KATA MADAH 24#

Assalammualaikum...


Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Allah takkan berikan kita ujian yang melebihi kemampuan diri kita. Dia tahu segala-galanya. Jadikan setiap ujian yang berlaku itu satu pengajaran, iktibar pada kita untuk berubah menjadi yang lebih baik. Kerana setiap kejadian itu sebenarnya akan memberikan kita kekuatan, kesabaran yang sangat tinggi dalam diri kita.

SEGMEN BLOGLIST WANTED BY TIARA SAPPHIRE

Assalammualaikum...


klik pada banner

segmen ni sempoi sahaja so kalau berminat korang cuma perlu:

  1. Follow blog Tiara Sapphire dan Tinggalkan Link blog korang kat kotak komen ok.
  2. tak payah copy banner atau buat post.
  3. Due Date : 31 Ogos 2019

KRIM HERBAL BLEND SHAKLEE MULTIPURPOSE

Assalammualaikum...

Uolls kita nak kenalkan awak dengan satu krim serbaguna dari Shaklee. Namanya Herbal Blend Multipurpose atau nama glamernya HB. Bukan Happy birthday ye..hahaha.



Kebanyakkan yang tanya pasal krim ni mestilah golongan mak-mak untuk sapu pada anak kecil. Biasalah kulit kanak-kanak memang cepat sensitif. Sekejap naik merah..kering atau ruam.

Satu tiub boleh guna 2-3 bulan. Bukan sahaja sesuai untuk anak kecil malah sangat sesuai untuk seisi rumah
Selalunya krim herbal blend ni digunakan untuk;

⭐Ruam lampin anak
⭐Ruam kat muka anak
⭐Tumit pecah
⭐Tangan kering
⭐Kena air panas
⭐Gatal kena gigit nyamuk
⭐Bibir kering


Dan dan..apa yang bestnya krim ni. 100% semulajadi. Tak ada bahan kimia bahaya macam SLS. So SELAMAT!

Krim ni memamg cepat habis sebab ramai sangat yang suka sangat. Kadang tu beli beberapa botol untuk diri sendiri pun dah habis sebab kaum ibu-ibu suka guna krim ni.

Oleh sebab itulah ida nak kongsikan pasal krim best dengan uolls. Biar sama-sama rasa manfaatnya


Kalau uolls nak, nanti PM je ida. Pantas ida akan poskan kat uolls semua.

Setiub RM47.50 SM/RM57.50 SS





Klik di sini untuk order segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS YANG RANGUP DAN LEMBUT

Assalammualaikum...

Raya tahun ni kali pertamanya Ida cuba buat Biskut Famous Amos ni. Uolls pun tahu kan, biskut ni resepi orang lain-lain. Ada keras..ada lembut. Alhamdulillah resepi yang Ida dapat di dalam facebook memang terbaik. Sangat lembut dan rasa crunchy dia. Anak-anak siap suruh buat lagi. Allah insyaallah la kalau rajin.hehehe



Dulu takut nak buat biskut ni sebabnya kalau salah adunan memang biskut ni jadi kembang semangkuk la. So memang makan kat rumah orang je. Jom Ida kongsikan resepi biskut Famous Amos ni, so uolls boleh cuba nanti. Tak perlu nak tunggu time raya pun boleh makan.

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS YANG RANGUP DAN LEMBUT


Bahan A (kacau sampai kembang)

  • 250g mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan gula perang
Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • 2 cawan coklat chip
  • extra Ida letak badam flakes nak ada rasa kekacang sikit

Cara-caranya:


1. Selepas uolls dan uli semua adunan tu wrap bekas adunan tu dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

2. Bila dah siap sejukkan adunan tu boleh la uolls mula bentukkan adunan. Guna sudu pun boleh..tangan pun boleh. Alert! Pastikan uolls buat bentuk jangan terlalu besar sebabnya nanti biskut ni akan kembang.

3. Bakar adunan tu selama 20 minit 150'C (ikut oven masing-masing). 

4. Sejukkan biskut dah siap tu sebelum simpan dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!

11 MOST POWERFUL ANTIBIOTICS

Assalammualaikum...


11 MOST POWERFUL ANTIBIOTICS



 Apple cider vinegar

Garlic
Ginger
Horseradish root
Onion
Habanero peppers
Oregano oil
Turmeric
Echinacea (herb)
Raw honey
Colloidal silver

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalammualaikum...

Awal sikit Ida nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kat uolls. Takut nanti tak sempat sebab ada buat korban tahun ni.


Raya ni hanya di sini sahaja selalunya tapi selepas korban raya ke-2 nanti insyaallah Ida bersama anak-anak akan ke Johor. Kebetulan dah lama tak balik jumpa Ibu so ambil kesempatan cuti sekolah ni nak balik sana sekejap.

Musim haji ni kebanyakkan negeri dilanda angin ribut kan. Di utara sampai terbang atap bumbung. Ada jugak yang telah meninggal dunia disebabkan angin ribut tahun ni. Innalillahiwaiinailairojiun...takziah pada keluarga mangsa.

Di Kemaman juga dilanda ribut semalam dan pagi ni. Kuat jugak sampai ada beberapa rumah atap tercabut. Malah di Kota Mekah ketika umat Islam melakukan wukuf di Arafah jugak di sana dilanda angin ribut. Tapi ini semua tak menganggu ibadah mereka di sana insyaallah.

BIla lihat video orang melakukan haji rasa sedih..rindu nak ke sana lagi. Semoga mereka dapat haji yang mabrur dan berharap jugak kita dapat pergi sebelum ajal tiba. Lagi bagus kalau dapat pergi sebelum umur 40 tahun. Insyaallah badan masih kuat lagi nak melakukan ibadah. Tapi itu perancangan Allah..kita hanya merancang, Allah yang tentukan.

HEALTH QUOTES 13#

Assalammualaikum...



HEALTH ISN'T JUST ABOUT WHAT YOU EAT.
IT'S ABOUT WHAT YOU ARE THINKING AND FEELING TOO..


#KEEPAWAYFROMSTRESS

TIPS PADANAN WARNA TUDUNG DENGAN BAJU YANG SESUAI

Assalammualaikum...

Kaum wanita ni kalau bab nak matchkan baju dengan tudung kemain ambil masa lama. Kalau mata lelaki nampak warna tu sama je. Tapi kaum wanita ni warna hijau tu pun nampak lain-lain. Ada kodnya tau. Jangan main-main dengan kuasa mata wanita ni.hahaha

Hari ni Ida nak kongsikan sedikit tips padanan warna tudung dan baju untuk uolls. So lepas ni taknyah nak pening-pening lagi nak matchkan baju dengan tudung uolls.


TIPS PADANAN WARNA TUDUNG DENGAN BAJU













Macam Ida kalau pening sangat senang beli warna hitam je matching dengan semua warna.hahaha. Hitam itu kan menawan.

KATA MADAH 23#

Assalammualaikum..




Sentiasalah berdoa agar Allah jadikan hati kita agar lebih bersabar dengan ujian yang datang. Kerana setiap ujian yang datang menandakan Allah sayang pada kita. Agar kita kembali ingat padaNya.

Dan percayalah setiap kesusahan ada kesenangan kelak. Jika bukan di dunia mungkin di akhirat. insyaallah

CARA MENGGUNAKAN YOUTH MASKER DENGAN BETUL : MASKER SHAKLEE

Assalammualaikum...

Baru-baru ni Shaklee ada keluarkan produk skincare bari iaitu Masker Youth. Uolls boleh baca dekat sini. So ramai yang jugak yang dah beli dan masih keliru cara nak pakai masker ni dengan betul. Jadi kali ini Ida akan kongsikan cara menggunakan Youth Masker dengan betul.




Cara Menggunakan Youth Masker Dengan Betul

1. Purifying Clay Mask


Detoks Kulit Anda!

Selepas seharian kita terdedah dengan pencemaran di luar. Ini la masanya uolls gunakan clay mask ni untuk detoks kulit agar semua kotoran kat luar sana tu buang jauh-jauh dari kulit uolls.

Untuk dapatkan kesan yang lebih baik uolls boleh gunakan Purifying Clay Mask ni di bahagian T-zone dan Hydrating Gel Mask di bahagian pipi.

2. Hydrating Gel Mask


Kekalkan Kelembutan Sepanjang Hari!

Bagi uolls yang kerja di dalam office, penghawa dingin memang akan menyebabkan kulit uolls jadi kering. Untuk atasi masalah kulit kering tu uolls mesti gunakan Hydrating Gel Mask ni.

Masalah Jerawat? Tiada masalah!

Uolls boleh gunakan Purifying Clay Mask sebagai treatment pada kawasan kulit yang berminyak dan berjerawat. Hydrating Gel Mask uolls letak pada bahagian kulit lain.

Petua untuk kulit berusia


1. Gunakan kedua-dua jenis Masker ni secara berturutan pada hari yang sama.

2. Gunakan secara selang seli setiap hari untuk menambah nutrien dan kelembapan kulit. Contoh Masker Clay pada hari 1,3,5 dll manakala Masker Hydrating pada hari 2,4,6 dll.


Klik di sini untuk pembelian dengan segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

PANIK LAPTOP TAK BOLEH ON!

Assalammualaikum...

Semalam iba-tiba jadi gabra tak tentu pasal. Kisahnya Ida nak buka laptop nak update blog selepas beberapa hari tak jenguk. Bila time nak buka tu tiba-tiba langsung tak menyala lampu on. Letak bateri laptop lampu laptop menyala tapi still tak on. Dah risau nak buat macam mana ni. Kemain cari nombor orang yang repair laptop area Kemaman ni.





Tanya la masalah semua, kos berapa. Lepas bagitahu harga, Ida kata ok nanti saya mesej semula bagi jawapan. Tiba-tiba terfikir nak buka Youtube dan tengok mungkin ada tutorial nak buka laptop yang blank ni. So ada lah satu tutorial ni.


Mulanya Ida buat macam ni tak menjadi. So Ida tunggu sampai petang dan cuba lagi. Alhamdulillah menjadi lepas tu. Selamat dah. Tadi kemain lagi cemas takut hard disk rosak ke apa. Dah la banyak gambar dalam laptop ni, takde simpan backup dalam CD ke apa. Nasib baik.

So korang yang ada masalah laptop ke lepas ni try buka Youtube kot ada tunjuk tutorial die. Selamat duit korang. Kalau tk boleh jugak kena hantar repair la jawabnya. Kalau rasa tak berbaloi..sila beli laptop baru..hahahaha