Showing posts with label HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM. Show all posts
Showing posts with label HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

8 CARA HILANGKAN MELECUR PADA KULIT

Assalammualaikum...

Orang kata kalau tak berhati-hati akan membawa padah. Tapi yelah kita ni manusia biasa tak terlepas dari sikap terlupa, terleka dan sikap mengelamun. hehehe. Kadang tengah masak mengelamun so ada la tu benda yang bermain di fikirannya.



So bukan nak citer bab semua tu. Nak cerita bab melecur ni. Kena air panas la, seterika panas dan sebagainya. Tak kena pada orang dewasa, bahaya pada kanak-kanak. Al maklumla anak-anak ni sifat dia ingin tahu, nak explore semua benda. Sebab tu kalau pergi checkup kat klinik mesti nurse akan nasihatkan perhatikan anak-anak, jaga-jaga dengan anak-anak bila dah pandai bergerak tu. Kalau baru berusia sebulan tu memang tak boleh buat apa-apa lagi. Orang tu kata " budak dah ada kaki". Padahal memang la semua ada kaki kan.hehehe. Bukan...tu maksudnya dah pandai berjalan la..


8 cara hilangkan melecur pada kulit

1. Ada petua gunakan tepung dan sapu kan pada tempat lecur. Tak kisah la apa-apa jenis tepung pun.

2. Boleh gunakan petua gunakan telur. Pecahkan sebiji pastu sapu pada tempat melecur tu menggunakan kapas.

3. Gunakan lendir alor vera atau kulit lidah buaya. Memang lendir pokok lidah buaya ni bagus terutamanya untuk hilangkan parut.

4. Malah ada juga gunakan serbuk kopi. Tempek kat tempat melecur tu biarkan dalam 10-15 minit pastu baru buang.

5. Ada juga petua lama suruh menggunakan kapur sireh. Biarkan sampai kering nanti rasa pedih dan sakit tu akan hilang.

6. Marjerin, ubat gigi juga dikatakan membantu untuk hilangkan melebur paa kulit.

7. Selain tu gunakan getah pelepah pisang pun membantu. Sapukan getah tu dan dibiarkan. Jangan dibilas dengan air plak.

8. Nak cara lebih mudah dan moden, ada ibu-ibu telah sapukan Vivix Shaklee untuk hilangkan kesan melecur pada anak dan ia berkesan.


Klik di sini untuk pembelian segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Sunday, August 14, 2016

6 CARA HILANGKAN RUAM PADA KULIT ANAK, CUBA NI!

Assalammualaikum...

Anak-anak yang baru lahir banyak sebenarnya mengalami masalah kulit sensitif atau ruam. Selalunya terjadi di bahagian pipi, mulut, leher malah boleh sampai ke kaki. Ada tu sampai bernanah pun ada. Memang kesian.



Ruam memang membuatkan anak-anak jadi tak selesa, ada tu pedih. Teringat masa Asyraf ruam dulu, sampai bernanah. Ida sendiri terpaksa berpantang makan seafood sebab masih menyusukan die sampai hampir 1 tahun juga la pantang. Sampaikan Nestum Nestle untuk bayi tu pun Asyraf tak boleh makan sebab ada susu lembu. Kejap je naik merah-merah kat muka dia.


Ini nak kongsikan 6 cara untuk hilangkan ruam pada anak

1. Susu badan

Ada juga petua orang-orang tua kata gunakan susu badan dan sapu pada ruam anak. Ida tak tahu keberkesanannya mungkin ikut pada kulit anak juga. Sebab Ida buat tak menjadi.

2. Air liur di lelangit mulut

Ni petua lama yang ada orang tua cadangkan masa anak Ida ruam dulu.

3. Tepung ubi kayu

Mak mertua Ida pernah suruh buat macam ni tapi tak menjadi. Ada sesetengah anak jadi je. Korang boleh try bancuh dengan tepung ubi kayu. Buat macam ala-ala bedak sejuk. Tempek kat anak.

4. Ubat calamine

Selalunya kalau pergi klinik memang doktor akan bagi ubat calamine ni. Memang menjadi tapi agak berhati-hati skit la takut anak sapu masuk dalam mulut.

5. Air suam campur garam.

Ni pun petua lama yang selalu dilakukan untuk hilangkan ruam atau gatal-gatal badan. Tak silap Ida lebih bagus kalau guna garam kasar atau garam bukit.

6. Herbal blend cream Shaklee

Ini krim moden yang multipurpose. Banyak kegunaannya tapi kebanyakkan ibu-ibu selalu order untuk ruam anak atau anak ada chicken pox. Bau die macam berangin tapi tak panas pun. Kalau ruam anak tu basah jangan disapunya pula.Lap bagi kering dulu pastu baru sapu. Jangan risau tak melekit pun dan cepat serap pada kulit.


gambar ni dah lama masa Aqil jadi macam kurap dekat peha dia. Jadi Ida sapukan dengan Herbal blend cream. Alhamdulillah sekarang kurap pun dah takde. Sampai sekarang parut pun tak nampak.



Jangan risau. Herbal blend cream Shaklee FREE PARABEN DAN SELAMAT DIGUNAKAN. 

Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Sunday, June 26, 2016

FIRST AID KIT YANG UTAMA UNTUK SEKELUARGA

Assalammualaikum...

Sekarang dah masuk 10 hari terakhir kita menyambur Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Tahun ni tak rasa penat mungkin tak buat kuih raya kot.hahahha. Rasa nak buat kek je nanti, kuih raya dah ada yang beli.



Hari ni secara santai Ida nak kongsikan First Aid Kit untuk kami sekeluarga. Yelah kita ni setiap hari dikelilingi dengan udara yang tidak sihat. Asap rokok, asap kereta, habuk...semua tu boleh menyebabkan kita jatuh sakit lebih-lebih lagi kalau sistem imun kita tak kuat terutamanya kanak-kanak.


Ini la First Aid kit untuk kami sekeluarga. Mungkin sesetengah orang simpan berpapan-papan panadol, ubat demam dan sebagainya tapi Ida simpan yang ni mesti ada kat rumah.

Memang ada je ubat klinik demam, batuk untuk anak-anak di rumah tapi memang tak pernah habis. Sampaikan Ida pun tak tahu kali terakhir Ida amik ubat kat klinik. Ida sendiri lagi la..memang dah tak makan panadol sejak jumpa Shaklee. Kalau jatuh sakit pun kejap je dah kebah.

Basic H ni ada 1001 keguanannya, bukan setakat boleh rendam periuk, botol anak, hapuskan kutu di kepala malah juga boleh mengurangkan demam anak-anak dan gatal-gatal..ye mandikan je...kalau anak-anak demam Ida akan letakkan beberapa titis basic H ni dalam air dan tuam diorang. Alhamdulillah memang cepat kebah...

Jangan risau kandungan utama Basic H2 adalah minyak jagung dan minyak kelapa sahaja. tak membahayakan...

Herbal blend cream- hah ni sentiasa ada je di rumah dan sentiasa di cari-cari oleh ibu-ibu yang anak ada masalah ruam. Ye betul..anak-anak Ida kalau mula naik ruam, gatal-gatal memang ni je lah yang Ida sapu...bau die memang macam berangin skit tapi langsung tak panas sebab daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Nutriferon- ni paling urgent kena ada kat rumah untuk kuatkan sistem imun anak-anak. Baru-baru ni anak-anak Ida badan panas. mungkin sebab perubahan cuaca dengan pantasnya Ida berikan setengah packet nutriferon setiap sorang. Taknyah bancuh diorang suka tuang macam tu je dalam mulut sebab rasa die manis. Alhamdulillah memang tak bagi ubat klinik, badan panas dah kebah. Stok nutriferon pun dah nak habis..dah nak kena topup ni...huhuh


Selain dari supplement yang biasa Ida makan setiap hari tapi kalau untuk kecemasan memang ni je yang mesti ada. Alhamdulillah...ditemukan cara yang lebih sihat untuk kesihatan keluarga.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Thursday, July 9, 2015

10 CARA RAWAT PSORIASIS SECARA SEMUALAJADI TANPA UBAT

Assalammualaikum...

Psoriasis ini merupakan keradangan kulit yang teruk. Di mana kulit akan menjadi tebak dari kulit normal tapi jangan risau ia tak berjangkit. Selalunya ia akan terjadi di bahagian siku,kulit kepala dan lutut. Malah juga boleh jadi di kawaan lain.



Tanda-tanda psoriasis mungkin dapat diketahui seperti keguguran sisik pada kulit ,tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan malah gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza .



10 CARA RAWAT PSORIASIS SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

1. Aloe Vera

Image result for aloe vera

Gel dari tumbuhan aloe boleh digunakan pada kulit sebanyak tiga kali sehari. Ini akan mengurangkan kemerahan dan bersisik yang berkaitan dengan psoriasis. Kalau susah nak dapatkan aloe vera dari kulit lidah buaya, gunakan krim yang mengandungi 0.5% Aloe Vera.

2. Cuka epal


Cuka epal ni memberikan kelegaan pada gatal-gatal kulit tu. Korang boleh gaulkan cuka epal dengan air dalam nisbah 1:1 untuk elakkan rasa terbakar. Tapi jangan pakai kalau kulit korang tu berdarah sebab ia akan memudaratkan lagi. Kalau berhasil guna cuka epal kesannya akan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

3. Capsicum


Related image

Capsicum ini boleh mengurangkan kesakitan, kemerahan, keradangan dan bersisik yang disebabkan oleh psoriasis.

4. Garam laut



Gunakan garam laut sebagai mandian korang. Rendamkan badan dalam tab mandi selama 15 minit untuk buang sisik dan rasa kegatalan pada kulit. Selepas mandi letak pelembap atau lotion pada kulit.

5. Oat



Selalunya orang makan oat tapi oat ni korang buat mandian untuk hilangkan kemerahan dan kegatalan pada kulit.

6. Tea Tree Oil



Minyak ini berasal dari tumbuhan yang berasal dari Australia. Minyak Tea Tree mempunyai ciri-ciri antiseptik dan kulit-friendly. Menggunakan syampu yang mengandungi teh minyak pokok akan membantu untuk melawan psoriasis kulit kepala.

7. Kunyit


Image result for kunyit

Kunyit merupakan herba yang terkenal dengan anti-oksida dan anti-radang. Ia boleh mengubah ekspresi gen (TNF ungkapan cytokine). Ini menjadikan kunyit pilihan pertama dalam mencegah psoriasis. Boleh amalkan dengan meletakkan dalam makanan ata makan mentah.

8.Oregon anggur (Mahonia Aquifolium) atau anggur hitam





Ini adalah herba anti-mikrob kuasa penuh yang boleh mengawal gerak balas imun. Herba ini tergolong dalam keluarga alkaloid dan memohon salap dengan 10% Mahonia adalah sangat berkesan dalam merawat psoriasis kedua-dua ringan dan sederhana.

9. Minyak Ikan




Menggunakan minyak ikan secara langsung pada kulit membantu menyembuhkan psoriasis. Juga vitamin D, minyak Evening Primrose dan Milk Thistle bantuan untuk melegakan kerengsaan kulit. Pastikan suplemen ini tidak mengganggu kesihatan semula yang sedia ada atau mempunyai kesan sampingan yang berbahaya.

10. Minyak Zaitun


Image result for olive oil



Menggunakan minyak zaitun pada kawasan yang terjejas boleh membantu untuk membuang kulit mati ketika mandi.

rujukan:http://healthtoday.com

Semoga memberi manfaat dan membantu sesiapa ada psoriasis!


Saturday, April 18, 2015

KRIM KULIT KERING,DAH SAPU MACAM-MACAM STILL SAMA JE,KESIAN TENGOK KULIT ANAK

Assalammualaikum...

Perkara biasa selalu terjadi pada bayi yang baru lahir,masalah ruam susu. Selain tu ruam lampin,kulit kering senang citer eczema la kan. Dah sapu macam-macam krim,bawa ke klinik sana sini. Kulit still sama,tak jadi apa-apa malah semakin teruk.


Anak-anak Ida juga alami masalah yang sama. Dulu Asyraf masa kecik memang ada masalah eczema pada pipi die sampai bernanah. Kesian sangat. Pas sapu ubat sapu yang beli kay klinik. Pakai bedak die bagi alhamdullilah dah ok. Tu sebelum Ida kenal dengan Herbal Blend Cream Shaklee.



Sekarang ni Aqil plak. Tak ada pada pipi tapi pada peha die. Mula-mula kering tapi lama-lama dah nampak cam kurap plak. So Ida pun try la sapukan dengan Herbal Blend Cream Shaklee. Alhamdullillah masalah tu dah settle.



Ni gambar beberapa bulan lepas. Dan ni gambar arini Ida tangkap.


Dah takde kesan eczema die tu. Sekarang ni ada plak kat pipi die. Ida letak dalam masa 1 minggu lepas arini dah takde. Thatway sapa yang dah pernah guna diorang akan kata "Wah ajaib la krim ni kejap je dah hilang".

Ada yang berminat nak beli,boleh hubungi Ida k..Tak mahal mana pun RM27 je...

Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.


Friday, February 27, 2015

REPEAT ORDER LAGI

Assalammualaikum...

Ida bukan sahaja nak membantu kesihatan korang akan lebih baik malah nak membantu diri Ida sendiri mahupun Ida atau anak-anak.

Dengan zaman sekarang,anak-anak terdedah dengan macam-macam jenis makanan. Kita sebagai ibu bapa mesti nak anak-anak dapatkan nutrisi yang sempurna untuk mereka.

Begitu juga dengan Ida....


Ida nak Asyraf dapatkan zat-zat yang penting untuk tumbesarannya. Dulu Ida tak bagi die makan tapi sekarang semakin membesar. Macam-macam benda die nak makan...So Ida berikan Mealshakes kat die..sebelum ni ada bagi makan Chewable Vitamin C tapi die tak berapa nak makan..So kalau bagi Mealshakes senang,letakkan je 1 sudu dalam susu die sekali setiap hari.


So stok dah habis Ida repeat order lagi. Termasuk untuk Ida sendiri yang jarang minum susu. Semestinya Ostematrix pilihan yang terbaik untuk pembentukan tulang dan gigi.

Ida suka makan Ostematrix ni sebab bila bangun setiap pagi tak rasa sakit-sakit badan.

Herbal blend ni Ida suka pakai sebab tumit Ida pecah dan merekah. Ida start gune sebab Aqil ada masalah kulit kering dah nampak cam kurap pun ada. Alhamdullillah masalah tu dah hilang sekarang. Tapi Ida still pakaikan sebab bau die wangi sangat walaupun bau macam methol tapi kandungan die semula jadi dan free paraben..

So sesiapa berminat nak order,cepat-cepatla cari Ida k...

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Tuesday, December 2, 2014

HILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK,IBU RISAU ANAK KENA EJEK,SELESAIKAN DI SINI

Assalammualaikum..

Demam campak ni orang panggil rubeola. Selalunya terjadi pada kanak-kanak dan remaja. Mungkin 1 kali seumur hidup akan kena atau tak langsung. Paling merungsingkan ibu-ibu ialah nak hilangkan parut demam campak. Kadang-kala parut senang nak hilang dan ada yang tak. Sebab apa Ida cakap camtu sebab parut demam campak Ida sampai sekarang masih ada lagi.



Banyak petua untuk hilangkan parut demam campak ni. Contohnya lidah buaya, kulit kayu manis, kunyit hidup, jagung muda dan banyak lagi.

HILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK


Kisah testimoni Puan Naimah Azizan

Alhamdullilah, parut adik Iman dekat muka dah tak nampak. Dekat badan masih ada lagi tapi dah nampak pudar. Ibu mana tak risau dengan parut yang ada pada anak tambahan anak perempuan kan. Tapi paling best tahap kesihatan adik Iman lebih baik dari abg Adam dulu. Sejak lahir sampai sekarang hanya sekali je demam panas, itu pun sekejap je. Dalam masa 3 hari dah sihat. Alhamdullilah dengan mengamalkan supplement shaklee Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk anak-anak


1. Omega Guard

  • Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema. 
  • Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.
2. Mealshakes
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
3. Herbal blend dan vitamin e 
  • boleh digunakan untuk merawat luka.
  • membantu hilangkan parut

Insyaallah dengan pengambilan set ni boleh membantu hilangkan parut demam campak. Jika makan berterusan lagi bagus untuk meningkatkan kesihatan dan daya ingatan anak.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Friday, April 4, 2014

CARA HILANGKAN RUAM PADA KULIT BAYI/ANAK

KENALI JENIS RUAM DAN CARA MENGHILANGKANNYA

 "Ada ruam di muka baby saya"
"Ini ruam susu ke apa?"
"Anak saya kena ruam lampin/pampers..."
Ini antara yang selalu kita dengar... masalah ruam pada muka mahupun kulit bayi. Takpe, jangan panik ya. Ruam ni bukanlah sesuatu yang kekal. Ia akan hilang dengan cara rawatan yang betul.

Apa nak buat bila bayi kena ruam?
(1) Langkah pertama : kena kenalpasti ruam apa... ruam panas? ruam susu? ruam lampin? eczema? atau allergy? Macamana nak tau..........???

  • Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah2 kulit berketak2 tu.
  • Ruam Susu ....kesan drpd lelehan susu yg dibiarkan/tak di lap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi.
  • Ruam Lampin ....terlalu lama dibiarkan pakai lampin/pampers yang kotor, kulit jadi merah dan radang samada di sekitar punggung bayi atau di celah peha.
  • Eczema ....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan,kuping,bengkak.
  • Allergy ....kulit merah dan gatal dgn tiba2,biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.
(2) Langkah kedua : Kalau gatal jangan sesekali garu, hati-hati pada penggunaan sabun/bedak/lotion atau krim yang ber chemical. Kulit bayi lebih sensitif. Pilihlah krim berasaskan tumbuhan semulajadi, saya sarankan Shaklee Herbal Blend Cream.
SHAKLEE HERBAL BLEND CREAM ni adalah krim serbaguna yang mudah meresap. Ibu boleh sapukan pada ruam, eczema mahupun allergy.


Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat mengatasi masalah gatal-gatal kulit... no more garu-garu!! Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit. daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
Yang best its ORGANIC and PARABEN Free!!!
Untuk kegunaan lain juga........

  • Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal
  • melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. 
  • Demam panas (disapu ke seluruh badan). Insya Allah setengah jam kemudian badan akan berpeluh
  • Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.

Nak order? sila klik



SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Saturday, March 22, 2014

MASALAH ECZEMA

RAWATAN ECZEMA DENGAN SHAKLEE: RAWATLAH DENGAN SEGERA!!

Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Panduan pengurusan Eczema :

  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam.
  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
  • Memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
  • Elakkan makanan yang menjadi alahan seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi eczema.

Jom kita baca cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur.

Bayi berumur kurang 1 tahun

  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.
Kanak-kanak 1 tahun ke atas
  • Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema. 
  • Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit danmengurangkan kegatalan.
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
  • Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.
Remaja dan dewasa
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema
  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
  • Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.
Tidak semua korang perlu ambil. Ida akan cadangkan yang terbaik untuk korang yang penting sesuai dengan bajet korang.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Friday, March 21, 2014

MASALAH TUMIT KAKI PECAH/MEREKAH

 CEGAH MASALAH TUMIT KAKI PECAH

Ramai kaum wanita yang mengalami masalah tumit pecah-pecah. Walaupun masih muda remaja, ada je yang dah menghadapi masalah ni, contohnya seorang kawan saya masa kat universiti dulu. Time tu umur baru awal 20-an, tapi tumit dia dah pecah dan agak kasar. Kesian kan...Orang lelaki jangan citer, memang ramai je yang menghadapi masalah ni, tapi mereka tak kisah sangat. Yelah, pada mereka itu adalah perkara biasa, tambahan pula kan orang lelaki ni setiap hari bekerja keras.

Apakah punca tumit merekah ni sebenarnya?Antaranya adalah :
1- berat badan berlebihan
2- pemakaian kasut yang tidak bersesuaian dengan saiz kaki
3- kerap memakai kasut yang terbuka seperti sandal
4- masalah kulit kering yang mungkin berpunca dari sabun yang tidak sesuai
5- kerap memijak simen
6- tidak menitikberatkan penjagaan kaki dalam seharian



PETUA TRADISI

Namun begitu terdapat beberapa petua tradisi yang anda boleh amalkan seperti:

  • Ambil getah buah betik muda yang kekuningan dan sapukan pada tumit yang merekah. Lakukan setiap hari. 
  • Gosok tumit kaki dengan belimbing buluh sehingga bersih. Berus tumit kaki dengan berus lembut. Ia dapat melembutkan kulit kaki dan membersihkan kotoran serta menanggalkan kulit mati.
  • Rendamkan kaki selama 30 minit didalam air suam. Masukkan beberapa asam keeping dan perahan limau nipis sekali. Keringkan kaki anda, dan ulang setiap hari sehingga rekahan pada tumit hilang.
NAK CARA DENGAN LEBIH MUDAH??????

Herbal Blend ada sejenis krim yang juga merupakan killer product dalam rangkaian penjagaan tubuh Shaklee. Diuji secara klinikal untuk melembutkan kulit, mengurangkan kerengsaan dan sebagainya.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit.

sila klik di sini untuk ketahui lebih lanjut


SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Tuesday, February 18, 2014

HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM SHAKLEE

Cream Untuk Kulit Yang Cantik

Herbal Blend ada sejenis krim yang juga merupakan killer product dalam rangkaian penjagaan tubuh Shaklee. Diuji secara klinikal untuk melembutkan kulit, mengurangkan kerengsaan dan sebagainya.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit.

Cream ini adalah cream kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan cream kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dll. 



Antara kegunaan Herbal Blend yg ajaib ni?

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah saya sejak dahulu lagi. Pernah cuba macam-macam jenis krim mahal di farmasi. Tapi, tak berapa nampak hasilnya. Tapi, sekali dua cuba Herbal Blend, memang puas hati. Lembut je tumit tu. :) 

3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh...

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu...

7. Losyen harian
Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.

Kena cuba dahulu! Anda pun akan jatuh cinta pada cream kulit ini seperti saya dan ramai lagi pengguna Herbal Blend Multipurpose Cream ini ^_^

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Google+ Followers