Showing posts with label CARA MENDAFTAR KEAHLIAN SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label CARA MENDAFTAR KEAHLIAN SHAKLEE. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

CARA JANA PENDAPATAN DARI RUMAH SAMBIL URUSKAN ANAK

Assalammualaikum...

Pada zaman sekarang ni, kos hidup semakin meningkat. Barang naik...minyak naik. Anak-anak pula semakin membesar perlukan extra lebih keperluan. Pembiayaian sekolah yang juga diperlukan.



Dengan kegawatan ekonomi sekarang juga, ramai diantara kita yang mula berjinak-jinak mencari extra side income atau pendapatan lebih. Ada yang telah melakukan 2 pekerjaan dalam masa sehari. Penat, letih semua ada tapi terpaksa juga bagi menyara hidup keluarga dan anak-anak.


Di sini Ida nak kongsikan salah satu cara jana pendapatan dari rumah sambil uruskan anak dengan melakukan BISNES ONLINE.

Zaman sekarang, kebanyakan dari kita lebih suka membeli secara online kerana ia mudah dan tak memerlukan tenaga. Tak perlu drive mencari sana sini, tak perlu nak ke kedai malam-malam. Sekadar buka Google dan Cari.

Image result for searching internet

Medium sosial untuk BISNES ONLINE juga banyak sekarang. Contohnya melalui Blog, Facebook Twitter, Instagram, Wechat, Carousell dan banyak lagi. Semuanya hanya perlu klik sahaja dan barang akan terus sampai depan rumah.

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU JANA PENDAPATAN?

1. Untung runcit

Sebenarnya kesemua syarikat akan mengeluarkan harga yang tetap bagi memberi peluang pada agen atau pengedar untuk dapat untung runcit. Untung runcit yang korang akan dapat adalah selepas ditolak dengan harga ahli. 

Harga runcit - harga ahli= untung runcit

2. KUMPUL POINT (SETIAP PRODUK) dan akan dapat bonus dari Shaklee

Setiap produk Shaklee ada point/UV yang berlainan. Dan setiap dari 150 point/UV akan ditukarkan kepada bonus. Lagi besar point korang lagi besar la BONUS korang.


5 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE

1. Tak perlu sampai keluar modal berjuta-juta untuk iklan di Biliboard atau tv. Shaklee dah lama ada dalam pasaran dunia.

2. Tak perlu lagi ketuk pintu rumah orang nak jual barang. Jual sahaja secara online.

3. Tak perlu buka kedai, booth sampai nak bayar sewa kedai, bil elektrik dan bayar gaji staff. Korang la boss, korang la kuli.

4. Kumpulan bisnes yang kuat. Telah lahirkan ramai jutawan Shaklee yang berjaya.

5. Bantuan marketing pun dah disediakan. Hanya copy, edit dan paste je. Siap sediakan beribu-ribu testimoni dan poster produk yang dah cantik, letak je no telefon korang dan kongsikan sahaja.

Tujuan utama Ida kongsikan semua ni supaya surirumah diluar sana sepeti Ida boleh jana pendapatan dari rumah sambil jaga anak. Tak perlu susah-susah nak keluar pos atau hantar barang. Semua buat dari rumah.

Ikutkan 90% dari sale Ida semua datang dari blog atau secara online. Ida tak perlu ke pejabat pos sebab Shaklee dan sediakan sistem penghantaran terus kepada pelanggan masing-masing.

Dan paling penting sebab Ida nak korang supaya lebih sihat dengan produk yang baik. Shaklee dah berada di pasaran lebih 60 tahun dan dijamin selamat dan semulajadi. 



Bukan sekadar surirumah tapi pelajar, ibu yang bekerjaya, bapa yang bekerja juga boleh jana pendapatan dari rumah dengan Shaklee. Cuma perlu luangkan sedikit masa untuk kongsikan di medium sosial.

Jadi jom la kita sama-sama jana pendapatan dari rumah secara sambilan mahupun sepenuh masa.




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Friday, April 7, 2017

2 CARA JADI AHLI SHAKLEE DENGAN MUDAH

Assalammualaikum..

Ramai sebenarnya yang memang dah lama makan produk Shaklee ni. Kadang tu sampai dah bertahun-tahun pun amalkan. Tapi ramai sebenarnya yang tak tahu, paling best kalau dah lama makan produk Shaklee ni lebih baik daftar sebagai ahli.



Kenapa Ida kata paling best kalau daftar sebagai ahli jika dah bertahun amalkan produk Shaklee ni?


Sebabnya apa yang kita beli tu ada point dah tentu kredit tu masuk dalam ID kita. Cukup point..cukup bulan. Eh..eh ada bonus Shaklee la masuk dalam akaun bank kita. Best kan. Sebenarnya bila dah jadi ahli ni tak semestinya untuk berbisnes tapi hanya nak dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli sahaja. Mana tahu masa akan datang teringin nak berbisnes pula, tak rugi pun kan.

Image result for ahli shaklee

5 kelebihan jadi ahli walaupun makan sendiri

1. Dapat kumpul point- kalau ajak kawan dan family beli sekali -lagi banyak point boleh kumpul

2. Kalau cukup point boleh dapat duit cash bonus 



3. Boleh masuk dalam support group SIL yang aktif dan responsif, atau telegram FHS. Dalam tu ada ramai pengguna Shaklee yang berpengalaman makan Shaklee sejak tahun 2010, kongsikan pengalaman diorang. Eh jangan terkejut kalau dalam group tu ada doktor, ahli farmasi, nurse tau.

4. Ada kelas berkala tentang penyakit dan produk berkaitan jika minat nak join. Dalam masa yang sama kita akan belajar benda yang mungkin kita tak tahu sebenarnya.

5. Free consultation tak kisah nak tahu pasal cara makan supplement ke. Kenapa tiba-tiba healing crisis. Ada masalah kesihatan ke boleh je tanya Ida selagi Ida mampu nak menjawab.hehehe


2 CARA JADI AHLI SHAKLEE DENGAN MUDAH



Cara pertama

Dengan yuran hanya sebanyak RM79.50 (SM)/RM90.10(SS)

Cara kedua

Membership percuma dengan membeli produk sehingga 200uv iaitu dalam anggaran (RM500++) atau nak senang beli Twinpack Vivix (236uv) siap dapat CASH BACK BONUS lagi.

Sebenarnya ramai tak tahu bila daftar ahli automatik produk yang korang nak beli tu akan dapat harga ahli. Walaupun korang daftar ahli dan beli sebotol ESP shaklee pun still akan dapat harga ahli bila daftar.

Jadi tunggu apa lagi, bagi yang dah lama makan produk Shaklee ni, dah taknyah pusing-pusing cari pengedar, baik terus daftar ahli sahaja pastu boleh order sendiri secara online atau pergi ke branch.



Details yang perlu untuk daftar jadi ahli

>> Nama
>> No IC
>> Email
>> No hp
>> Alamat
>> Nama Bank dan nombor akaun bank


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Tuesday, May 17, 2016

SIAPA KATA SURIRUMAH SEPENUH MASA TAK BOLEH JANA PENDAPATAN LUMAYAN DI RUMAH?

Assalammualaikum...

Kalau cakap pasal kerja-kerja surirumah ni, memang sehari tak pernah habis. Dah siap kerja itu kerja ni pula yang ada. Kita dah kemaskan sebelah sana, sebelah sini pula yang bersepah. Kalau korang ibu-ibu yang takde pembantu rumah mesti tahu macam mana rasanya.




Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda

"Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat 9/10 sumber rezeki"

Jadi bagi wanita-wanita yang dah buntu macam mana nak bantu suami atau keluarga, berniaga la cara terbaik. Ada sesetengah-setengah wanita ni atau seorang ibu akan sentiasa ada niat untuk bekerja sahaja di rumah untuk jaga anak-anak dan keluarga. Membesarkan anak dan mereka depan mata sendiri. Taknak lagi hantar ke pusat taska atan pengasuh. Kos untuk seorang anak pun dah hampir RM400. Klau 2 orang anak, dah RM800. Kalau 3 orang anak, maksudnya kalau gaji RM1000 sebulan hanya habis untuk bayar duit mengasuh je.

Siapa cakap surirumah ni takde apa-apa sijil. Ida sendiri ada Diploma Teknologi Makmal Perubatan, ada cita-cita juga nak sambung sampai jadi doktor. Tapi bila rasa sayang nak biarkan anak-anak membesar dengan orang lain. Ida ambil keputusan untuk bisnes dengan Shaklee.

Macam mana Ida bertemu dengan Shaklee?

Sekarang ni zaman mengoogle kan. Ida dulu ada masalah susu kurang. Bila google Ida jumpa la produk Shaklee. Bila Ida mencuba untuk set trial menyusu, tak berapa nak menjadi. Susu masih sama. Jadi Ida stop macam tu je tapi alhamdulillah masih dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Ida mula bisnes Shaklee bila Ida bertemu dengan isteri kawan suami Ida Kak Salmi yang seorang pengedar Shaklee. Masa tu Ida mengandungkan anak kedua. Jadi buat keputusan nak buat bisnes Shaklee ni. Sebelum mendaftar jadi ahli tu, memang Ida buat research habis-habisan pasal Shaklee. Kebaikan setiap produk, buat logo fanpage sendiri. Dan kemudian Ida mulakan belajar dengan blog dari Kak Suriya Majid. Dia merupakan upline pada Kak Salmi tapi disebabkan isteri kawan suami ni kurang aktif bisnes sebab terlalu sibuk dengan kerja dia sendiri. Jadi Kak Suriya la yang banyak ajar Ida.

Ida mula buat blog pada tahun 2013 masa nak dekat-dekat tempoh nak bersalin. Paling menguatkann tanggapan Ida dengan Shaklee selepas rasa sendiri kebaikan Shaklee. Masa tu Ida cuba Set Berpantang. Memang betul-betul jatuh cinta dan teruskan makan sehingga sekarang. Dan semakin hari semakin suka dengan bisnes Shaklee ni. Lain dari lain. Sebab Ida sendiri pernah join MLM lain tapi menghampakan feel die. Ida dalam Shaklee ada sokongan banyak pihak. Setiap hari setiap masa ada je semangat yang diorang bagi, skit pun tak patahkan usaha Ida.

Biasala kita ni bila takde sale mula nak down. Tapi Ida bangkit semula dengan kata-kata upline Ida.

" Jangan kita berbisnes kerana sale, duit,untung. Tapi kita berbisnes kerana Allah S.W.T. kerana nak bantu orang lain. Jangan kita pesongkan niat kita. Contoh, jual secara tak jujur. Jual bawah dari harga runcit. "

Malah dengan bisnes Shaklee ni la dah banyak ubah diri Ida sendiri,pemikiran dan sebagainya. Ida rasa lebih puas hati bila dapat sendiri jaga anak-anak depan mata,mandikan suap makan. Dalam masa yang sama sebelah tangan lagi reply mesej customer.hehehe. Nampak kan betapa sibuknya mengalahkn ahli koperat..hahaha.

Nak Jana Pendapatan Online Untuk Bayar Sewa Rumah? from iReach HD on Vimeo.

Jadi sesiapa yang ingin berbisnes juga, terutamanya bagi surirumah sepenuh masa macam Ida. Nak bantu suami dan keluarga. Boleh la hubungi Ida dengan segera. Pendaftaran untuk jadi ahli hanya RM79.50 je seumur hidup.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya








Thursday, May 28, 2015

SHAKLEE BUKAN SEKADAR MLM

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.walaupun Ida sekarang ada bisnes baru jual baju kanak-kanak dan alhamdullilah semakin banyak permintaan. Dari tshirt sahaja ada tambah legging. Sekarang ni dah tambah amik pyjamas dan jubah untuk raya nanti. Alhamdullilah semuanya Ida hanya jual dalam group whatsapp sahaja mungkin sebab senang nak tengok.



Tapi jangan ingat Ida dah tak jual Shaklee. Ida masih jual thatway Ida masih menceritakan tentang kebaikan Shaklee di dalam blog dan wall fb. Tak boleh nak stop sebab Ida dah jatuh cinta dengan bisnes ni. Bisnes ni la yang dah membuka mata Ida,buka minda dengan lebih ke depan.


Ada yang kata Shaklee ni sama macam MLM kat luar-luar sana. Orang atas akan dapat untung. Anak bawahan kena usaha lebih. NO!!

Shaklee bukan konsep macam tu tapi konsep die ko usaha ko yang dapat. Ko usaha skit dapat skit,ko usaha lebih dapat lebih. Apa yang korang usaha. Upline korang takkan dapat apa2. Semuanya totally korang yang punye.

Ni bisnes korang sendiri. Korangla yang kena berfikir bagaimana nak kembangkan empayar korang. Upline hanya sekadar tutunkan ilmu sahaja kat korang,guide sampai korang dapat apa yang korang nak.



Itu yang Ida dapat sejak kali pertama Ida join Shaklee dulu. Memang lain dari bisnes MLM yang Ida pernah kenal walaupun tak join. Just ikut kawan-kawan je g masuk kelas die.

Bagi siapa yang buat bisnes Shaklee ni mesti faham apa yang Ida sampaikan dan Ida pun nak tolong korang ubah kehidupan korang. 

Satu je dalam pemikiran Ida. Sampai bila kita nak hidup dengan cukup-cukup makan sahaja? Kalau dulu kita study amik pinjaman PTPTN macam Ida ni. Pengajian perubatan bukan skit tau..hampir RM5ok..mana nak cari duit nak bayar semua tu. Nasib baik masih belum kena blacklist lagi. Takkan anak-anak kita pun nak buat pinjaman macam kita.

Pinjaman PTPTN paling lama kena bayar selama 20tahun!! Masa tu korang dah umur brape..contohnya dah 44tahun masih dalam status hutang. Anak lagi masa tu confirm dah study kat kolej. Takkan diorang pun nak kena beban dengan hutang.

 So Ida fikir Ida taknak anak-anak Ida tempuhi semua tu. Bukan nak doa tapi ni perkara betul. Nabi S.A.W pun ada cakap " Jika kita nak tinggalkan dunia,tinggalkan harta untuk anak-anak supaya mereka boleh hidup selesa". Bila Ida tengok anak-anak masa tidur,mengalir air mata ni memikirkan masa depan diorang. Insyallah doa seorang ibu sentiasa adalah yang terbaik!!

Bagi sesiapa yang nak ubah hidup korang. Tak perlu buat fulltime pun xpe,buat part time pun boleh asalkan ada usaha dan kesabaran.

Ida ada ceritakan betapa sukanya Ida kerja dari rumah,korang boleh klik baca di sini

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com



Monday, April 13, 2015

5 KEBAIKAN YANG BEST JADI AHLI SHAKLEE,TAK RUGI APA-APA PUN

Assalammualaikum....

Ramai yang semakin jatuh cinta dengan produk Shaklee dan masih ramai juga yang tak tahu apa itu produk Shaklee kan. Kalau buka booth masih ramai tanya Shaklee ni jual apa ye. Selamat dan halal ke? Jangan risau produk Shaklee dari 100% sumber semulajadi,selamat dan halal digunakan. Okeh entry kali ni Ida nak ceritakan 5 kebaikan yang best jadi ahli Shaklee.





Ida start join Shaklee masa mengandungkan Aqil,tak silap masa kandungan Ida dah nak 7bulan camtu la tahun 2013. Kalau sapa yang dah join Shaklee mesti dah tahu kebaikan jadi ahli Shaklee kan? Yang masih tak tahu meh teruskan membaca penerangan Ida yang simple je ni.



Okeh ini Ida senaraikan perkara best bila jadi ahli Shaklee


5 KEBAIKAN YANG BEST JADI AHLI SHAKLEE

1. Beli produk Shaklee dengan harga murah/ahli iaitu jimat sebanyak 20%.

Okeh Ida bagi contoh set paling hot la kan..Set Kurus Shaklee. Nampak tak berapa banyak beza kalau korang dah jadi ahli Shaklee.


2. Bila dah beli dapat kumpul point dan ditukarkan pada bonus pada setiap 14hb.

Dah ada duit tambahan poket kat situ walaupun beli untuk makan sendiri je.

3. Boleh jual kat kawan-kawan atau ahli keluarga menggunakan ID kita. Kan dah dapat point kat situ.

4. Boleh beli sendiri melalui online. Taknyah mintak orang lain pos kan. Kalau korangla suka orang belikan atau beli sendiri? Mesti suka beli sendiri kan.

5. Taknya susah-susah suruh orang pm kita harga. Kita boleh tengok sendiri harga dalam website Shaklee atau dalam buku manual dan terus beli.

Ni antara perkara best kalau korang join jadi ahli Shaklee. Takpe kalau korang taknak buat bisnes, mana tahu satu hari nanti korang betul-betul serius nak berbisnes kan dah mudah. Cari je orang yang korang register jadi ahli takpun kalau korang register dengan Ida. Ida yang akan guide korang dan masukkan dalam group khas.

Masih nak tahu lebih lanjut kebaikan jadi ahli Shaklee, klik di sini

Ala bukan mahal pun nak jadi ahli hanya RM65 seumur hidup tambah RM10 (untuk beg kit Shaklee). So fikir la,best tak kalau jadi ahli Shaklee? Korang tak rugi apa-apa pun. Untung lagi ada la.



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Friday, April 3, 2015

SUKANYA KERJA DARI RUMAH,TAKNYAH SUSAH CARI PENGASUH SANA SINI,KENAPA?

Assalammualaikum...

Syukur alhamdullillah masih berkesempatan nak kongsikan pegalaman Ida dalam bisnes Shaklee ni. Mesti terdetik dalam setiap hati wanita yang bekerja ni nak kerja dari rumah. Nak jaga anak sendiri,besarkan dan uruskan anak sendiri kan? Taknyah susah-susah hati nak fikir cari pengasuh atau nak tukar pengasuh la. Tukar taska anak sana sini. Kesian kat anak.



Ida ada seorang kawan,kerja hospital. Die pernah cakap nak kerja dari rumah sendiri sebab nape? Sebabnya anak die sendiri yang baru berumur beberapa tahun belum bersekolah mintak die jangan pergi kerja dok rumah jaga dia. Sedih kan? Rasa sentap je hati tu...

Ada juga seorang kawan Ida ni tak bekerja,nak buka kedai runcit dekat rumah. So Ida kata apa tunggu lagi,teruskan la niat tu. Die kata tak boleh anak kecil lagi,tunggu anak besar dulu. Kang anak kacau.


Nampak tak apa beza antara 2 contoh ni?

Bagi Ida takde alasan pun nak kerja dari rumah asalkan kita ni ade keyakinan ada semangat yang kuat. Ida dulu pun teringin nak kerja tapi selepas dapat anak sayang sangat nak tinggalkan anak untuk bagi orang lain jaga. Tambah Ida dah niat nak susukan Asyraf sehingga 2 tahun. Dalam masa yang sama ada hantar resume nak cari kerja tapi kat sini memang susah nak cari kerja bagi yang dah berkahwin semua nak single available..

So masa tu Ida decide taknak kerja nak jaga anak sendiri dekat rumah. Nak cari kerja dari rumah sendiri melalui online. So masa dulu Ida mulakan dengan dropship baju kurung dan t-shirt muslimah yang masih buat sampai sekarang. Alhamdullillah kalau time musim raya memang dekat RM1k dalam tangan sebulan. Kalau bulan biasa kurang RM1k la...



Masa Ida mengandungkan Aqil akhirnya Ida decide nak buka empayar sendiri dengan bisnes Shaklee. Ida betul-betul nekad nak kerja dari rumah. Cari duit untuk anak-anak. Dalam masa yang sama nak bantu suami.

Sebelum Ida daftar jadi ahli Shaklee lagi.. Ida dah kumpulkan semua maklumat tentang setiap produk. Dari gambar hinggakan rangka nama nak buka pages sendiri. Alhamdullillah selepas Ida daftar jadi ahli Shaklee tu Ida aturkan semua. Kerja jadi senang sebab Ida dah kumpulkan maklumat setiap produk dan alhamdullilah akhirnya Ida ada blog sendiri.


Alhamdullilah berkat niat di hati ni. Awal-awal join dah ada je orang order. Hinggakan Ida bersalin masih ada je order yang masuk. Lepas keluar hospital tu dah packing barang-barang customer untuk diposkan.

Sehingga sekarang dah hampir 2tahun Ida dengan bisnes Shaklee ni. Alhamdullilah banyak perubahan yang berlaku. Ida lebih banyak bersyukur dengan segala nikmat yang dapat. Sentiasa hati ni nak selalu dekat dengan-Nya. Dulu malas nak zikir sekarang ni all the time mulut ni tak henti-henti berzikir.

Paling ketara perubahan pada anak. Berkat Ida kerja dari rumah dan menyusukan badan direct. Anak teramat rapat dengan Ida, perkembangan dalam pembelajaran die pun bagus walaupun bukan selalu pun Ida ajar die. Dari segi kesihatan alhamdullillah susah nak jatuh sakit. Kalau demam pun 2-3hari dah sembuh.





Yang lain dari segi penjimatan beli pampers. Ida ajar Asyraf tak pakai pampers dari umur 1 tahun 5bulan. So 2tahun lebih tu dah totally tak pakai pampers even tidur malam dan pergi jalan-jalan. Dah jimat kat situ. Susu pun minum susu badan je. Masuk 2tahun selepas wean-off baru minum susu formula.

Sekarang si Aqil plak. Memang tak minum susu formula. Pampers jelah,lagi 3-4bulan Ida dah boleh ajar die tak pakai pampers lagi. Masa Ida dengan anak-anak lebih banyak. Nak uruskan rumah dan masak. Semuanya Ida boleh buat sendiri.

Rasa korang berbaloi tak kerja dari rumah? Berbaloi kan sebabya dapat lihat anak membesar berkat dari tangan kita sendiri. Dari suap makan,mandikan die,tidurkan anak..semuanya kita yang buat. Rasa puas hati sangat-sangat.


So bagi sesiapa yang nak kerja dari rumah,nasihat dari Ida buat sahaja. Jangan fikirkan nak tunggu tu la..ni la..itu semua bukan alasan untuk kita berjaya. Teruskan je niat kita dn yakin pada-Nya. Bak kata Puan Lyna Noh,"JUST DO IT!"


Just Do It! Tapi, Kenapa? from iReach HD on Vimeo.

Bagi ibu-ibu atau sesiapa sahaja yang nak kerja dari rumah,ibu-ibu yang nak uruskan anak sendiri atau dah taknak kerja lagi. Nak berhenti kerja jaga anak-anak. Jangan malu-malu hubungi Ida dan Ida bantu korang berjaya juga seperti Ida.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com


Thursday, March 26, 2015

TIPS URUSKAN BISNES ONLINE SAMBIL JAGA ANAK,ITU BUKAN ALASAN

Assalammualaikum...

Bagi orang macam kita ni yang ade bisnes online semestinya gadjet memang penting. Laptop,handphone mahupun tablet..Tapi sering kali kerja kita tergendala sebab anak-anak suka main gadjet kita. 




Kalau dah semua gadjet kita anak-anak kacau so macam mana nak uruskan bisnes online kita kan? Ada tu sampaikan suruh anak tidur awal so kita boleh uruskan order kita pada waktu malam. Kalau waktu siang jenuh berebut dengan anak-anak.

Selepas Ida tengok video ni Ida sokong 100% apa yang Puan Lyna Noh ni cakap


Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.




3 TIPS MENDIDIK ANAK GUNA GADJET

1. Kurangkan bermain gadjet/smartphone depan anak-anak

Ni tak..kalau boleh 24jam nak mengadap handphone tu. Belum lagi kalau bercakap-cakap dengan lama dalam telefon. (terasa diri ni dok layan whatsapp tapi bukan 24jam la sebab tunggu handphone charge..heheheh).

Kalau si ayahnye pula,balik kerja terbaring depan tv tapi tangan pegang handphone. Anak-anak pula sekeliling nak main sama-sama,ayah buat tak tahu je. Siap marah anak sebab kacau die merehat.

2. Tetapkan syarat jika anak nak bermain gadjet

  • Tetapkan masa. Jangan bagi anak bermain gadjet lebih dari 2 jam setiap hari. Kalau anak-anak kecil tu,jangan bagi die terlalu leka tengok tanpa sebarang gerakan. nanti boleh rosakkan otak dan mata.
  • Jangan bagi main selagi tak siap kerja sekolah
  • Takboleh main gadjet semasa makan di meja makan
  • Jangan gune gadjet semasa berkumpul 1 keluarga
  • Letak password dan simpan selepas anak guna
3. Tetapkan aplikasi yang digunakan

Kalau boleh perhatikan apa yang anak kita buat. Kalau boleh lock atau buang aplikasi tak berkenanan buatlah supaya anak-anak tak cenderung pada benda negatif


Tapi bagi Ida yang paling penting bak kata Puan Lyna. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan atau halangan. Jadikan mereka sebagai kekuatan dan semangat kita nak berjaya. Jangan sesekali leka atau menghiraukan mereka. Jangan buat seperti anak ni disisihkan.

Akhir kata dari Ida. Semoga semua ibu atau ayah yang menjalankan bisnes online akan terus berjaya dan membina syarikat atau nama sendiri. Niat dalam hati tu nak membantu lebih ramai orang agar kita dapat ganjaran di dunia dan di akhirat.Amin

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.





Tuesday, March 10, 2015

KENAPA IBU MAMPU LAKUKAN SEMUANYA DALAM SEKELIP MATA

Assalammualaikum..

Betul tak kalau Ida katakan macam ni. Seorang ibu boleh melakukan semuanya dalam sekelip mata.



Bayangkan kalau dalam masa 1 hari kita tinggalkan rumah dan anak-anak di bawah jagaan suami,apa yang akan terjadi?

Memang semuanya jadi lintang-pukang,teratur kan..


Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. from iReach HD on Vimeo.

Bukan Ida nak kata suami tak boleh buat. Ada je contoh blogger lelaki yang buat semua kerja seorang ibu seperti Ben Ashaari,Bro Framestone dan HASRUL HASSAN.Ini contoh blogger yang Ida kenal la.

Seriusly Ida dapat bayangkan keadaan rumah dan anak-anak jika kita biarkan suami kita yang lakukan semua kerja-kerja rumah..huhuhu

Itu la kelebihan kita sebagai seorang wanita. Semuanya kita boleh buat malah boleh juga berbisnes. Nampak betapa besarnya pergorbanan kita sebagai seorang isteri. Jadi para suami jangan la sia-siakan apa yang isteri korang buat. Tak mintak banyak pun cukuplah sekadar berterima kasih dan menghargai. 

Bagi surirumahtangga yang ingin memulakan bidang perniagaan secara sambilan atau sepenuh masa. Jangan malu-malu nak hubungi Ida..Tak rugi skit pun kalau korang nak berniaga,semua atas kehendak sendiri.

Kalau Ida boleh takkan korang tak boleh kan?

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Thursday, February 12, 2015

BEST BRANDS IN MLM NUTRITIONAL SUPPLEMENTS

Assalammualaikum...

Hanya perkongsian tentang Shaklee. Ida rasa BANGGA sangat berjumpe dengan bisnes Shaklee ni. Ini lebih membuktikan betapa bangganya Ida selepas Shaklee diiktirafkan sebagai "BEST BRANDS IN MLM NUTRITIONAL SUPPLEMENTS".




Ida terjebak dengan bisnes Shaklee ni sejak tahun 2013 masa tu sedang mengandungkan Aqil. Lagi beberapa bulan akan bersalin. Pada masa tu berfikir nak ubah hidup Ida memandangkan Ida amik keputusan taknak bekerja sebab nak jaga anak-anak sendiri walaupun Ida ada Diploma Makmal Perubatan dan bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.

Tapi Ida korbankan cita-cita Ida demi anak-anak membesar depan mata dengan tangan Ida sendiri.

Bisnes Shaklee ni telah banyak membuka minda dan hati Ida. Untuk mejadi lebih sabar,berfikiran positif,lebih dekat dengan-Nya,lebih tenang...tak dapat Ida gambarkan betapa seronoknya Ida join Shaklee.

Mungkin selepas korang tengok pengiktirafan ni akan mula kenal produk Shaklee ni kan. Sebab ada segelintir yang tak dapat terima Shaklee ni sebab tak percaya keberkesanan dan keselamatannya.

Bak kata "tak kenal maka tak cinta". Begitu juga Ida dulu. Ida pun rasa macam korang rasa. "Boleh caya ke produk luar negara ni?"..."selamat ke? Persoalan yang biasa ada dalam kepala hotak kita ni. Tapi bila cuba dan rasa kesan die,baru tahu kehebatan die kan...

Ok..actually dah ramai pun jual Shaklee ni tapi yang bezanya cara konsultasi atau layanan yang diterima. Buat masa ni alhamdullilah kebanyakan customer Ida berpuas hati dengan khidmat konsultasi Ida. Ida suka kalau korang luahkan apa masalah korang so senang Ida nak tahu dan cari jalan penyelesaian terbaik utk korang.

So sesiapa yang memerlukan khidmat konsulatasi terbaik dari Ida atau nak join bisnes Shaklee ni. Jangan malu-malu hubungi Ida k....

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Saturday, November 1, 2014

JANGAN PERNAH PUTUS ASA!!

Assalammualaikum..

Mungkin tajuak entry ni agak lain dari sebelum ni. Saja je Ida nak share psal jangan pernah putus asa ni. Tadi tengah baring2 sambil tengok anak-anak bermain. Biasa la of couse la rumah ni bersepah, hari-hari mana pernah kemas. Malam diorang dah tidor baru la boleh kemas. Sok pagi bersepah balik. Nama pun budak-budak kan..heheh. Walaupun memang kadang-kadang jadi 'hulk' la jugak. Yelah bila terpijak ke..mesti sakit, mulala nak melenting.



Sambil tengok anak2 bermain, Ida tengok la gelagat si Aqil. Die sekarang dah pandai jalan. Takde la banyak, tapi dah boleh la 3-4 langkah. Kena banyak praktis lagi. Tapi tengok la semangat Aqil yang jalan selangkah demi selangkah. Bila jatuh bangun semula. Membuatkan Ida sedar seketika, tengok pada kesungguhan die. Itu boleh dikaitkan dengan bisnes. Betul tak?



Mungkin ramai yang tak nampak. Dalam bisnes ni bukan boleh anggap camni.. okeh aku dah start sekarang juga aku nak jadi kaya raya. Usaha sikit je tapi nak pulangan yang banyak. Faham tak?

Kita kalau nak berjaya dalam bisnes ni kena berusaha, jangan pernah putus asa. Dah jatuh bangun balik. Bersyukur dengan rezeki walaupun sedikit. Walaupum mungkin dalam 1 bulan tu langsung takde pulangan, takde duit masuk. Jangan down tapi yakin rezeki yang Allah s.w.t beri kepada kita sentiasa ada.



Itu la yang Ida percaya dari dulu, sentiasa percaya rezeki ada. Terus berusaha jangan pernah putus asa. Bila rasa jatuh, rasa down..cepat2 la istighfar. Buang perkara-perkara yang negatif walaupun orang sekeliling kita langsung tak menyokong. Jangan kita dengar suara-suara 'hantu' yang mengherdik kita. Buang..buang semua tu. 

Hanya fikir benda positif SAHAJA! Fikir yang kita dah berjaya dan akan berjaya. Fikir apa yang kita buat selama ni tak sia-sia. Walaupun kejayaan belum dapat tapi fikir kita dah dapat kejayaan itu. Dream about it !!



So Ida harap, bagi orang2 yang berbisnes atau dengan blog ni la medium pendapatan korang. Teruskan usaha, jangan putus asa. Teruskan update hari-hari. Kalau tak sempat nak update blog takpe, cover balik bila ada masa nanti. Tapi yang paling penting Ida nak nasihatkan, berusahala mendekatkan diri dengan-Nya. 

Tips Ida nak kongsikan bagi ingin kejayaan yang berterusan.
- awalkan solat 5 waktu
- sunat dhuha
- sunat tahajud
- istighfar dan zikir
- membaca AL-Quran
- bersedekah

Mungkin ini yang Ida nak kongsikan dgn korang. Kalau siapa yang dapat rasakan ' aura ' yang Ida cakap tadi. 

Tahniah! Anda dah berjaya!!


Jangan pernah putus asa k...!!

Sesiapa yang ingin berjaya dalam bisnes Shaklee ni, boleh sertai Ida sekarang. Ida beri amaran, kalau tak nak berusaha cepat putus asa. Jangan register!! :)



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Sunday, October 26, 2014

BUAT DUIT DARI RUMAH SAMBIL URUSKAN ANAK

Assalammualaiku,,,

Pada zaman sekarang ni, macam-macam dah terjadi. Lebih-lebih lagi anak-anak yang berada di pusat asuhan atau taska. Takut sangat dengar kematian yang berlaku di pusat asuhan ni. Ya Allah, apa la salah anak-anak syurga ni hingga sanggup lakukan kekerasan terhadap mereka. Alhamdullilah walaupun Ida ada diploma makmal perubatan, tapi bila difikirkan demi anak-anak. Ida sanggup korbankan cita-cita Ida menjadi doktor kepada surirumah sepenuh masa.



walaupun habis 1 rumah disepahkan tapi hati gembira jaga mereka sendiri sambil tangan menaip melayan pertanyaan customer

Mungkin ramai ibu-ibu sekarang yang nak bekerja disebabkan keperluan hidup yang tinggi sekarang ni. Tapi bagi Ida rezeki ada di mana-mana. Selagi kita percaya pada-Nya, insyaallah selagi itu rezeki kita tak kan berhenti. Anak-anak kan salah satu punca rezeki kita?

Dulu Ida sendiri terfikir juga nak kerja untuk langsaikan hutang pinjaman PTPTN ni, bukan skit kalau ambil jurusan perubatan ni. Jadi Ida mulakan sedikit demi sedikit buat duit dari rumah sambil uruskan anak-anak.



time ni Ida baru balik dari hospital selepas bersalinkan Aqil tapi masih kuat uruskan order customer dengan pengambilan Shaklee. Terawal dari due date sedangkan baru semalam customer mesej order barang. Benda tak dijangka kan.

Bertemu la Ida dengan bisnes Shaklee ni pada tahun 2013. Sebelum ni Ida ada buat bisnes dropship baju kurung moden dan t-shirt muslimah dan Ida masih lakukan sampai sekarang. Jemputlah tengok page Baju Kurung Moden Dan Tudung. Tapi Ida lebih konsisten dengan bisnes Shaklee ni sebab apa. Sebab Ida betul-betul dah jatuh cinta dengan kebaikan dan keberkesanan Shaklee ni.

Ida dah lama tahu psal Shaklee ni masa Ida susukan Asyraf dulu, time tu Ida ada masalah kekurangan susu. Ida ambil Shaklee tapi tak konsisten so Ida stop macam itu sahaja. Selepas Ida mengandungkan Aqil tergerak hati Ida nak buat bisnes ni sejak Ida jumpe dengan isteri kepada kawan sekerja suami masa dinner company. Bermula dari situ la, Ida mulakan segala-galanya.



sambil online kelas Shaklee sempat melayan anak-anak yang bermain

Malah keterujaan Ida untuk terus buat duit dari rumah selepas Ida mengambil Set Berpantang Shaklee. Dengan motivasi dan bimbingan semangat dari leader-leader Shaklee Ida membuatkan hati ni terus membuak-buak untuk berjaya. Bersengkang mata mencari ilmu, update blog, dan baca buku. Setiap hari memang tak cukup tidur tambahan anak-anak Ida memang jenis berjaga malam.

Tapi itu semua tak membuatkan Ida berhenti macam itu sahaja. Niat di hati nak membantu orang-orang di luar sana untuk menjaga kesihatan dan buat duit dari rumah yang penting boleh menjaga anak-anak sendiri. Bagi ibu-ibu atau bapa-bapa di luar sana yang ingin lakukan seperti apa yang Ida lakukan sekarang, boleh hubungi Ida. Kita sama-sama belajar, sama-sama berjaya.

JOM BUAT DUIT DARI RUMAH SAMBIL URUSKAN ANAK!!

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Saturday, October 11, 2014

KENAPA SAYA JADI AHLI SHAKLEE?

Assalammualaikum..

Maybe ada yang tertanya2 kan, kenape mesti jadi ahli Shaklee? Kalau tak jadi ahli tak boleh ke? Okeh mai sini Ida nak ceritakan kenapa Ida nak jadi ahli Shaklee.

Ida kenal dengan Shaklee selepas Ida bersalinkan Asyraf. Time tu susu agak merundum dan Ida memang nekad nak susukan Asyraf sehingga 2 tahun. So Ida mula la search bagaimana nak tambahkan susu, dan akhirnya Ida jumpe dengan produk Shaklee. Mula-mula Ida hanya try trial set tapi sekarang dah takde k..tapi Ida makan tak konsisten. Jadi Ida berhenti cmtu je.



Masa Ida mengandungkan Aqil, ntah macam mana Ida tergerak hati nak buat bisnes Shaklee Kebetulan ade seorang isteri kepada kawan suami memang ahli Shaklee. So Ida daftar dengan die dan bermula la titik permulaan Ida betul2 jatuh cinta dengan Shaklee. Bertambah Ida jatuh cinta bila Ida merasai keberkesanan dan kebaikan Set Pantang Shaklee.Nak tahu sebab apa yang menarik Ida sangat2 nak jadi ahli Shaklee? Jom Ida ceritakan kebaikan die.


Kebaikan jadi ahli Shaklee


  • Hanya pendaftran sebanyak rm75 SEUMUR HIDUP
  • Pembelian produk Shaklee jimat sehingga 20%
  • Point pembelian setiap bulan akan ditukarkan kepada CASH BONUS
  • Bonus kepimpinan
  • Bonus tambahan
  • Insentif Coordinator
  • Insentif istimewa
  • Insentif pelancongan
  • Subsidi kereta
Kalau beli produk Shaklee time promotion beli 6 percuma 1 memang berbaloi2. Best, time ni la Ida nak buat stok banyak2. Contoh untuk promosi bulan ni ESP SHAKLEE.


ni la penguat semangat Ida dalam bisnes Shaklee


Malah ida sentiasa dibimbing sebaik-baiknya oleh leader Ida, Kak Suriya Majid. Die akan sentiasa memberi semangat pada Ida untuk berjaya.

Ini la sebabnya kenapa saya jadi ahli Shaklee. So bagi sesiapa yang berminat nak jadi ahli Shaklee tak kisah sama ada hanya untuk kegunaan sendiri atau nak mulakan impian baru dengan bisnes Shaklee. Jangan malu-malu jangan segan-segan untuk pm Ida k..Matlamat Ida nak menolong semua orang berjaya dan sentiasa sihat.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya :

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com
Personal fb : Nurul Aqidah Azahar
Instagram : @azaharnurul
Twitter : @azaharnurul1

CABARAN 1 : KENAPA SAYA JADI AHLI SHAKLEE?

Thursday, June 12, 2014

PENGEDAR TERBAIK SHAKLEE DI KEMAMAN TERENGGANU: BEST ESP SELLER

Assalammualaikum

Anda ingin dapatkan produk Shaklee penghantaran ke rumah tanpa perlu menunggu pos? Inilah masanya anda menghubungi pengedar Shaklee anda..

Saya Nurul Aqidah Azahar. Pengedar terbaik di Kemaman Terengganu berkongsi kebaikan dan keberkesanan produk Shaklee. Dijamin 100% halal, selamat dan berkesan. Malah bagi sesiapa yang ingin sertai bersama keluarga Shaklee turut dialu-alukan.





NURUL AQIDAH AZAHAR ( NO,ID: 1072934 )

sms/whatsapp/wechat : 0174636210
Instagram : @azaharnurul1
twitter :@azaharnurul

Google+ Followers