UMRAH BERSAMA TABUNG HAJI TRAVEL & TOURS (THTS)

Assalammualaikum..

Kali ni Ida nak kongsikan dengan korang pakej umrah yang company suami ambil sebagai perkhidmatan umrah kami tahun lepas.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebelum penerbangan kami ke sana.



UMRAH BERSAMA TABUNG HAJI TRAVEL & TOURS



Tabung Haji Travel bukan sahaja melakukan perkhidmatan bagi mereka yang nak melakukan haji dan umrah malah untuk mereka yang ingin melancong ke luar negara.

Mereka telah bergiat hampir 46 tahun dan alhamdulillah sentiasa memenuhi kepuasan pelanggan mereka. Jangan risau pembimbing atau guide mereka sangat professional.




Kenapa Ida kata macam ni?


Sebab Ida kenal sendiri dengan Timbalan kumpulan rombongan semasa umrah masa tu. Puan Badariah Bt Bujang. Serius memang peramah, baik, senyum je. Kalau tegur tu selalu mengusik dia.




ajak selfie bersama semasa ziarah selamat tinggal di Masjid Nabawi


Sesama kami jemaah pun gelak gurau senda macam dah lama kenal. Layanan pun sangat bagus. Kalau ada masalah, cari je Kak Badariah.

Bagi mereka yang nak buat umrah, kursus yang diberikan juga percuma. So korang bolehlah tengok tempat mana yang berdekatan dengan korang untuk hadir dengar ceramah.




Harga pakej ikut pada kemampuan korang, berbeza ikut tiket flight yang korang pilih. Masa Ida pergi umrah tu naik flight MAS, walaupun seat ekonomi tapi selesa jugak. Layanan pun bagus.

Bab makanan semua diorang dah sertakan sekali dalam pakej. So masa di sana tak risau lah kalau bab makan tu. Time waktu makan, turun je pergi makan dekat dewan makan. Tak payah pening-pening lagi nak cari makanan kat luar. Sekali sekala nak beli makanan kat pak arab tu boleh je. 

Sebab ada Ida jumpa pakej perkhidmatan lain, takde disertakan makanan. So kesian dekat mak cik-mak cik tua yang nak kena cari makanan kat luar. Diorang tanya pada Ida mana nak cari makanan di sana. Kalau kita orang muda ni takde hal nak makan apa pun. Di sana pun memang ada Mc Donalds juga tapi takkan la orang tua nak makan makanan macam tu. Sekali sekala bolehlah.









Bagi yang berminat nak ambil Tabung Haji Travel & Tours sebagai pakej perkhidmatan umrah mahupun pelancongan korang boleh lah pergi kat media sosial diorang.

Pendapat Ida tentang THTS ?

Alhamdulillah bagi Ida memang memuaskan. Layanan pun bagus, ada masalah tanyakan je. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berusia yang memang memerlukan layanan lebih dari yang lain. Mutawwif yang kendalikan setiap kumpulan kami pun bagus semuanya. 



Post a Comment

1 Comments


  1. bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...

    ReplyDelete