SELESAI MAJLIS KORBAN TAHUN 2018

Assalammualaikum...

Alhamdulillah dah bermula persekolah dan masa untuk bekerja di negeri-negeri tertentu. Tahun ni sambutan Hari Raya Aidiladha jatuh pada musim sekolah, anak-anak suka lah cuti seminggu.hehehe.

Hari Raya Aidiladha tahun ni meriah sikit ada buat korban di rumah mertua. Adik beradik suami kumpul duit ramai-ramai untuk korban. Mana yang nak buat Aqiqah akan diasingkan bahagiannya. Alahmdulillah korban selesai dengan lancar walaupun lembu sampai lewat sikit dalam pukul 9 pagi. Rupanya tuannya kena hantar di kawasan lain dan tolong untuk tumbangkan lembu sekali.





cucu-cucu semua main setempat


kami ipar-ipar main kad UNO..haha

Selesai melampah semua, asingkan bahagian-bahagian daging dan ada pak mertua amik sedikit dan buat sup tulang lembu. Suami pula amik daging sikit lagi untuk BBQ malam nya.

Semalam pula ada sembelih lembu di kawasan taman Ida. Ada salah seorang dari jiran sedekahkan seekor lembu untuk disembelih dan makan-makan setaman. Alhamdulillah kerjasama semua sama-sama tolong sembelih dan kami kaum ibu memasak.hehe. Malamnya pun buat bakar-bakar daging jugak.

not my handphone.heheh.Kite pakai samsung je

terbongkok-bongkok Ida memasak.hahaha


Aduh dah pening dengan daging lembu je minggu ni. Peti ais rumah Ida pun dah penuh dengan daging. Badan pun dah rasa panas je tambah dengan musim panas sekarang ni.

Tempat korang macam mana pula sambutan tahun ni?

6 comments: