANTANG TERBAIK

Assalammualaikum...

Semua orang ada cara tersendiri masa berpantang. Berpantang bukan sahaja bab penjagaan makanan malah bab penjagaan dalam badan kita. Tak kisah sama ada korang tu operate, vakum atau secara normal. Penjagaan dalaman dan kesihatan semasa berpantang teramat penting dan mesti dititikberatkan.




Ada orang jenis tak boleh telan jamu-jamu ni. Pahit..akar kayu bagai. Tapi sesetengah orang ok je. Macam Ida..kayu..batu.. semua makan. (yelah jambu batu, ubi kayu.hehehe). Ida ni jenis telan je apa-apa pun..tak kira pahit ke..hanyir ke..semua ok je.


Image result for berpantang

Tapi kalau bercakap bab supplement berpantang terbaik yang Ida pernah guna mestilah Shaklee. Pengalaman Ida sendiri. Sangat-sangat berpuas hati.


Set berpantang ni yang Ida ambil masa berpantang. Tersangat la suka sebabnya badan Ida langsung tak rasa letih. Sebab bayangkan la nak uruskan si abang dan baby..berjaga malam lagi. Siap masak lagi. Luka pula memang cepat sembuh. Susu badan? Alhamdulillah banyak tak macam masa si abang die dulu. Jaundis pun cepat turun.



Bagi Ida ni la yang paling terbaik. Lain orang lain caranya kan..Ada juga yang telah mengambil Vivix sebagai supplement berpantang diorang. Masa ni Ida tak tahu Vivix pun bagus untuk berpantang. Kalau ada juga dirembatnya sebotol.hehehe.


Semua tu pilihan masing-masing kan. Mana yang rasa bagus untuk diri masing-masing. Paling penting masa berpantang ni kita nak cepat sembuh dari segi dalaman atau luarannya. Betul tak?

Klik di sini untuk pembelian dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Tuesday, August 2, 2016

PENGALAMAN NGERI SEMASA BERPANTANG TIADA LAGI!!

Assalammualaikum...

Banyak cerita-cerita menarik dari pengalaman ibu-ibu yang melahirkan anak pertama terutamanya. Ada yang mudah, sekali sakit je dah terus beranak. Ada tu sampai berhari-hari tunggu dalam wad pun masih belum bersalin. Itu lumrah, setiap orang ada pengalaman bersalin yang berbeza-beza.




Dah pengalaman berpantang bagi ibu-ibu juga berbeza. Tak semua mudah dan tak semua susah. Macam Ida pengalaman masa Ida berpantang anak pertama alami masalah sembelit yang agak teruk. Teringat lagi masa tu duduk di tandas sampai hampir sejam sampaikan kena tegur dek mak mertua. Siap terpaksa mintak ubat berak lagi.



Sama juga seperti ibu ni. Mengalami masalah sembelit yag teruk semasa kelahiran yang pertama. Luka pula lambat sembuh, susu badan dah 1 minggu baru nak ada. Badan jangan cakap la bila stress badan jadi lemah dan tak bertenaga.

Jadi pada masa berpantang kali ke-2 ni, akak ni buat keputusan untuk mengambil Set Berpantang Shaklee dan extra Ostematrix sebab dah serik dengan masalah sembelit pada waktu pantang dulu.

Alhamdulillah..akak ni bersyukur sangat setelah mencubanya. 

SEMBELIT TIADA
LUKA CEPAT SEMBUH
CIK B BENGAKAK DENGAN CEPAT
BADAN BERTENAGA

Ibu mana tak gembira kalau tengok susu banyak, anak pula cepat kenyang. Malah keluarga sendiri pun perasan perubahan masa berpantang kali ni. Sangat-sangat berbeza.


Jadi bagi ibu-ibu yang masih mencari set bersalin atau set berpantang yang terbaik, Ida rekemen Set Berpantang Shaklee ni. Bukan akak ni sahaja, Ida sendiri dah rasai keberkesanannya.

Boleh baca pengalaman Ida di sini


Klik di sini untuk pembelian dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

*zinc masih belum ada stok di HQ. Jika bermint nak dapatkan set ni boleh hubungi Ida dahulu.

Saturday, April 9, 2016

IBU CEASER BERPANTANG CERGAS LUAR BIASA,TAK MACAM ORANG BERPANTANG

Assalammualaikum...

Bersalin secara ceaser atau pembedahan sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih rapi dari ibu yang bersalin normal terutamanya di kawasan perut yang dibedah.




Tempoh berpantang juga melebihi dari biasa iaitu 100 hari pantang makan dan 50 hari pantang dari bersama. Kalau si ibu yang berpantang sendiri, si suami kena la banyakkan menolong si isteri untuk buat kerja-kerja lain.



5 RISIKO BERSALIN CEASER

1. Kesakitan

Kesakitan ibu-ibu yang bersalin secara ceaser memang perit. Ini kerana mereka akan berasa sakit di bahagian perut dan tidak selesa selama beberapa minggu selepas pembedahan.

2. Jangkitan 


Sebelum bersalin si ibu akan diberi 1 dos suntikan antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ini kerana kira-kira 8% daripada wanita yang melakukan pembedahan berisiko terkena jangkitan. 

Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:

1. Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.

2. Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.

3. Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.


3. Darah beku

Nama pun pembedahan sememangnya akan berisiko mengalami darah beku. Perkara ni boleh menjadi serius jika dalam paru-paru boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk batuk, sesak nafas, kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.

4. Lekatan 

Pembedahan ini selalu berisiko yang menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean.

Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya.

5. Pembiusan 

Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan korang tidur. Sebaliknya, jika diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut korang. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja.


Dan disebabkan bersalin ceaser ni ramai ibu-ibu yang pening untuk memilih set bersalin yang terbaik untuk mereka. Ini kerana bimbang kalau set yang dibeli memberi kesan buruk pula pada luka ceaser kita.



Ini kisah Puan Eizan yang bersalin anak kedua  secara ceaser. Dan anak pula mengalami masalah jaundis. Ibu mana tak risau, dah la si ibu bersalin ceaser, nak kena jaga luka ini pula dengan anak yang jaundis. Lagi la si ibu susah hati.

Alhamdullilah Puan Eizan bersyukur kerana ditemukan dengan Set Bersalin Shaklee. Alhamdullilah katanya berbeza sangat dengan bersalinkan anak sulung dulu. Kali ini badan beliau sangat-sangat bertenaga. Malah keluarga sekeliling pun menyedari perubahan ni. 

Dan yang paling seronok bila bacaan jaundis juga turun dengan cepat kerana susu langsung tak merundum. Susu banyak dan pekat dan anak pun minum dengan banyak. Lagi menggembirakan bila luka ceaser cepat sembuh. Tak teruk macam ibu-ibu ceasar lain yang bercerita.


Alhamdullilah Set Bersalin Shaklee ni membantu untuk penyembuhan luaran dan dalaman si ibu yang bersalin normal mahupun ceaser.



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Boleh juga kalau nak tahu pengalaman Ida sendiri menggunakan Set Bersalin Shaklee dulu, klik di sini


Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Sunday, March 27, 2016

5 TIPS PANTAS LUKA CEASER CEPAT SEMBUH,SI MAK MAKIN BERTENAGA

Assalammualaikum...

Alhamdullilah ramai ibu-ibu bulan ni yang sudah selamat melahirkan anak. Dan tak semua orang berpeluang untuk lahirkan anak secara normal. Ada yang terpaksa melahirkan anak secara ceaser kerana masalah-masalah tertentu.




Proses melahirkan anak secara ceaser memang mudah sebab takkan rasa sakit tapi mengambil masa atau cara berpantang yang lebih dari orang yang beranak normal.

5 TIPS PANTAS LUKA CEASER CEPAT SEMBUH

1. Jaga kebersihan

Nama pun luka jadi mestilah sentiasa pastikan luka tu bersih dari sebarang bakteria dan kuman. Bukan apa takut luka tu akan jadi lebih teruk.Pastikan ubat luka yang diberi sentiasa digunakan sampai habis.

2. Bersihkan sentiasa dengan air suam

Sebelum letak ubat luka tu pastikan bersihkan dengan air suam. Ini supaya luka tu akan lebih bersih dan ubat luka dapat menyerap dengan baik. Malah air suam juga membantu luka supaya cepat kering.

3. Pakaian yang betul

Pastikan pakaian masa pantang tu jangan terlalu ketat. Tambah kalau luka ceaser ni.Pakai pakaina yang longgar dan tidak terlalu panas.

4. Senaman yang ringan

Aik takkan la berpantang nak kena bersenam juga. Bukan maksud Ida berpantang pun bukan sampai tak bangun buat apa-apa. Sekali sekala berjalan-jalan supaya otot tu bergerak tapi perlahan-lahan la.Jangan ganas sangat. Ini kerana pergerakan yang kerap membantu supaya luka lebih cepat sembuh dan aliran darah akan lebih lancar.

5. Pengambilan ubat atau makanan tambahan



Ini kisah akak yang bersalin secara ceaser buat kali kedua untuk anak yang kedua.Kita ni kalau beranak normal pun jalan mesti berhati-hati apatah lagi orang yang ceaser. Kawasan yang sentiasa akan bergerak tu di bahagian perut. Nak bangun nak duduk semua kena jaga dengan baik.

Sebelum ni luka akak ni masih belum kering walaupun seudah 40 hari. Dengan nasihat dari adiknya yang juga pengedar Shaklee die tambah dos Vivix Shaklee dan Zinc Complex, dan alhamdullilah dalam masa tak sampai 1 minggu pun.Luka ceaser akak ni dah kering. Yang paling menarik bila badan akak ni semakin sihat dan bertenaga.

Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.




Peluang hebat jangan dilepaskan dengan pembelian Twin Pack Vivix Shaklee.

* bagi yang nak dapatkan set dengan Zinc Complex diminta untuk hubungi Ida untuk sahkan stok


Klik di sini untuk pembelian twin pack dengan segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Saturday, January 16, 2016

3 CARA BUAT AIR SELUSUH UNTUK IBU BERSALIN

Assalammualaikum..

Bagi ibu-ibu yang menunggu saat nak bersalin mesti ada dengar petua yang mengatakan air selusuh dapat membantu masa bersalin dengan lebih mudah dan cepat. Ini sebenarnya lebih kepada penenang jiwa supaya ibu tidak terlalu tertekan semasa sakit nak lahirkan anak.


Dan ada juga masih tak percaya dengan zaman moden sekarang ni. Air selusuh digunakan sebagai suatu ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam jadi ia tak salah digunakan sebagai ikhtiar.Sesiapa pun boleh buat air selusuh ni termasuk ibu mengandung itu sendiri tapi ada yang cakap suami yang buat lebih baik. Wallahualam. Ini nak kongsikan 3 cara buat air selusuh untuk ibu bersalin. 

3 CARA BUAT AIR SELUSUH UNTUK IBU BERSALIN

Cara 1

1. Al-Fatihah.
2. Surah al-Hasyr ayat 21.


3. Selawat syifa

(Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).

4. Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat".

Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan selawat tujuh kali.

6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara 2

1. Beristighfar tiga kali.

2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, dan para sahabatnya.

3. Al-Fatihah satu kali.
4. Selawat 11 kali.
5. Alam Nasyrah tujuh kali.
6. Al-Ikhlas tiga kali.
7. Al-Falaq tiga kali.
8. An-Nas tiga kali.
9. Al-Fatihah satu kali.

Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara 3

1. Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat kelima, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak tiga kali.

2. Selawat Syifa tujuh kali.
3. Surah al-Hasyr ayat 21 tiga kali.


4. Surah Al-A'raa ayat 54 tiga kali.


5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Air selusuh ni selalunya boleh diminum bila kandungan dah masuk trimester ke-3 iaitu dalam 7-8bulan dan diminum di hospital di saat sakit kontraksi nak bersalin atau sebelum masuk wad bersalin.

Mudahan apa yang dikongsikan ni akan memberi manfaat dan Ida doakan semua ibu-ibu dapat bersalin dengan mudah dan selamat.Insyaallah...amin



Thursday, October 29, 2015

5 TIPS HEBAT DAPATKAN BENTUK BADAN CANTIK SELEPAS BERSALIN

Assalammualaikum..

Perut kempis,pinggang ramping, berat badan ideal dan punggung yang pejal itu semestinya menjadi idaman setiap wanita terutamanya selepas bersalin. 



Selain daripada senaman terdapat juga perkara-perkara kain yang mesti dititikberatkan semasa proses kurangkab berat badan terutamanya semasa berpantang. Ini nak kongsikan 5 tips hebat dapatkan bentuk badan yang cantik selepas bersalin.


5 TIPS HEBAT DAPATKAN BENTUK BADAN YANG CANTIK

1. Berpantang biar serius



Selepas bersalin, ramai wanita mengeluh mengalami masalah berat badan dan isi menggeleber. Jangan risau, gunakan tempoh berpantang untuk merawat masalah dalaman dan mencantikkan kembali bentuk fizikal anda. Sapukan pati halia atau minyak panas pada bahagian tubuh yang bermasalah seperti perut, paha dan punggung. Pakai bengkung untuk membantu mengembalikan kelangsingan tubuh. Agak tak selesa tapi kalau anda rajin pakai bengkung, lemak yang ada cepat terbakar dan berat badan pun turun secara berperingkat.

2. Postur yang betul




Kita kaum wanita jangan terlalu amalkan membongkokkan badan kerana ia menyebabkan tubuh kelihatan bongkok selain menyebabkan lemak mudah berkumpul di bahagian perut. Cara yang betul akan membantu mencantikkan bentuk badan. Mulai hari ini ubah cara anda berjalan, duduk dan berdiri. Ingat, tegakkan badan!

3. Pakai korset




Tubuh kurus pun akan mengalami masalah perut buncit seperi orang lain. Gunakan korset atau pakaian dalam yang membantu membentuk tubuh agar lebih menarik. Ini bagi menyokong bahagian tubuh khususnya payudara dan punggung agar berada dalam ‘acuan’. Cara ini juga membuatkan tubuh berbentuk dan mengelakkan korang makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

4. Kena makan suplemen tambahan



Sekarang zaman yang semakin canggih. Korang boleh memilih samada nak ambil jamu, herba atau supplemeny moden. Ini bukan sahaja membantu memulihkan kesihatan dan menjaga kecantikan dalaman, tapi mujarab untuk menurunkan berat badan. Ramuan herba dapat menjadikan tubuh langsing dan bahagian intim anjal serta lebih menarik.

5. Buang jauh-jauh amalan buruk




Jangan makan lewat malam kerana tubuh akan mudah naik kerana pada waktu ini tiada aktiviti fizikal yang dapat membantu membakar kalori. Tolong elakkan minum air bersulam makanan kerana ini cara paling senang buat perut buncit. Nak tubuh cergas dan segar, elakkan tidur siang terutama selepas Asar. Amalan ini menyebabkan tubuh lemah, berat badan mudah naik dan wajah menjadi lesu.



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.





Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Sunday, September 13, 2015

6 TIPS IBU YANG SAKIT SEMASA BERSALIN SUPAYA LEBIH COOL

Assalammualaikum...

Bila si ibu sakit nak bersalin memang semua dah tak ingat apa dah. Masa ni la 'musuh manusia' suka kacau nak hanyutkan iman kita. Masa ni memang dah tak fikir apa dah, fikir nak cepat anak dalam perut keluar je.



Ini hanya perkongsian 6 tips ibu yang sakit semasa bersalin supaya lebih tenang nanti. Mudah-mudahan ada serba sedikit dapat membantu.


6 TIPS IBU YANG SAKIT SEMASA BERSALIN SUPAYA LEBIL COOL



1. Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun boleh. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi yunus ketika dalam perut ikan paus.
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

2. Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusyen.




3. Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam-dalam pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Tips ni mmg sangat-sangat berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu.




4. Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa-dosa dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?

5. Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, ada yang digalakkan minum air milo atau makan telur separuh masak untuk tenaga masa nak meneran nanti. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam-maacam.




6. Jika korang dah ada dalam labour room dan ditemani oleh suami, bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki sekejap. Masa itu kaki berasa sangat-sangat lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit kontraksi itu.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Sunday, August 2, 2015

9 KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA,MEMUDARATKAN KE?

Assaalammualaikum...

Selepas melahirkan anak pastinya doktor akan tanya pada pesakitnya bagaimana nak merancang untuk kelahiran yang seterusnya. Ada yang ambil pil perancangan,ada juga yang hanya merancang sendiri macam Ida. Ubat pil perancang boleh didapatkan dari klinik kerajaan sendiri atau ke klinik swasta. Suntikan Depo-provera iaitu sejenis suntikan hormone yang mengandungi hormon sintetik sahaja yang sangat membantu untuk mencegah kehamilan.



Ini adalah suntikan yang selalu diambil oleh ibu-ibu sebgai perancang keluarga. Setiap suntikan ini berkesan selama 3bulan dan akan diberikan 5 hari selepas haid untuk pastikan tidak hamil. Dan semestinya ada kesan sampingan menggunakan perancang ni. Ini terdapat 9 kesan sampingan suntikan perancang keluarga.

9 KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA

1. Kitaran haid akan jadi tak teratur. Malah mungkin akan mengalami pendarahan berlebihan atau haid tak datang selama beberapa bulan.

2. Akan mengalami sakit kepala yang ketara.


3. Perubahan berat badan. Jangan terkejut kalau korang naik berat badan selepas mengambil suntikan perancang keluarga.

4. Perut akan cepat kembung,berangin dan rasa tidak selesa.

5. Masalah kulit berjerawat. Jangan terkejut kalau tiba-tiba jerawat korang akan naik dengan banyak.


6. Selera makan yang bertambah,mungkin akan rasa cepat lapar atau lambat lapar. Ini yang menyebabkan berat badan korang bertambah.

7. Akan mengalami sengugut jika datang bulan.

8. Masalah keguguran rambut akan ada.


9. Kereputan tulang. Mudah akan rasa sakit-sakit badan dan sebagainya.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Google+ Followers