MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 5

Assalammualaikum

Wah dah masuk part 5 pun. Dah nak habis cerita yang boleh Ida kongsikan.




So kita sambung ye



MY UMRAH JOURNEY


Sambung pada cerita hari sabtu tu selepas kami ziarah ke Masjid Quba' dan Masjid Qiblatain. Kami juga pergi menziarahi Jabah Uhud, Maqam Penghulu Syuhada' dan Medan Peperangan Khandaq. Maqam die berpagar, memang tak boleh masuk. Hanya tengok dari luar sahaja.

Ringkasan sejarah Jabal Uhud & Maqam Penghulu Syuhada'

Jabal yang berarti gunung sedangkan Uhud yang berarti menyendiri memiliki kehususan tersendiri dalam Sejarah dakwah Rasulullah Saw. Dari hal Gunung yang menintai Rasulullah Saw, Gunung yang menjadi saksi Syuhada Uhud, dan Gunung yang akan ada di surga nanti


Sabda Rasulullah SAW mengenai Jabal Uhud Nabi SAW bersabda, 'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di surga'," demikian hadis yang dirawikan HR Bukhari.


Rasulullah SAW bersama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar Al-Faruq RA, dan Sayyidina Usman bin Affan RA. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.


Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda, "Tenanglah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya." Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.Syuhada Uhud


Jabal Uhud ini menjadi saksi para Syuhada Uhud yang syahid di peperangan Uhud. Nabi ﷺ memerintahkan agar para syuhada’ Uhud dimakamkan di lapangan tempat terjadinya pertempuran, dimana dua atau tiga orang dikubur dalam satu liang. Kuburan ini dekat dengan jabal Rumat, dan menziarahinya adalah sunnah.


Para Syuhada Uhud diantaranya adalah:
  • Hamzah bin Abdul Mutholib r.a
  • Abdullah bin Jahsy r.a
  • Mushab bin Umair r.a
  • Handzolah bin Abi Amir r.a

kredit to http://umrahituindah.blogspot.com


Selain tu mutawwif kami bawa ke Ladang Kurma/ Pasar Kurma serta kedai jualan di pasar. Memang Tabung Haji Travel akan bawa semua jemaah ke sana untuk membeli. Harga mahal sikit tapi fresh.











Di Ladang Kurma ni semuanya korang boleh ambil makan. Dan sebaiknya di sini cuba habiskan makan 7 biji kurma Ajwa atau kurma kesukaan Nabi Muhammad s.a.w ni. Habiskan di situ juga ye, jangan pula di bawa balik. Orang dah bagi makan halal di sana, janganlah sampai kita jadi tamak.

Diriwayatkan daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda “ Barangsiapa yang memakan tujuh butir kurma Ajwah yang tumbuh di antara dua batu hitam ( kota Madinah ) di pagi hari tidak akan terkena bahaya racun hingga petang harinya “(Muslim)

Dan didalam riwayat yang lainnya “ Barangsiapa yang makan tujuh biji kurma Ajwa setiap pagi, maka akan terhindar daripada racun dan sihir sehingga waktu petang “

Dah selesai semua kami balik ke hotel semula untuk makan tengahari dan menunaikan solat Zohor. Petang tu korang bolehlah kalau nak sambung shopping lagi sebab esoknya dah nak balik.huhu.

Petang tu kami ada sedikit ceramah tentang proses keberangatan kami untuk balik ke Malaysia serta ziarah selamat tinggal dan ada kisah sedikit pasal sepanjang ziarah kami.

Hari Ahad (16 disember 2017)


Hari terakhir kami di sini, rasa sedihnya nak tinggalkan kota suci ni. Rasa berat sangat hati ni. Selepas solat, kami turun bersarapan seperti biasa. Dan kemudian kami berkumpul untuk melakukan ziarah selamat tinggal bersama mutawwif.







Rupanya Ida tak sempat nak jelajah sekeliling Masjid Nabawi. Selalu pergi solat memang terus je jalan masuk ke masjid.Hari ni baru kami pusing Masjid Nabawi. Awal pagi ni memang tak ramai sangat orang. 





Sebelah Masjid Nabawi ada muzium tapi kami tak masuk pun. Kami membaca doa selamat tinggal pada Rasulullah yang diketuai oleh mutawwif Ustaz Husnan. Selesai semua kami bergambar. Mana yang nak solat dhuha boleh ke masjid. Kalau nak balik hotel pun takde masalah. Sebab nanti selepas solat Zohor, kami akan bertolak ke airport Madinah.




Dah sampai masa untuk kami balik Malaysia. Rasa sedih sepanjang perjalanan ke airport nak tinggalkan kota Madinah dan Mekkah ni. Tak lupa jugak ucapkan terima kasih pada Ustaz Husnan yang banyak membantu kami sepanjang menunaikan umrah.



muka dah mengantuk, sedih semua ada nak tinggalkan kota suci ni. Sebak rasa hati.huhuh


Penerbangan kami dengan menaiki MAS MH8213. Bila dalam 2 jam perjalanan, salah seorang jemaah jatuh sakit. Rasanya gula dalam darah dia naik, kencing manis. Nasib baik la ada doktor antara jemaah kami. Doktor nasihatkan supaya kami berpatah balik ke Madinah untuk turunkan pesakit. Jadi terpaksa la kami berpatah balik.

Selepas pesakit diturunkan dan isi minyak. Kami sambung perjalanan. Sepatutnya kami akan tiba pada pukul pagi keesokkannya tapi sebab ada masalah kami sampai dalam pukul 1 lebih.

Selesai ambil bagasi dan air zam-zam yang diberikan oleh THTS sebanyak 5 liter setiap seorang. Kami ucapkan selamat tinggal dan berbanyak terima kasih pada Puan Badariah yang mengetuai rombongan umrah kami ni.

Sampai sini sahaja perkongsikan sepanjang umrah Ida. Hope membantu korang yang akan menjalani umrah tak lama lagi. Balik Malaysia rasa sedih juga, rindu nak berada di sana lagi. Patutlah orang kata kalau sekali kita ke sana, hati ni rasa rindu nak ke sana lagi. Badan di Malaysia tapi hati di sana. Rasa sedih. Insyaallah jika diizinkan lagi akan ke sana lagi dan lagi dan lagi. Aamin...

MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 4
MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 3
MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 2
MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 1
Senarai keperluan umrah lelaki dan wanita

4 comments:

  1. sedihkan bila nak balik...huhuhu..

    masa saya balik dari Madinah pon ada jemaah jatuh sakit gak. Memang agak kelam-kabut gak la masa tu bila diorg dok cari doktor

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. da jejak kaki ke sana pun ida. beruntung :)
    aida lom ada rezeki. in shaa Allah.

    ReplyDelete

  3. bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...

    ReplyDelete