Pages

Tuesday, December 25, 2018

SENARAI KEPERLUAN UMRAH LELAKI DAN WANITA

Assalammualaikum...

Ramai mesti tertanya-tanyakan apa keperluan yang perlu bawa semasa korang nak ke Tanah suci untuk melakukan umrah atau haji.

Ida banyak search dalam blog untuk tengok keperluan yang diperlukan. Kesudahannya tak semua barang pun yang Ida guna.hehehe. Baju pun pakai yang sama je cuma basuh sedikit je. Yelah sana sikit pun tak rasa berpeluh sebab musim sejuk kalau ke sana pada hujung tahun. Kalau korang pergi dalam pertengahan tahun mungkin agak panas sikit.



Ida ke sana pada bulan Disember so memang agak sejuk sedikit. Sampaikan habis kering kulit Ida. Pakai krim pun tak jadi apa sampai terpaksa letak sedikit minyak pada kulit kalau nak keluar. Aircond pun kadang tak pasang pun dalam bilik.


Disebabkan banyak blog yang Ida search so tak ingat blog mana Ida simpan nota keperluan umrah die.

Di sini Ida senaraikan sedikit ye. Mana yang Ida highlight tu tak guna pun kat sana. So nak bawa boleh, taknak bawa pun takpe.

SENARAI KEPERLUAN UMRAH BAGI PEREMPUAN

Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)

1. Telekung sembahyang – 3 helai (kain bawa 1 helai je pun takpe sebab kat sana tak pakai sangat pun)

2. Tudung bawal instant 3helai (pakai 2helai)

3. Anak tudung-4 helai (ida guna snowcap)

4. Jubah biasa - 3 pasang

5. Baju tidur dan seluar panjang - 1-2pasang dah cukup

6. Tuala mandi (tak guna pun sebab guna tuala hotel)

7. Stoking biasa - 5 pasang (kalau boleh tebal sebab sejuk sana)

8. Tuala kecil - 2 helai

9. Sarung tangan - 3 helai

10. Jubah seluar -sepasang pun cukup

11. Seluar berpoket yang selesa (untuk pakai dalam jubah)

12. tshirt berzip (untuk keselamatan) - 2 helai (handphone letak dalam tu je,tak perlu bawa beg dah g masjid)

13. Kain batik 1 helai cukup (tak guna pun kat sana)

14. selipar/kasut

15. Buku doa (kecil) & surah yassin/mathurat – 1

16. Buku panduan (yang pakej korang bagi)

17. Al quran (taknyah bawa pun takpe sebab tak elok nanti kalau orang pijak2 beg kita)

18. Pakaian dalam wanita yang secukupnya

19. Penyangkut baju - 5

20. Ubat-ubatan /supplement (must have sebab ubat kat sana mahal)

21. beg kosong - 1

22. Gunting, pengetip kuku - 1

23. Sejadah/tasbih

24. Spray wuduk

25. Botol air

26. Lampin wanita (kalau korang sedang period atau akan period nanti)

27. Uncang kasut - 1 (wajib ye sebab masuk masjid nanti kena simpan kalau tak kemungkinan akan hilang)

28. Alat mandian - 1

29. Penjagaan muka

30. Sabun basuh

31. Marker pen/pen - 1

32. Buku kecil 1 (tak bawa pun takpe)

33. Telefon bimbit & charger - 1 (mesti kena bawa)

34. Powerbank

35. Backpack kecil (ida guna masa naik flight dan pergi ziarah)

36. Minuman instant/sambal kering (kalau rasa tekak korang takde selera masakan sana)

37. Beg plastik baju kotor

38. Baju sejuk/cermin mata hitam

39. Tisu basah/sanitlizer/lipbalm/vaseline

SENARAI KEPERLUAN UMRAH BAGI LELAKI 

Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg) 

1. Kain ihram - 2 Pasang (sepasang pun boleh)

2. Tali pinggang - 1 utas

3. Baju melayu/jubah -2-3 helai

4. Baju biasa(t-shirt) - 2helai

5. Tshirt berzip - 2 helai

6. Kain pelikat - 2 helai

7. Seluar panjang - 2 helai

8. Seluar dalam 4-5 helai

9. Tuala kecil - 2 helai

10. Tuala mandi (guna tuala hotel tapi boleh bawa kalau ada emergency kat luar)

11. Stoking - 2 pasang (tak guna pun)

12. Selipar (pastikan jari-jemari terlihat) - 1 pasang

13. Kasut biasa (lembut) - 1 pasang (tak pakai pun, bawa selipar je)

14. Buku doa(kecil)& surah yassin/mathurat – 1

15. Buku panduan (yang pakej korang bagi tu)

16. Penyangkut baju - 5

17. Spray wuduk

18. Ubat-ubatan/supplement

19. beg kosong lebih - 1

20. Gunting, pengetip kuku - 1

21. Sejadah/tasbih- 1 (nak beli baru kat sana pun boleh,murah)

22. Uncang kasut - 1

23. Alat cukuran - 1

24. Alat2 mandian - 1

25. Sabun basuh baju - 1

26. Krim bibir dan tumit - 1

27. Marker pen(jika perlu) – 1

28. Telefon bombit & charger - 1

29. powerbank

30. Botol air

31. Cable tie

32. Minuman instant/sambal kering

33. Beg plastic baju kotor

34. Baju sejuk/cermin mata hitam

35. Tisu basah/sanitilizer/lipbalm/vasaline

Ini antara keperluan yang memang Ida guna kat sana. Disebabkan kami dapat duduk sebilik so boleh la kongsi-kongsi. Tapi korang pastikan keperluan barang asing-asing dulu sebab kita tak tahu nanti kita akan duduk sebilik atau bersama orang lain. So jangan pandai-pandai nak kongsi barang melainkan korang memang confirm korang akan duduk sebilik.

Kalau nak basuh baju hantar dobi sana memang mahal sebab tu la kena bawa sabun basuh baju. Basuh la dalam bilik sendiri.heheh. Insyaallah cepat je kering. Kalau rasa malas sangat beli je baju murah kat sana. Ada je banyak. Jubah paling murah pun 20 riyal..jubah lelaki 15 riyal pun ada. So jangan risau. 

Oh lagi satu. Selain beg besar korang akan dapat satu beg sling dan beg handcarry untuk masuk dalam flight. Dalam beg handcarry tu letak la keperluan yang memang korang perlukan takut beg besar korang sampai lambat. Contohnya pakaian luar dan dalam sepasang dan set penjagaan muka dan berus gigi & ubat gigi. Yelah penerbangan 9 jam kot. Sebab ada kes orangnya dah sampai tapi begnya belum sampai. Hah jenuh...

Jadi Ida harap perkongsian Ida ni dapat membantu korang.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!
11:53:00 AM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment