KATA MADAH 19#

Assalammualaikum...

Salam Ahad semua. Lewat sikit update blog arini. Sekarang ni rasa lebih selesa nak update blog agak lewat sikit.Selalunya awal pagi memang busy, lepas tu nak amik anak sekolah.

Malam ni hujan kat sini, so Ida nak kongsikan sedikit kata madah buat renungan semua.


YANG TAKUT GAGAL, KERANA YANG TIDAK PERNAH GAGAL HANYALAH ORANG-ORANG YANG TIDAK PERNAH MELANGKAH. 


Kata-kata ni Ida kongsikan untuk korang supaya jangan takut untuk memulakan sesuatu, jangan takut untuk melangkah. Jika kita tidak cuba, tidak teruskan niat atau impian,kita takkan tahu bahawa sebenarnya kita boleh berjaya.

Kalau kita gagal, tidak bermakna kita tak boleh mencuba lagi.Mana tahu perubahan kita mungkin akan memberikan impak yang sangat terbesar dalam kehidupan kita.

Mungkin bila kita cuba-cuba untuk buka kedai burger, burger kita menjadi kedai yang sangat viral sehingga boleh membuka cawangan di serata negeri. Siapa tahu kan?

Post a Comment

1 Comments