Pages

Friday, October 12, 2018

RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Semalam tengok dalam IG ternampak la orang share video resepi kek batik biskut marie. Tengok tu memang terliur tapi mulut asyik kata" aish manis-manis ni, taknak makan". Tapi hari ni tiba-tiba rasa nak cari resepi die dan save dulu. hahahaa..Nampak tak tu boleh tahan, tergoda dengan warna coklatnya.

RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE



BAHAN-BAHAN:
  • 250 gm Butter/Margerin
  • Biskut Marie 600gm ( 2pkt)
  • Milo 1 cawan
  • Serbuk Koko 1 cawan
  • Nestum 1 cawan
  • Telur 3 biji
  • Susu pekat 1 cawan
  • Air 1 cawan

CARA-CARANYA:

1. Biskut Marie di patah-patahkan
2. Dalam kuali cairkan Butter
3. Bila dah cair masukkan Milo,serbuk koko,susu kacau pekat sedikit
4. Kemudian masukkan telur dan air kacau lagi sampai pekat
5. Kemudian tutup api masukkan nestum dan biskut marie. Kemudian kacau rata.
6. Alaskan loyang atau bekas..dan alas dengan plastik
7. Masukkan adunan biskut marie tadi
8. Tekan bagi padat...sejukkan dalam peti
9. Bila dah sejuk dan keras dan siap boleh dimakan

Kredit Resepi: Fatimah Ali..


SELAMAT MENCUBA!
8:07:00 PM / by / 2 Comments

2 comments: