Showing posts with label ANAK-ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK-ANAK. Show all posts

Friday, March 18, 2016

3 TIPS KAWAL MARAH PADA ANAK

Assalammualaikum..

Kita ni kadang-kadang memang akan marah pada anak. Yelah kita ni semuanya tak sempurna, bukan boleh tahan sabar kadang tu. Ibu mana la suka nak marahkan anak-anak.



Ida sendiri pun bukan suka sangat marahkan anak-anak. Kadang tu jadi geram, darah tu tiba-tiba naik mula la nak angin. Bila dah marah mula la datang rasa sedih dan bersalah. 



Ini ada 3 tips untuk kawal marah pada anak. Ida sendiri masih cuba untuk kawal rasa marah pada anak-anak.Insyaallah moga ni dapat membantu.

3 TIPS UNTUK KAWAL MARAH PADA ANAK

1. Tarik nafas dan bertenang


Ini betul-betul kena motivated diri sediri. Sebelum marah pada anak,fikir dulu. Buat apa aku marah budak yang tak tahu apa-apa.Masih belajar tentang kehidupan. Memang susah tapi kita cuba. Walaupun Ida sendiri belum kuat lagi.

2. Keluar dari zon marah




Cara ni Ida selalu cuba buat. Bila anak mengamuk, kita mula nak marah. Ida akan duduk diam,langsung tak bercakap atau masuk dalam bilik. Biar anak menangis dulu. Dalam masa tu Ida cuba istighfar banyak kali. Tak sampai  5 minit pun mood Ida dah ok, so anak pun tak kena marah. Cuma kena berleter je.hehehhe.

3. Sertai kumpulan sokongan




Kita ni tambah kalau surirumah sepenuh masa kena jual bergaul dengan orang lain yang ada pengalaman macam kita. Kalau boleh biarla bergaul dengan orang yang berfikiran positif, jangan nak main bergaul je dengan sesiapa pun. Sekarang ni dah banyak group di FB atau whatsapp yang korang boleh join. Bersembang untuk lepaskan stress tapi hal peribadi jangan la cerita pula ye.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Monday, October 26, 2015

8 CARA ATASI BATUK DAN SELSEMA ANAK-ANAK SECARA SEMULAJADI

Assalammualaikum..

Setiap tahun mahupun setiap bulan, mesti anak-anak dan bayi akan ke klinik atau hospital kerana mengalami batuk dan selsema yang teruk. Lebih teruk bagi anak-anak yang mempunyai sistem imun yang rendah.



Beberapa tanda-tanda selsema dan batuk pada bayi adalah hidung sesak atau berair, demam gred rendah sehingga 100.4 darjah Fahrenheit, bersin, batuk, hilang selera makan, cepat marah dan sukar tidur. 

Di Akademi Pediatrik tak menggalakkan pemberian ubat-ubatan kepada anak-anak bawah dari 6 tahun kerana mempunyai kesan sampingan yang boleh membawa maut. Sebaiknya dilakukan dengan cara semulajadi. Ini ada 7 cara atasi batuk dan selsema anak-anak secara semulajadi.


7 CARA ATASI BATUK DAN SELSEMA ANAK SECARA SEMULAJADI


1. Mandikan dengan kerap




Untuk mengurangkan demam pada anak-anak digalakkan mandi dengan air sejuk untuk mengawal suhu badan yang terlapau panas. Jangan la terlampau sejuk plak.Biarkan mandi dengan lebih kerap kerana ia juga akan membantu anak tidur lebih lena. Untuk bayi boleh sahaja sekadar lap badan dengan tuala basah.

2. Lemon




Lemon adalah salah satu bahan yang sangat bagus. Ia kaya dengan vitamin C, lemon membantu meningkatkan sistem imun dan membantu badan dalam melawan selesema dan selesema. Bagi anak-anak minum beberapa kali sehari. Boleh tambah sedikit gula atau madu.


3. Madu




Madu adalah ubat yang selamat untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan lebih tua yang mengalami selesema atau batuk. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang tinggi, anti-oksida dan imun-merangsang yang membantu mengurangkan batuk, melegakan sakit tekak dan membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.

4. Sup Ayam Panas




Bagi kanak-kanak yang lebih tua dari 1 tahun, sup ayam panas adalah pilihan yang hebat apabila mengalami selesema atau batuk. Ia sangat membantu melegakan kesesakan. Antioksidan dalam ia mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu sup ayam meningkatkan fungsi silia perlindungan dalam rongga hidung yang menghalang contagions daripada memasuki badan.

5. Oren




Vitamin C dalam buah oren membantu meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih yang melawan kuman sejuk menyebabkan. Ia juga meningkatkan sistem imun untuk mengurangkan gejala seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair.

6. Halia 




Merupakan satu lagi ubat yang sangat popular semula jadi untuk selsema dan batuk kerana anti-radang, anti-bakteria, anti-virus. Ia juga berkesan di mendorong berpeluh dan menghilangkan panas, yang seterusnya melegakan demam ringan. Di samping itu, ia meningkatkan sistem imun untuk membantu mempercepatkan pemulihan. 

7. Cuka epal




Untuk mengurangkan demam kanak-kanak, cuka epal adalah ubat yang sangat berkesan. Sifat berasid yang membantu menarik haba keluar dari badan melalui kulit. Tuam mereka dengan cuka epal dan letakkan pada perut atau boleh mandikan untuk anak yang lebih dari 2 tahun.


8. Penyusuan




Susu ibu adalah salah satu ubat yang paling mujarab kepada anak-anak yang sakit. Sentiasa bersyukur yang korang masih berpeluang nak susukan anak sehingga sekarang. Susu ibu menyediakan keseimbangan unik nutrien untuk membantu badan-badan mereka melawan jangkitan dan pulih lebih cepat. Bayi berumur kurang daripada 6 bulan perlu diberikan susu ibu untuk melawan virus yang menyebabkan selsema atau batuk. 




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Tuesday, October 20, 2015

10 CARA MEMBANTU ANAK BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Assalammualaikum...

Kanak-kanak memang suka bermain. Walaupun semasa makan atau pun sedang belajar mereka suka bermain terutamanya pada usia 6 tahun ke bawah. Masa ni otak pemikiran mereka suka terokai dan ingin tahu semua perkara.


Sebenarnya masa ni la paling sesuai nak ajar benda dan perkara yang baik. Sebab itu la ibu bapa kena tunjukkan teladan yang baik. Tapi bagaimana nak ajar jika mereka suka bermain? Mesti la ada caranya. Ini ada 10 cara membantu anak belajar sambil bermain.

10 CARA MEMBANTU ANAK BELAJAR SAMBIL BERMAIN

1. Mewarna


Warna dan kanak-kanak memang sangat sinonim. Anak-anak boleh duduk berjam lamanya hanya fokus pada mewarna. Mereka suka warna warni macam ni. Walaupun bersepah atau kotor, jangan la marah. Aktiviti sebenarnya membantu dan merangsang anak-anak untuk mengenal pelbagai warna. Gunakan segala peralatan mewarna seperti pensel warna, krayon, warna air dan sebagainya. Boleh juga buat warna sendiri seperti ini.

2. Berimaginasi dengan kadbod


Hampir semua kanak-kanak gemar bermain dengan kertas kotak atau kadbod. Mereka boleh berimaginasi menjadikan kotak sebagai kereta, kapal terbang, rumah anak patung dan sebagainya. Kalau korang lebih kreatif boleh tambah aksesori tambahan pada kadbod tu. Contoh seperti kereta, letakkan lampu dan nombor plat.

3. Doh mainan


Kanak-kanak kan suka benda warna warni. Permainan doh membantu untuk merangsang daya kreaktiviti mereka untuk membentuk objek ikut pada imaginasi diorang. Doh mainan ini boleh juga dibuat sendiri menggunakan tepung. Boleh klik di sini

4. Menggunting dan melekat


Jika diperhatikan setip kali kita menggunakan pisau atau gunting, anak-anak mesti nak ambil untuk mencuba. Sekali sekala berikan peluang untuk mereka untuk mencuba. Belikan gunting plastik yang dijual di kedai buku. Masa diorang menggunting ni ibu bapa kena la berada di sisi bersama, pantau benda-benda macam ni. Mereka tak tahu benda ni berbahaya. Berikan gunting dan kertas. Biarkan mereka gunting dan lekatkan. Ini merangsang kemahiran motor halus mereka.

5. Memasak bersama


Tak salah kalau sekali sekala ajak anak memasak bersama di dapur tak kira lelaki atau perempuan. Contohnya buat kek atau muffin bersama-sama. Biar dia pelajari proses memasak macam mana. 

Asyraf memang suka tolong Ida kalau Ida ada kat dapur.Ada je die minta lobak merah la,sayur la nak potong.

6. Kraf daun kering


Keluar dari rumah dan kutiplah beberapa helai daun kering yang gugur. Kumpulkan pelbagai bentuk dan jenis. Kemudian tampal pada buku. Berikan pada anak-anak pen penanda dan lakarkan mata, mulut dan telinga pada kertas bagi membentuk satu karektor seperti ular, kucing dan sebagainya.

7. Bermain blok kayu


Aktiviti ini bagus untuk merangsang kreativiti dan daya imaginasi anak. Permainan blok kayu boleh dikatakan antara mainan asas mesti ada dalam koleksi alat permainan anak. Walaupun ramai yang tak suka sebab bersepah tapi sebenarnya ia bagus untuk anak-anak untuk membantu membina keyakinan diri.

8. Origami


Ini salah satu aktiviti yang paling digemari kanak-kanak. Ibu bapa perlu menunjukkan cara dan anak akan mengikut langkah-langkah tersebut. Ia membantu anak meningkatkan kemahiran otot tangannya ketika belajar membuat lipatan itu.

9. Dress up atau fesyen


Permaianan ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Ibu boleh letakkan satu tempat khas yang penuh dengan aksesori, skaf dan sebagainya untuk anak-anak berlain. Ini akan membantu mereka berimaginasi dengan gaya yang disukainya sekaligus membantu tingkatkan keyakinan diri. 

10. Tiru lakonan watak


Kanak-kanak sangat suka bermain meniru watak atau peranan seseorang. Mudah dilihat jika mereka menonton kartun di tv. Mesti ada sesuatu gaya yang mereka suka ikut nanti. Sebab itu la ibu bapa kena pantau apa yang dilihat oleh anak-anak supaya tak menjadi tabiat atau perlakuan yang tak baik masa akan datang. Cara ni akan membantu anak-anak untuk bercakap dengan lebih lancar dan baik. 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Monday, September 28, 2015

5 TANDA ANAK SIHAT DAN CERGAS,AKTIFNYA!

Assalammualaikum...

Anak-anak sentiasa memerlukan tenaga yang lebih untuk aktiviti harian.Kita sendiri perlukan badan yang sihat dan cergas begitu juga anak-anak. Setiap hari mereka akan belajar benda yang baru dan memerlukan daya ingatan yang sangat baik.



Kita mesti taknak anak-anak kita kelihatan penat dan tak bermaya. Diam, tak aktif, mudah jatuh sakit. Susah hati kan kalau anak jadi macam ni? Ini ada 5 tanda anak sihat dan cergas


5 TANDA ANAK SIHAT DAN CERGAS

1. Aktif dan sihat



Anak-anak sentiasa sihat dan bergerak aktif. Mereka memang tak mudah rasa letih sampaikan kita yang letih melayan diorang kan? Ini sebabnya masa tahap ni mereka suka belajar, ingin tahu apa yang ada disekeliling diorang. Jadi mereka memerlukan segala khasiat yang diperlukan oleh badan.

2. Berselera makan



                  
Tengok selera anak-anak semasa makan. Masak makanan kegemaran die dan perhatikan. Jika die tak sihat mesti die kurang makan. Selalunya anak yang sihat tidak akan menolak makanan yang diberikan. Hidangan makanan yang mengandungi terlalu banyak gula tambahan akan membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula selain mengurangkan selera makan mereka.

3. Mempunyai berat badan ideal




Kanak-kanak yang sihat bermakna mereka mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan usia dan ketinggian mereka. Berat badan yang ideal dapat diperoleh daripada tabiat pemakanan yang sihat. Jangan beri anak-anak makanan atau minuman yang manis dengan kerap. Makanan dan minuman yang mengandungi gula tambahan yang tinggi boleh menjadi punca kanak-kanak mudah obesiti. 


4. Tidur lena




Anak yang kurang tidur atau tidurnya tidak lena akan terganggu pertumbuhan yang sihat. Ini kerana kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama daripada orang dewasa. Ini kerana masa pertumbuhan anak dan perkembangan otak mereka berlaku dengan drastik ketika anak sedang tidur. 


Para pengkaji di University of Colorado Boulder, mendapati semasa pertumbuhan ini, tidur membolehkan otak memperkuatkan hubungan terhadap sel-sel yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan otak si kecil. Kajian lain dari jurnal Brain Sciences di tahun 2013 juga menemui fakta bahawa perkembangan hubungan antara otak bahagian kanan dan kiri meningkat sehingga 20 peratus pada waktu tidur malam.

5. Lancar buang air besar




Kalau anak-anak menalami masalah sembelit atau cirit birti yang teruk ini menunjukkan sistem pencernaannya dalam keadaan tidak sihat.





Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Tuesday, September 15, 2015

8 CARA PUJUK ANAK YANG SUKA BALING BARANG

Assalammualaikum..

Emosi anak bila umur semakin meningkat memang akan berlainan. Masing-masing ada cara diorang tersendiri. Macam orang dewasa juga, kita tak boleh nak jangka apa mood diorang masa tu. Sedih ke gembira ke. Anak-anak lagi la diorang tak boleh nak bercakap tapi tunjukkan dalam bentuk perbuatan.


Selalunya anak tunjukkan emosi pada usia 18 bulan hingga 3 tahun. Masa ni la memang ibu-ibu rasa sangat tercabar. Ada anak-anak yang suka menangis, ada yang suka baling, ketuk kepala ada juga yang suka baling barang. Ini ada 8 cara pujuk anak yang suka baling barang

8 CARA PUJUK ANAK YANG SUKA BALING BARANG

1. Pegang tangannya


Masa anak melontar barang pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan dengan benda lain seperi bola plastik. Alihkan perhatian die dengan ajak bermain permainan yang baru.

2. Jangan jerit


Kita bila anak suka lempar barang kita pun akan menjerti. Elakkan dari jerit sebab die sedang belajar, dengan cara baling barang ia akan menjadi satu ancaman pada korang supaya keinginan die akan diberikan.

3. Pandang matanya dan berkata


Anak pada usia ini tidak akan mendengar si ibu yang membebel. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, “Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti.”

4. Lontar bersama


Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Apa kata korang sekali sekala baling sekali dengan anak-anak. Baling barang plastik la ye..

5. Konsisten


Bila korang dah larang, jangan bagi die buat lagi. Jangan terlalu layankan anak-anak yang merengek sebab tak dapat baling barang. Jauhkan dari barang bahaya dekat dengan die.

6. Suap atau berhenti


Jika anak suka baling makanan jauhkan makanan dari die. Angkat terus pinggan suapkan pada anak perlahan-lahan sehingga anak kenyang.

7. Cuba masuk dunia si kecil


Kenal pasti sama anak sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah. Kalau die baling sebab marah peluk la die sampai tenang. Jangan cuba bercakap sebab korang pun mungkin dalam keadaan marah.

8. Pujuk dan lakukan bersama


Jangan memaksa anak mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak: “Sayang, mari kita cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya!”

Ida pun masih dalam mood nak ajar anak-anak. Si Aqil memang suka baling barang, tapi Ida suka biarkan. Mungkin selepas ni kita boleh sama-sama belajar dari kesilapan.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Wednesday, July 29, 2015

10 TIPS BANTU ANAK LEBIH SIHAT DAN CERIA

Assalammualaikum..

Bukan kita je yang nak hidup yang lebih sihat begitu juga dengan anak-anak. Semestinya kita sendiri pun nak anak kita hidup dengan gaya lebih sihat. Taknak la anak-anak selalu jatuh sakit dan ada penyakit. Semuanya penyakit datang dari-Nya tapi kita sendiri boleh elakkan dari semua ni berlaku kan.




Anak-anak terdedah dengan macam-macam pencemaran di sekeliling mahupun di rumah ataupun di sekolah. Pemakanan yang tidak sihat juga mempengaruhi kesihatan anak-anak.Ini ada 10 tips bantu anak lebih sihat dan ceria.


10 TIPS BANTU ANAK LEBIH SIHAT DAN CERIA

1. Kita sebagai model



Anak akan ikut apa yang kita buat. Jika kita lakukan perkara yang salah,anak juga akan ikut. Jadi bila kita amalkan pemakanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, anak juga akan cuba makan apa yang kita makan.

2. Berfikiran positif


Anak-anak yang baru belajar memang tak suka perkara yang diorang lakukan dimarah dan ditegah. Apa kata korang wujudkan perkara yang positif,tegur mereka denga secara baik. Kalau perkara yang baik,puji mereka dan berikan ganjaran. Anak-anak memang suka dipuji,percaya la..

3. Lakukan bersama



Lakukan aktiviti bersama-sama. Contohnya kalau korang suka berjogging apa kata ajak sekeluarga juga berjogging. Bawa anak-anak mesti diorang akan rasa seronok. Malah badan anak pun akan lebih cergas kan. Paling senang main sorok-sorok dalam rumah. Mesti seronok.

4. Lakukan dengan realistik

Jika kita nak melihat anak kita berubah kita mesti lakukan dengan beransur-ansur,bukannya secara drastik. Ini memberikan kejutan pada mereka dan mereka mungkin tak dapat nak terima perubahan tersebut.

5. Hadkan masa depan TV


Hadkan masa diorang menonton kartun dan bermain video game supaya mereka tak jadi ketagih. Bila anak-anak dan ketagih mereka akan jadi malas dan mengundang pada gaya hidup yang tidak sihat. Malah mungkin membuatkan mereka taknak makan dan makan makanan yang tidak sihat. Jangan biarkan mata anak-anak tertumpu pada 1 objek sahaja. Biar mata mereka bergerak perhatikan sekeliling.

6. Ketahui keistimewaan anak-anak



Setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Masa yang terluang apa kata korang korek apa keistimewaan mereka. Mungkin dalam tidak sedar sebenarnya anak kita seorang pelukis yang baik atau mungkin pandai berenang. Biar mereka lakukan aktiviti yang diorang suka.

7. Berikan ganjaran yang baik



Jika korang nak berikan ganjaran kepada anak. Elakkan ganjaran yang tidak sihat seperti menonton tv atau bermain video game. Cari cara lain untuk beri ganjaran pada mereka contonhya "Kalau abang simpan mainan dalam bilik,mummy akan belikan buku yang baru". Ini la teknik yang selalu Ida cakap kat Asyraf.hehehe. Kalau die nangis Ida pujuk la nak bagi gula-gula tapi 1 je. Tapi bukanlah setiap kali nangis Ida nak bagi.hehehehe

8. Makan bersama-sama



Amalkan makan bersama-sama setiap hari. Kalau ibu bapa yang bekerja mungkin tak sempat nak makan tengahari bersama. Takpe makan malam bersama-sama. Kalau tak sempat makan malam sekurang-kurangnya setiap hujung minggu habiskan masa bersama-sama keluarga dan anak-anak.

9. Perhatikan anak-anak

Pastikan dan perhatikan anak-anak sentiasa sihat. Kalau nampak anak-anak tiba-tiba diam atau tak aktif,cepat-cepat periksa suhu atau sebagainya. Kalau anak dah pandai cakap senangla nak tanya, ni kalau yang belum pandai cakap. Kita la kena tahu apa puncanya. Kalau rasa suhu anak tinggi,cepat-cepat la bawa ke hospital. Jangan lengahkan masa!

10. Buat permainan membaca label



Sekali sekala buat permainan untuk anak-anak membaca label makanan yang sihat. Tunjuk la gambar lobak merah. Terangkan warna dan katakan ia bagus untuk mata. Ida selau cakap macam tu kat Asyraf. Setiap kali die nampak lobak merah,mesti die akan cakap " Ini carrot untuk mata". Asyraf cakap campur-campur..melayu dengan english. Tu yang kadang-kadang gaduh juga dengan die. Ida kata ni singa,die kata bukan la ni lion. Pastu jenuh kena terangkan singa dan lion tu sama..huhuhu



Gabungan lengkap 4 supplement ini untuk membantu anak-anak lebih sihat dan pandai. Set anak pintar sihat ni membantu meningkatkan metabolisma dan sistem imun anak-anak. Sekaligus merangsang perkembangan otak dan daya kefahaman mereka di sekolah.

Antibodi anak-anak sememangnya tak kuat macam kita. Mereka mudah diserang sakit terutamanya anak-anak yang dihantar seharian di taska. Kalau antibodi anak tak sihat,mudah dijangkiti sakit anak-anak yang lain.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Google+ Followers